Ketika tahun 2012 telah
memasuki bulan ke-9, telah 3 kali saya ke masjid Jumaah Tabligh (JT) di Sri
Petaling, Selangor dan bermalam di situ. Saya bukannya ahli kumpulan JT yang berpengaruh
itu walaupun masih ada anggota masyarakat memandang serong. Saya ‘orang luar’
yang datang bersendirian pada hari Sabtu
malam Ahad di masjid kumpulan itu yang terletak cuma kira-kira 7 kilometer dari
rumah saya di Ampang. Kali terakhir saya ke sana ialah pada bulan Mei 2012 yang
lalu.
Kompleks jumaah Tabligh yang
tersergam indah di tengah-tengah pusat perniagaan dan kawasan perumahan yang
majoriti penduduknya bukan Islam di Sri Petaling, Selangor mengandungi bangunan
masjid, asrama, pejabat pentadbiran masjid, bilik air/tandas yang banyak (dan bersih), beberapa pintu
kedai yang menjual kitab dan peralatan solat , kiosk ATM, medan letak kereta
yang luas (tetapi masih tidak mencukupi) dan warung-warung menjual makanan. Sembilan
puluh Sembilan peratus peniaga di kompleks ini berketurunan India Muslim. Kompleks ini terletak kira-kira 1 kilometer dari Kompleks Sukan Bukit Jalil.
Ahli kumpulan JT dari dalam dan
luar negara datang ke masjid ini kerana komitmen dan keyakinan mereka.
Jadi, apakah tujuan saya ke masjid yang
diimarahkan 24 jam dalam sehari itu?
Sesungguhnya, saya juga hendak
berada tidak begitu jauh dari kalangan mereka yang hampir dengan masjid;
sembahyang berjumaah, menghadiri majlis ilmu, iktikaf di masjid dan
menghidupkan malam dengan zikir, membaca Al-Quran dan menunaikan solat-solat
sunat. Suasana di rumah hari ini yang sangat melekakan, tidak memungkinkan
kebanyakkan di kalangan kita yang tidak kuat semangat untuk bangun dan menghidupkan
malam. Di masjid-masjid lain tidak ada kemudahan ini kerana pintu masjid akan
dikunci seusai solat Isyak.
Bilakah kali terakhir solat sunat
tahajud kita?
Saya juga hendak mengetahui
apakah yang dilakukan oleh ahli JT pada saban hari Sabtu malam Ahad di masjid
itu. Apakah tarikan yang menyebabkan mereka meninggalkan anak dan isteri di
rumah? Apakah yang memukau anak-anak muda JT berduyun-duyun ke situ sehingga tidak
terliur langsung dengan segala godaan duniawi di luar – rempit, ‘couple’, lepak
di restoran mamak, menonton perlawanan bolasepak Malaysia/EPL/La Liga, melayari
internet (blog/FB/Twitter) dan bermacam-macam lagi?
Kumpulan JT didakwa tidak
menghiraukan apa sahaja yang dikatakan menarik dan penting di luar? Malah
mereka tidak terlibat langsung dalam sindrom kegilaan dan hiruk pikuk politik
sebangsa yang sedang berlaku di luar sempadan masjid mereka di Seri Petaling.
Isu hudud yang menjadi perbalahan
dan tuduh menuduh antara dua kumpulan siasah orang Islam terutamanya ketika
hampir pilihanraya kononnya tidak sedikit pun menjentik kekebalan sikap tidak
ambil peduli mereka. Mereka berdiam diri seribu bahasa.
Semoga saya tidak dianggap
keterlaluan melakarkan skrip berbentuk sketsa seperti berikut:
Ahli Kumpulan Siasah A : Lu punya hudud tidak betul.
Ahli Kumpulan Siasah B :
Lu juga olang Islam. Kalau lu tuduh hudud
gua tidak betul, mana hudud lu?
Ahli Kumpulan Jumaah
Tabligh : (Diam seribu bahasa- berkecuali).
Seorang kawan pernah meluahkan
perasaan tidak puas hati terhadap anak saudaranya yang baru terlibat dengan
kumpulan JT. Dia khuatir pelajaran anak saudaranya yang menuntut di Institusi
pengajian tinggi itu akan terganggu. Dia juga memperlekehkan betapa anak
saudaranya yang baru sehari dua masuk JT telah
‘berjubah-berserban-berjanggut-bercelak’.
Dia ada sebab untuk merasa
bimbang mengenai kemungkinan pelajaran anak saudaranya terganggu. Bagaimanapun,
isu ‘berjubah-berserban-berjanggut-bercelak’, apakah masalahnya?
Jangan pedulikan ‘trend’ segelintir
ustaz atau ahli agama yang hendak dilihat liberal. Mereka yang sering kita
lihat di skrin TV seperti cuba mengubah hala keterampilan konvensional orang
agama – dari segi berpakaian, tidak memakai songkok atau ketayap, jauh sekali
berserban dan berjanggut. Emosikah saya?
