Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 8 Disember 2012

TARIKAT AHMADIAH DI KAMPUNG-KAMPUNG NEGERI SEMBILAN


Kalau tidak silap, era sebelum pertengahan tahun 70-an adalah era Tarikat Ahmadiah amat dekat di hati penduduk Negeri Sembilan. Ketika itu kebanyakkan Orang Negeri Sembilan samada pengikut tarikat yang disebarkan oleh Allahyarham Sheikh Muhammad Said Al-Linggi itu atau orang kebanyakkan, hadam dan menghayati perkembangan Tarikat Ahmadiah. Mereka mengenali dan mengagumi kealiman tokoh-tokoh Tarikat Ahmadiah dari keturunan Allahyarham Sheikh Muhammad Said Al-Linggi. Mereka yang bukan ahli Tarikat Ahmadiah juga hafal beberapa zikir Tarikat Ahmadiah yang mahsyur seperti tahlil, selawat azamiah dan istighfar al-khabir. Imam-imam di masjid dan surau di bandar dan kampung ‘merencahkan’ wirid-wirid selepas selesai solat berjumaah dengan bacaan tahlil, selawat azamiah dan al-istighfar al-khabir.

Tidak dinafikan bahawa Tarikat Ahmadiah yang markasnya masih di Rasah, Seremban itu terus berkembang pesat hingga ke hari ini. Bagaimanapun, venue pengikutnya telah berubah. Kalau dahulu tarikat itu sangat subur di kampung-kampung, kini keadaan adalah sebaliknya. Kini, golongan terbanyak yang melangsungkan perjalanan tarikat itu ialah di kalangan penduduk taman perumahan di bandar yang lebih terdedah kepada pengajian agama. Sehubungan ini, sekarang amat sukar hendak mendengar zikir-zikir asas Tarikat Ahmadiah dibacakan di masjid/surau di kampung-kampung yang suatu ketika adalah adalah satu kelaziman yang bermain di bibir jumaah masjid/surau.      

Kini, jarum penunjuk penghayatan hidup beragama telah berputar secara terbalik, ‘anti clock wise’. Orang bandar dilihat lebih menghayati hidup beragama berbanding orang kampung. Ini adalah satu fenomena yang tidak dapat disangkal sejak belasan tahun kebelakangan ini. Orang bandar berpeluang belajar agama di masjid/surau/pejabat mereka 30 hari dalam sebulan. Kalau hari cuti, dua kali sehari, iaitu kuliah subuh dan kuliah maghrib. Orang bandar juga berpeluang mendapatkan guru/penceramah agama yang hebat dan terkenal. Orang kampung tidak mendapat peluang ini.      

Negeri Sembilan sangat bertuah kerana dari sinilah berkembangnya Tarikat Ahmadiah ke seluruh negara dan nusantara. Tarikat ini juga masih selamat di dalam ‘jagaan’ keturunan pembawanya, keturunan Sheikh Muhammad Said Al-Linggi. Mungkin masih belum terlambat lagi untuk mengakrabkan semula tarikat ini dengan penduduk kampung di negeri ini yang suatu ketika dahulu adalah akar umbi kekuatannya. Perlu diingat, suatu ketika dahulu kalimah Tahlil Tarikat Ahmadiah menghiasi di kebanyakkan pintu rumah penduduk negeri adat ini.

16 ulasan:

  1. Kawan IM kat ofis ini pengikut Muhammadiah. Department Manager tu... bukan calang-calang pangkat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Tarikat yg berpusat di Rasah, Seremban ini namanya Al-Ahmadiah Ai-Idrissiah. Tarikat ini telah diluluskan dan didaftarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan untuk diamalkan. Sila lihat Blog 'Senarai Blog Saya - BLOG AL-AHMADIAH-RASAH.

      Wallahuaklam.

      Padam
    2. banyak keajaiban yang berlaku

      Padam
  2. selamat,selamat kata2 yang paling indah

    BalasPadam
  3. Saya ahli Tarikat Ahmadiah berguru dengan Tuan Syeikh Ahmad ia itu cucu pada SIDI Syeikh Muhammad Said AL-LINGGI

    BalasPadam
  4. waalaikumusallam, selamat berterawih

    BalasPadam
  5. Salam persahabatan dari Sahabat Tareqat Ahmadiah Pulau Pinang di alamat Surau Nyior Sebatang . Saya Ustaz Muhammad bin Ramli anak kepada Sheikh Ramli bin Awang dan cucu kepada Tok Awang yang mana datuk saya adalah murid kepada Anak Murid Tok Kenali . Saya telah menerima talqeen zikir dari kekanda saya Ustaz Husain sheikh Tareqat Ahmadiah cawangan Pulau Pinang

    BalasPadam
  6. Tuan Ustaz Muuhammad Ramli,

    Saya sangat berbesar hati kerana kunjungan sahabat.

    Saya tidak mengetahui bahawa Tarikat Ahmadiah Idrissiah juga bertapak di Pulau Pinang.

    Melalui pengamatana saya, Tarikat Ahmadiyah Idrissiah masih kuat bertapak di Negeri Sembilan dan Kelantan.

    Saya sendiri (menetap di Kuala Lumpur) menerima talqeen zukir dari anak murid Tuan Guru Hj.Daud Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan yang datang berhijrah ke Kuala Lumpur.

    Saya dapati ada sedikit perbezaan amalan di antara Tariqat Ahmadiah yang bertapak di Negeri Sembilan dengan yang berasal dari Bukit Abal. Ikhwan yang menerima talqeen zikir dari Bukit Abala selain dari mengamalkan zikir asas Tariqat juga mengamalkan Wirid 700 pada waktu oagi dan petang.

    Selain dari itu saya juga mendapat tahu bahawa ada satu lagi versi Tariqat Ahmadiah yang dibawa oleh seorang ulamak muda dari Negeri Sembilan yang mengambil terus Tariqat Ahmadiah ketika beliau mengaji di Timur Tengah.

    Semoga kita akan terus berhubungan.Terima kasih.

    BalasPadam
  7. saya direct dari sheikh ahmad , ampang di surau dekat rumahnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Tanpa Nama 30/7/14,

      Subhanallah. Ingin rasanya saya bertemu dengan tuan.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."