Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 30 Mac 2013

NEGERI SEMBILAN : KAHWIN SAMA SUKU




PEKAN KOTA, N.SEMBILAN


NOTA : 

1. ADA SEDIKIT MASALAH TEKNIKAL KE ATAS CATATAN YANG DIHASILKAN PADA 31 MAC 2013 INI. SAYA STRUKTURKAN SEMULA CATATAN YANG AGAK DIBERI PERHATIAN OLEH PENGUNJUNG BLOG. CATATAN INI TELAH DILAWATI SEBANYAK 3636 KALI.

2. JIKA SUDI SILA LIHAT KAITAN (LINK) CATATAN INI DENGAN " KAHWIN SAMA SUKU : HUKUMANNYA ".

---------------------------------------------------------------------------------------------

Secara umumnya, sesiapa pon termasuk mereka yang bukan Orang Negeri Sembilan memahami bahawa Sistem Adat Perpatih di Negeri Sembilan tidak membenarkan perkahwinan di kalangan keturunan yang sama SUKU. Contoh, seorang lelaki dari keturunan Suku Biduanda tidak boleh berkahwin dengan perempuan yang juga dari keturunan Suku Biduanda. Benarkah?

Suku Biduanda di Luak Rembau terbahagi kepada dua Sub-Suku - Suku Biduanda Lela Maharaja dan Suku Biduanda Sedia Raja. Saya memohon maaf kerana di atas kedangkalan ilmu menggunakan istilah ‘Sub-Suku’. Mungkin ada terma dalam teromba adat perpatih yang lebih tepat lagi.

Dipercayai bahawa di antara pendatang terawal Minangkabau ke Rembau adalah kumpulan yang diketuai oleh Dato Leteh. Ketika itu Rembau dikuasai oleh penduduk asal yang diketuai oleh Tok Batin Sekudai. Bagimanapun, kumpulan pendatang Minangkabau dan penduduk asal Rembau menjalin hidup dalam suasana harmoni sehinggakan Tok Batin Sekudai sanggup menyerahkan anak perempuannya yang bernama Dato’ Bungkal kepada Dato Leteh untuk dijadikan anak angkat.

Selepas itu satu lagi kumpulan pendatang Minangkabau yang diketuai oleh seorang Pembesar Minangkabau bernama Dato’ Lela Balang datang dan menetap di Rembau. Akhirnya Pembesar Minangkabau itu (Dato’ Lela Balang) berkahwin dengan anak angkat kepada Dato’ Leteh itu, yaani Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai.  

Pasangan itu memperolehi lima orang anak – 4 orang perempuan dan seorang lelaki. Anak-anak peremuan pasangan Dato’ Lela Balang dan Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai ialah; Datuk Pandung, Datuk Siti, Datuk Lijah dan Datuk Makraman. Anak lelaki bernama Dato’ Seri Rama. Dari keturunan anak-anak perempuan pasangan inilah lahirnya keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja di Rembau.

PAPAN TANDA MAKAM PURBA
ALMARHUM UNDANG LUAK REMBAU
PERTAMA & PUAN ISTERI
Makam ini terletak di kawasan terpencil
di Kampung Chengkau Ulu
Untuk menyempurnakan ‘ Grand Design’ yang kesannya kekal hingga hari ini, Dato’ Seri Rama (Anak lelaki pasangan Dato’ Lela Balang dan Datuk Bungkal bt. Batin Sekudai) ‘ dikahwinkan’ (berkahwin) dengan anak perempuan kepada seorang lagi Pembesar Minangkabau, iaitu Dato’ Laut Dalam yang bernama Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam. Dari keturunan pasangan inilah ( Dato’ Seri Rama dan  Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam) bermulanya keturunan Suku Biduanda Sedia Raja di Rembau.

MAKAM PURBA ALMARHUM UNDANG
LUAK REMBAU PERTAMA DAN PUAN ISTERI
‘ Grand Design’ itu dirangka kerana pada mulanya cuma keturunan Dato’ Lela Balang/ Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai sahaja yang layak dilantik menjadi Undang Luak Rembau. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada seorang lagi ketua pendatang Minangkabau bernama Dato Laut Dalam. Satu persetujuan dicapai bahawa keturunan Dato’Laut Dalam juga boleh menjadi Undang Luak Rembau dengan syarat mengahwinkan anak lelaki Dato’ Lela Balang dengan anak perempuannya (Dato Laut Dalam).