Penemuan lahiriah saya ketika berada
di Kompleks Jumaah Tabligh, Sri Petaling bersama dengan ribuan JT dalam tempoh
selepas waktu Asar pada hari Sabtu hingga pagi Ahad pada keesokkan harinya dirumuskan
seperti berikut:.
- Hari Sabtu Selepas Asar Sebelum Masuk Maghrib
i. JT membanjiri kompleks tabligh. Tempat letak
kereta dipenuhi. Mereka yang lambat sampai terpaksa meletakkan kenderaan
masing-masing di gigi jalan.
ii. Beg-beg pakaian (termasuk juga bantal,tikar dan
tilam kecil) ahli JT diletakkan di bahagian
belakang dewan solat.
iii.
Ahli JT juga mundar-mandir memenuhi
warung-warung makanan, kedai buku/kitab dan kedai alat solat.
- ‘Tazkirah’ Selepas Solat Fardhu Maghrib
Ahli JT
mendengar ‘tazkirah’ (JT menggunakan nama khusus) yang disampaikan oleh seorang
penyampai. Tajuk yang disampaikan kebanyakkannya menjurus kepada kerja-kerja
dakwah. Hal-hal isu semasa termasuk politik tidak disentuh.
- ‘Tazkirah’ Selepas Solat Fardhu Isyak
Ahli JT
mendengar ‘tazkirah’ (JT menggunakan nama khusus) yang disampaikan oleh seorang
penyampai. Tajuk yang disampaikan kebanyakkannya menjurus kepada kerja-kerja
dakwah. Hal-hal isu semasa termasuk politik tidak disentuh.
- Mendaftar Nama Untuk Keluar Berdakwah
Pada pendapat
saya, fasa ini adalah kemuncak kepada tujuan perjumpaan mingguan diadakan –
mengenal pasti dan mendaftarkan ahli-ahli JT yang ingin menterjemahkan komitmen
mereka menyertai kumpulan JT secara keluar berdakwah kepada ’mereka di luar
sana’. Untuk makluman, ungkapan ‘mereka di luar sana’ adalah satu ungkapan yang
sentiasa bermain di bibir JT. Jangan terperanjat,
ramai ahli JT yang akan mengangkat tangan mendaftar diri untuk keluar berdakwah
dari sekurang-kurangnya tiga hari kepada berbulan-bulan. Kebanyakkan mereka
ialah golongan anak-anak muda.
- Acara Bebas Dari Selepas Isyak Sebelum Tidur.
I. Saya perhatikan kumpulan-kumpulan JT keturunan
India (mungkin dari Negara India) berkumpul dalam beberapa kumpulan-kumpulan
kecil dan mendengar ceramah (ceramah?) yang disampaikan oleh salah seorang
daripada ahli JT.
II. JT keturunan India Muslim juga lebih ramai dan
tekun mengimarahkan masjid dengan membaca Al-Quran, berzikir dan menunaikan
solat-solat sunat. Mereka agak menonjol dalam hal ini berbanding dengan JT
tempatan.
III.
Saya orang Melayu jati, walaupun nama glamour ‘
KUTIK’ ada sedikit keIndiaan. Pada pandangan saya, keterampilan lahiriah JT
keturunan India terutamanya yang berkulit cerah ada kelebihan berbanding JT
tempatan (termasuk Minang,Jawa,Mendailing,Kelantan dsb). Mereka (JT India)
lebih segak, bergaya, nampak alim dan diyakini komited beragama apabila
mengenakan pakaian jubah, berserban dan mempunyai janggut yang tebal dan lebat.
JT Minang dari Beranang atau JT Jawa dari Banting yang berjanggut sehelai dua
ketinggalan jauh ke belakang dari segi ini!
- Waktu Tidur
Pihak pengurusan
masjid akan memadamkan lampu di sekitar jam 12.00 malam. Sungguh pun demikian,
masih ramai ahli JT yang meneruskan ibadat masing-masing dalam samar-samar
kegelapan dewan solat. Ahli JT boleh tidur di mana-mana sahaja kecuali di
bahagian hadapan dewan solat utama. Ada juga yang memilih tempat tidur di
laluan menghala ke bilik air/tandas. Jangan risau, tempat tersebut bersih.
Insya Allah,
tidur di dalam masjid JT selamat kerana ada ‘pengawal malam’ bertongkat yang
memantau tidur para jumaah. Saya pernah mengalami dua insiden diganggu ‘pengawal
malam’. Pertama dikejutkan oleh seorang tua bertongkat dalam samar-samar dewan untuk
bangun solat tahajud di sekitar jam dua pagi. Dalam keadaan ‘mamai’saya ke
bilik air untuk mengambil wuduk. Ketika itu saya tidak terfikir kenapa saya yang
dikejutkan sedangkan orang lain masih tidur.
