Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 20 Januari 2013

OH NEGERI KU, NEGERI SEMBILAN

Sejak Liga Super Malaysia 2012, saya kurang mengambil perhatian kepada negeri asal saya, iaitu Negeri Sembilan. Dan, termasuk juga pada siri tahun 2013 ini.
 
Saya sendiri tidak tahu sebabnya. Ianya tiada kaitan langsung dengan prestasi pasukan bolasepak Negeri Sembilan. Walaupun tidak memenangi sebarang kejuaraan pada tahun 2012 (kecuali memenangi Piala Sumbangsih), Negeri Sembilan berjaya juga berada di kedudukkan yang agak baik dalam Liga Super 2012. Dalam saingan Piala Malaysia 2012, Negeri Sembilan berjaya meluluskan diri hingga ke peringkat suku akhir.
 
Kendati pun demikian, api semangat sayangkan negeri asal tidak pernah padam. Maka bertambah lagilah 'mashgulnya' perasaan saya apabila negeri saya dipersendakan oleh rakan-rakan kerana dalam 4 perlawanan Liga Super 2013, Negeri Sembilan masih belum merasa nikmat kemenangan lagi. Belum hilang lagi sedih kerana kalah, datang lagi kekalahan!        
 
Mengikut rekod setakat hari ini, Ahad, 20/1/2013 : Main 4 kali - Kalah 3 kali, Seri satu kali dan menang tiada. Pasukan bolasepak Negeri Sembilan berada di kedudukkan corot, yaani kedua belas. 
 
Apo dah jadi ni Jang?
 
Saya masih 'terngiang' akan 'kata-kata anak jantan' pihak pengurusan bolasepak Negeri Sembilan ketika pasukan lain berbelanja besar mendapatkan pemain terbaik tanah air. Kata beliau lebih kurang bunyinya, " 'Kito' (kita) tidak perlu jadi pasukan 'pasang siap' yang sanggu berbelanja 'bosa' (besar) untuk 'mendapekkan' (mendapatkan) pemain terbaik tanah air. Kito akan latih sendiri pemain yang berbakat." Kebanyakkkan pemain MU pun diserapkan dari pemain pelapis kelab ternama itu (ini saya tambah).  
 
Maka, 'sereban' pemain bintang Negeri Sembilan berhijrah ke pasukan-pasukan lain yang menjanjikan mereka dengan layanan yang lebih baik.
 
Eden suko juo Nogoghi Sombilan berjiwo bosa ni, tetapi agak-agak lah. Bueklah socagho berperingkat. Kok tahun dopan kito turun ke Liga Podano, golor kito. Standard kito, kalau Liga Podano tu baik tak ado.  
 
Fikir memikir sama lawak
Jangan dibawa ke Tanjung Jati
Sindir menyindir sama awak
Jangan dibawa masuk ke hati.
 
 

6 ulasan:

  1. As salam en Ujang...

    anak2 sey kato 'ilang somangat nak nyokong'

    BalasPadam
    Balasan
    1. ibuintan,

      Waalaikomsalam.

      Jangan copek bona putush aso.Kok monang lopeh ni malu kito dgn pengurusan bolasepak N9.

      Padam
  2. IM pun lebih bangga kalau pemain negeri kita sendiri yang membawa kejayaan. Apa gunanya kalau menang tapi atas kehebatan pemain impot?

    Sampai bila kita boleh berdikari?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Betul pendapat saudara itu. Tetapi bolasepak moden tidak lagi menggunakan kaedah yang dikatakan ketinggalan itu.

      Semoga pihak pengurusan bolasepak N9 mengkaji semula pendekatan mereka.

      Negeri saudara juga yg hebat satu masa dahulu kini jauh ketinggalan.

      Padam
  3. Ujang Kutik,

    ..hero biasa nye menang kemudian..ekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Seronoklah , Selangor top two memimpin liga...

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."