Secara kasar kompromi tersebut dilihat melunaskan hajat Dato’ Laut Dalam. Bagaimanapun,  satu perkara penting yang disisip secara bijak ialah dominasi keturunan Dato’ Bungkal binti Tok Batin Sekudai (Dato’ Lela Balang) dalam menerajui Adat Perpatih di Rembau tidak diusik. Dengan mengatur perkahwinan Dato’ Seri Rama/Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam, keturunan Dato’ Bungkal bt. Tok Batin Sekudai yang juga adalah penduduk asal Rembau masih kekal sebagai kuasa dominan dalam menerajui Adat Perpatih di Rembau.

Keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja adalah dari keturunan anak-anak perempuan Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai. Keturunan Suku Biduanda Sedia Raja pula adalah dari keturunan cucu-cucu Dato’ Bungkal bt Tok Batin Sekudai (melalui perkahwinan anak lelakinya, Dato’ Seri Rama dengan Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam).        

Dato’ Seri Rama dilantik menjadi Undang Luak Rembau Pertama ( 1540 – 1555) dengan gelaraan Dato’ Lela Maharaja Dato’ Seri Rama. Gelaran Lela Maharaja adalah berdasarkan nasab di sebelah ibunya ( Dato Bungkal bt. Batin Sekudai).

Anak lelaki pasangan Dato’ Seri Rama bin Dato’ Lela Balang/Siti Hawa bt. Laut Dalam yang bernama Dato’ Ambo (Ombo) bin Dato’ Seri Rama dilantik menjadi Undang Luak Rembau Ke-2 ( 1555 – 1605) dengan gelaran Dato’ Sedia Raja Dato’ Ambo (Ombo) bin Dato’ Seri Rama.

Begitulah secara ringkas pertalian persaudaraan diantara keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja dengan Suku Biduanda Sedia Raja. Keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja bermula dari keturunan anak-anak perempuan Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai. Sementara itu keturunan Suku Biduanda Sedia Raja adalah bermula dari keturunan anak lelaki Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai, iaitu Undang Luak Rembau Pertama Dato’ Seri Rama yang berkahwin dengan Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam. Saya tidak berani memuktamadkan bab ini kerana tidak mempunyai maklumat mengenai anak-anak perempuan pasangan Dato’ Seri Rama/ Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam. Bagaimanapun, mengikut Sistem Adat Perpatih yang ‘matrilineal’ ( nasab suku mengikut nasab ibu), keturunan suku diambilkira dari keturunan sebelah anak perempuan.    

Dalam sistem Adat Perpatih di Daerah Rembau, anak lelaki dari kedua-dua keturunan ini (Keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja dan Suku Biduanda Sedia Raja) sahaja yang layak dipilih dan dilantik sebagai Undang Luak Rembau secara bergilir-gilir.
 
Dalam perbualan seharian, seseorang itu samada dari Suku Biduanda Lela Maharaja atau Suku Biduanda Sedia Raja akan disebut sebagai Suku Biduanda sahaja tanpa menyebut samada Suku Biduanda Lela Maharaja atau Sedia Raja. Kebiasaannya, sebutan Suku Biduanda Lela Maharaja atau Sedia Raja cuma diperincikan dalam majlis adat yang bersifat formal sahaja. 

Berbalik kepada persoalan awal, benarkah perkahwinan sesama Suku tidak dibolehkan?

Melalui pemerhatian terhadap amalan perkahwinan keturunan Suku Biduanda di kampung halaman sendiri ( keturunan Suku Biduanda menetap di banyak kampung dalam Daerah Rembau), saya mendapati bahawa berlaku dan tiada halangan bagi anak adat berkahwin sesama Suku Biduanda dengan syarat pasangan tersebut hendaklah dari Sub-Suku yang berlainan ( Suku Biduanda Lela Maharaja atau Suku Biduanda Sedia Raja). Contoh, seorang dari keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja boleh berkahwin dengan seorang dari keturunan Suku Biduanda Sedia Raja. Sebaliknya, seseorang itu tidak dibolehkan berkahwin sesama Sub-Suku.

Undang Luak Rembau sekarang ialah Undang Luak Rembau Ke-21, Dato’ Lela Maharaja Haji Muhamad Sharif bin Haji Othman ( 1998 hingga sekarang) dari Suku Biduanda Lela Maharaja.

Catatan ini adalah dari pemerhatian saya mengenai Suku Biduanda di kampung sendiri. Catatan ini adalah catatan orang biasa yang dibesarkan dalam masyarakat yang tegar mengamalkan Adat Perpatih. Namun, dalam tempoh yang terlalu panjang, saya telah bermastautin ke luar daerah adat. Saya akui tidak mendalami selok-belok Adat Perpatih. Saya berlapang dada dengan teguran, membetulkan atau menokok tambah info yang kurang tepat dalam catatan ini.


