Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 7 Disember 2012

MATI

Hampir 40 tahun yang lalu, seorang guru keturunan Punjabi pernah berkata, " Tiap-tiap hari kita mendengar atau membaca mengenai kematian. Namun demikian, kita tidak pernah menanggap bahawa kita juga ialah calun-calun mati pada setiap saat ."
 
Beliau mungkin telah meninggal dunia. Kalau masih hidup, beliau telah lanjut usia. Ketika itu walaupun tidak memakai serban, beliau beragama Sikh. Saya tidak mengetahui pegangan agama beliau selepas itu.
 
Setelah hampir 40 tahun, saya masih ingat ungkapan itu. Ungkapan itu ada kebenarannya. Selalunya kita tidak beranggapan bahawa kematian yang kita saksikan atau baca, ada kaitan langsung dengan kita.
 
Hakikatnya, kematian itu berligar-ligar di sekitar setiap manusia. Sehubungan itu, kita bersedialah dengan bekalan yang secukupnya!    
 
 

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. Pak Oncu,

      Haris Sing bukan.Monilal bukan.Dia tinggi.

      Padam
  2. Saudara Ujang kutik,

    Orang yang bijak di sisi agama ialah orang yang sering mengingati 'MATI' dan seterusnya memperbaiki amalannya kepada yang lebih baik.

    Terima kasih atas ingatan. Saling ingat dan mengingatkan.

    BalasPadam
  3. Sdr Pak Mail,

    T.Kasih.Ingat mengingati.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."