Insiden kedua
pula, saya diganggu oleh dua orang ‘pengawal malam’ muda JT. Mereka mengganggu
tidur saya kerana tidak meggunakan kain alas untuk tidur. Betul juga, kalau
tidur sampai keluar air liur basi susah juga. Sebenarnya, kelebihan saya ialah
boleh tidur lena dan nyenyak tanpa tilam,kain selimut dan bantal. Saya boleh
tidur sampai ke pagi dengan berbantalkan lengan!!
Ya, semestinya
dan sepatutnya JT atau sesiapa sahaja tidur dengan niat hendak bangun semula
untuk mendirikan solat sunat tahajud dan amalan-amalan yang lain!
- Bangun Solat Tahajud
Lebih kurang
pukul 4.00 pagi lampu di dalam dewan solat dinyalakan. Jumaah membersihkan diri
di bilik mandi/tandas yang banyak dan seterusnya menunaikan solat tahajud dan
lain-lain amalan sehingga azan subuh berkumandang. Pun demikian, ada juga yang
terlajak tidur sehingga azan subuh bergema. Golongan ini kebanyakkannya yang
datang dengan tilam kecil dan batal yang empuk.
- Program Selepas Solat Subuh
Selepas solat
subuh, JT mendengar ‘kuliah subuh’ (Jumaah Tabligh ada istilah khusus}. Setelah
kuliah subuh selesai, sekali lagi urusan mendaftar ahli JT yang hendak keluar
berdakwah dibuat lagi. Pada pendapat saya, perhimpunan mingguan JT selesai selepas urusan ini. Ahli-ahli JT
dilihat mula meninggalkan kompleks JT di Sri Petaling.
Namun demikian,
saya dapati beberapa kelompok kecil JT keturunan India Muslim masih meneruskan
tazkirah mereka di beberapa sudut dalam dewan solat.
- Pegangan Politik JT
Kebiasaannya,
pegangan politik seseorang itu diukur melalui keterampilan dan komitmennya
dalam beragama. Dikatakan, semakin tebal dan panjang janggut seseorang itu , lebih
dekatlah dia dikaitkan kepada sesuatu parti politik. Bagaimanapun, teori ini
tidak boleh digunakan dalam menilai
pengangan politik JT. Pegangan politik JT sangat memeranjatkan dan di luar
jangka. Bagaimanapun, melalui pengalaman bergaul dengan JT, secara umumnya saya
dapati kebanyakkan JT sangat selesa dalam zon tidak kisah hal politik negara. Mereka
mendakwa ada kaedah sendiri untuk memartabatkan agama.
- Tabung Kutipan
Di masjid JT Sri
Petaling, tidak ada tabung kutipan sumbangan daripada jumaah.
- Rumusan
Walaupun
tergolong sebagai orang awam dalam pemahaman ilmu agama, saya berpendapat masyarakat
tidak perlu berterusan bimbang dengan JT. Gejala tidak sehat bukannya berpunca
dari kumpulan yang mengajak manusia ke rumah Allah. Malah hari ini semakin menular gejala ‘samseng
terhormat’ di kalangan ahli dan penyokong parti politik dan NGO tertentu.
Sedemikian, walaupun bukan ahli Jumaah Tabligh, dan tidak bersetuju dengan ketidakpedulian mereka terhadap isu-isu di luar tembok JT khususnya politik, saya menyenangi mereka.
Sedemikian, walaupun bukan ahli Jumaah Tabligh, dan tidak bersetuju dengan ketidakpedulian mereka terhadap isu-isu di luar tembok JT khususnya politik, saya menyenangi mereka.
artikel yang menarik. masjid-masjid yang menjalankan aktiviti sama di malaysia,
BalasPadamhttp://karkuzaridakwahiman.blogspot.com/2011/01/malam-perhimpunan-markaz-dakwah-dan.html
BalasPadamLaporan dari blogger Ujang Kutik ini boleh di jadikan maklumat mengubah persepsi kita kepada jemaah tabligh.
Terima kasih kepada ujang kutik kerana berkongsi maklumat dan pengalaman nye bersama ahli2 JT.
Sdr Ahmad,
BalasPadamTerima kasih.
Sdr theolrascal,
BalasPadamBersangka baik. Lagi pun orang ajak ke masjid.
Terima kasih.
IM respek kat JT kerana mereka berbuat sesuatu yang IM sendiri tak mampu nak buat. Adik IM juga join JT.
BalasPadamKenapa kita mesti 'bising' pasal JT tetapi tidak bising dengan 'JT' yang ber'qiamullail' di disko bersama arak dan dadah?
Sdr IM,
PadamSekalipun kurang disenangi JT makin kuat, matap & istiqamah.Banyak perkara yg kita boleh ikut dpd JT.
Insyaallah tuan Blh prg LG ke sri Ptlg
BalasPadam