39 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Membaca asal usul keturunan suku biduanda yang amat terperinci ini rasa 'ujang kutik' tidak lah ' jauh ' dari adat2 setempat walaupun telah bermastautin jauh dari daerah adat.

    Terima Kasih kerana sudi berkongsi info ini. Sedikit sebanyak menjadi menafaat juga pada mereka yang akan masuk 'suku' kelak..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Rasa-rasanya potensi generasi kita 'masuk suku' lagi hampir pada tahap sifar. He.he.

      Bagaimanapun, seperti kata tuan, info ini mungkin ada munfaat untuk ibu bapa/anak-anak bukan sahaja kepada bukan N.Sembilan tetapi juga di kalangan orang N.Sembilan sendiri.

      Padam
  2. Sekarang ini adat begini masih kuat diamalkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Happy anniversary.

      Di Negeri Sembilan khususnya di Daerah Rembau adat ini masih kuat diamalkan.

      Padam
  3. Nak tanya suku ape yg xbley kahwin dgn suku biduanda.. mcm sy.. bkl tung sy dr keturunan biduanda dan sy adlh org luar.. ikot keturunan atok ialah keturunan siak... n nenek sy org luar.. jd sy nk tnye bley ke sy n bkl tung sy berkahwin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Saya bukan pakar dalam Adat Perpatih. Bagaimanapun, saya akan cuba jawab.

      Setahu saya sesiapa sahaja Orang Islam dari luar Negeri Sembilan boleh mengahwini sesiapa sahaja wanita Negeri Sembilan. Jika saudara berkahwin dengan wanita Suku Biduanda, anak-anak saudara adalah berketurunan Suku Biduanda. Anak-anak lelaki saudara layak dipertimbangkan untuk menjawat jawatan penting dalam sistem Adat perpatih jika mempunyai kelayakkan ( dan rezeki). Dalam sistem adat Perpatih, Suku Biduanda adalah suku elit yang diistimewakan.

      Semoga niat dan doa saudara untuk beristerikan wanita Negeri Sembilan dimakbulkan.

      Padam
  4. Assalamualaikum,bolehkah saudara senaraikan ksemua suku di negeri sembilan. Terima kadih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Waalaikomsalam,


      Di rembau ada 12 suku - Biduanda, Batu Hampar, Paya Kumbuh, Mungkal, Tiga Nenek, Seri Melenggang, Seri Lemak, Batu Belang, Tanah Datar, Tiga Batu, Anak Aceh dan Anak Melaka.

      Dikatakan, kecuali Suku Biduanda dan mungkin Suku Anak Aceh dan Anak Melaka, semua nama suku yang lain adalah nama kampung asal nenek moyang Orang Negeri Sembilan dari T.Minangkabau.

      T.K.

      (Saya terlihat pertanyaan tuan semasa rehat di R & R dalam perjalanan balik ke Ibu Kota).

      Padam
  5. KENAPA DARAH KETURUNAN MINANGKABAU TIDAK PERNAH UNTUK MEMIKIRKAN BAHAWA MEREKA LUPA PADA SUKU TURUNAN DARAH 3 NENEK SEDANGKAN KAMI SERING INGAT SIAPA ASAL USUL DAN BERJIHAD UNTUK MEMASTIKAN RAJA TIDAK HILANG DAULAT...

    .KERANA HILANGNYA ILMU PEMBAHAGIAN HARTA MAKA KAMU SEMUA AKAN HILANG TALIPERSAUDARAAN...

    DARI CUCU CICIT 3NENEK...KU SAMPAIKAN SALAM KESAL BUAT TURUNANKU YANG TAMAK DAN SOMBONG...SUBAHANALLAH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. SALAM...

      SAYA JUGA DARI SUKU 3 NENEK... SALAM KENALAN...

      Padam
    2. Sdr Ayie Mongse dan Tanpa Nama 21/8/13,

      Salam perkenalan.

      Kalau saya silap tolong betulkan. Setahu saya Suku 3 Nenek adalah di antara 12 suku di Rembau (N.Sembilan). Setahu saya anak adat Suku 3 Nenek juga mempunyai hak yang sama dengan suku-suku yang lain.

      Wallahua'lam.

