Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 22 Januari 2013

'ORANG BOLA' kita bukan sahaja tidak pandai meningkatkan mutu bolasepak negara, tetapi juga tidak cerdik 'membeli' pemain import. Di lain perkataan apakah kata sifat 'Orang Bola' kita?

Saya sengaja memanjangkan tajuk catatan ini. Anda perlu bersetuju bahawa setakat ini, kebanyakkan pemain import dalam liga 2013 tanah air tidak menunjukkan prestasi yang diharapkan. Malah ada pasukan yang 'membangku-simpankan' pemain import mereka.

Nampaknya, mereka yang terlibat dalam melestarikan bolasepak negara bukan sahaja tidak pandai membina pasukan negara yang kuat, tetapi juga tidak cerdik memilih pemain import yang lebih baik dari pemain tempatan. Dalam kata lain, apakah kata sifat 'Orang Bola' kita itu?

Ataukah saya terlalu awal menghukum?




4 ulasan:

  1. IM lebih suka jika kita mempunyai 100% pemain tempatan.

    Masa Mokhtar dahari dulu, mana ada pemain impot.

    Bola tetap meriah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Masa itu kita juga dimeriahkan oleh pemain dari berbilang bangsa - Melayu, India, Cina, Sikh dan juga pemain dari Sabah (antaranya James Wong & Hasan Sani).

      Sekarang Cina & Sikh langsung tiada wakil.

      Padam
  2. Ujang Kutik,

    Apabila kita membina sesebuah pasukan. Pasukan itu hendak pasukan yang terkuat seboleh boleh nye dari pasukan pasukan lain yang ada. Itu adalah asas.

    Itu juga lah asas nye mengapa pasukan terhandal dan ternama dunia membelanjakan berjuta juta ringgit. Dengan itu kalau kita tidak mencampurkan kekuatan pasukan dengan sentimen 'anak tempatan' dsbnye maka asas ini tidak akan menjadi ungkitan.

    Bagaimanapun kecanggihan bolasepak masa kini memerlukan kita mengumpul kan pemain handal tak kira lah dari pelusuk dunia mana pun untuk menjadikan pasukan kita kuat. Lantas itu kemampuan kewangan menjadi salah satu faktor menentukan kekuatan sesuatu pasukan. Itu yang sebenarnye terjadi pada pasukan bolasepak kini.

    Sedikit sebanyak Filipina dan Singapura telah memulakan nye. Itu lah sebabnye apabila pasukan mereka bertemu kita seolah2 menyaksikan pasukan '' orang putih lwn orang putih''.

    Saya tidak menyetujui nye sangat akan hal ini berlaku pada pasukan kebangsaan. Tapi saya berpendapat pasukan kelab dan negeri dalam liga tempatan harus di longgarkan supaya pemain impot itu tidak di hadkan kepada beberape pemain saja.

    Saya tidak kisah jika pasukan Negeri Sembilan itu muncul juara tetapi di barisi oleh 9 orang pemain orang putih termasuk lionel messi diantara nye...ekeke. Kerana mereka membina pasukan yang terkuat semampu nye.

    Saya harap kelonggaran dan sekatan dapat di longgarkan untuk pengurusan pasukan membina pasukan yang terkuat. Mutu bolesepak dan pemain tempatan akan meningkat dengan sendiri nye. Jika mereka layak mereka akan ada tempat dan pasukan kebangsaan akan ada pemain tempatan yang bermutu tinggi sahaja.





    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      1. Memang benar kelab/negeri 'kaya' atau tidak kaya tetapi terlalu bersemangat,menggunakan jalan pintas mencapai impian secara mendapatkan pemain import terbaik. Malangnya, setakat ini pemain luar yang dibawa masuk kebanyakkannya 'hopeless'. Pahang sendiri 'membangku-simpankan dua orang pemain importnya.

      2. Saya bersetuju dengan saudara berkaitan pembelian pemain import tidak ada had (kuota)untuk menguatkan sesebuah pasukan. Kita boleh katakan bahawa kekuatan pasukan bolasepak adalah 'perunding imej' terbaik masa ini. Sesebuah negeri/seseorang MB/Ketua Menteri/'Orang Bola' lebih mudah disanjung jika pasukan bolasepak negerinya/kelabnya/syarikatnya kuat.

      Kalaulah MB/Ketua Menteri mengetahui tip ini tentu mereka berusaha melakukannya. Kaedah kunu untuk memujuk rakyat melalui bantuan adhoc kurang berkesan berbanding membina pasukan bolasepak yang kuat.

      Kerana 'masin mulut' saudara, pasukan Negeri Sembilan seri dengan pasukan bintang Kelantan.Terima kasih.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."