      Padam
  6. Salam. Saudara lebih menekankan perkahwinan suku biduanda. Bagaimana pula dengan sub-suku atau suku yg lain? Contohnya, sub-suku seri lemak minangkabau.adakah perlu keluar suku atau berkadim kerna hndak berkahwin sesama suku?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Seperti yang saya akui bahawa penceritaan saya adalah berdasarkan apa yang berlaku di kampung saya sendiri yang hampir 99% penduduknya dari keturunan Suku Biduanda (Lela Maharaja dan Sedia Raja).

      Tidaklah pula saya ketahui mengenai suku-suku yang lain.

      Terima kasih kerana memberi info dan saya akan cuba mendalaminya secara bertanyan dengan pihak yang arif semasa balik kampung.

      Padam
    2. Saya amat berharap mendapat jawapan daripada pihak tuan.. apa yang saya dgr, sama suku boleh teruskan niat mereka utk brkahwin tetapi perlu membuat majlis khas bg meminta maaf kpada buapak suku. Saya berharap tuan boleh menyelesaikan masalah saya ini.

      Padam
  7. SDr Tanpa Nama,

    Insya Allah saya akan cuba membantu saudara sedaya upaya.

    Ketika balik ke kampung pada Hari Raya Haji ini saya akan bertanya dengan orang kuat adat (ada authority) mengenai pertanyaan saudara ini. Jika berpeluang berjumpa dengan beliau saya akan muatkan jawapannya dalam entry ini.

    T.Kasih.

    BalasPadam
  8. As salam..
    Saya bercadang untuk berkahwin dengan perempuan sesuku dengan saya..apakah proses yang patut saya lakukan..
    terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Mohd Anas,

      Saya telah bertanya dengan salah seorang pegawai adat Suku Biduanda bergelar di kampung saya mengenai perkara ini.

      Mengikut keterangan beliau, sistem Adat Perpatih tidak membenarkan amalan ini.

      Saya cadangkan saudara menghubungi beliau - 06-4382859 . Saya ada mencatatkan gelaran beliau tetapi sayangnya catatan tersebut hilang . Lebih kurang Dato' xxxxx xxxx. Nama beliau Tuan Hj. Mahat Md Noh.

      Padam
  9. Salam Tuan.. Izinkan saya memberi sedikit respond kepada yang bertanya noleh membuat semakan silang di blog saya http://warisemenda.blogspot.com/2012/07/struktur-suku-di-rembau.html bagi melihat suku-suku dan kebolehan eksogami yang dibenarkan. terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Anak Waris,

      Saya mengucapkan terima kasih kerana saudara sudi membantu.

      Catatan saya mengenai tajuk ini cuma berdasarkan pengamatan saya di kampung sendiri.

      Padam
  10. Assalamualaikum tuan..
    Sy cuma nak tau suku tiga batu ni asalnya dari mana..dan sy terbaca komen sebelum.ini yang menyatakan setiap suku mempunyai hak..sy cuma ingin tahu,hak apa yang dimaksudkan..sy harap tuan boleh bantu sy..sy dalam usaha menjejak keturunan ibu sy yang asal dari kg batang nyamor..suku ibu sy tiga batu..mohon pencerahan dati tuan yang lebih arif untuk mmudahkan penjejakkan sy ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. poie kuala klawang,banyak suku tigo batu kek sanun...buleh tanyo ughang sano tak pon poie muzium adat..salam konal daghi waghih suku tanah datar(adat temenggong)

      Padam
  11. assalamualaikum abg ujang...salam konal dari eden suku kaum tanah datar pemegang adat temenggong buapak Raja melewar..dlm suku kaum,biduanda paling teratas..sbb tu suku2 kami jarang orang tau...dan jajahan keturunan kami smpai ke segamat dan gadong...tp yang mano suku bolah kami,tolah lamo luput..mereka tidak tau,suku tanah datar,batu hampar,somo lenggang,tigo nenek,payokumbuh adlh suku asal nogori sombilan...salam perkenalan dari suku ko sombilan

    BalasPadam
  12. Salam..benar ke sma suku blh kawen...bakal tunang dr suku yg sma..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Miesha Khamisah,

      1. Secara umumnya dalam sistem Adat Perpatih sesama suku TIDAK BOLEH berkahwin .

      2. Namun, dalam Suku Biduanda ada pengecualian. Suku Biduanda terbahagi kepada 2(dua) Sub Suku - (i) Suku Biduanda Lela Maharaja (ii) Suku Biduanda Sedia Raja . Perkahwinan antara Sub Suku = Lela Maharaja V Sedia Raja dibolehkan.

      Padam
  13. Apa yg dikatakan dengan suku tiga nenek ye.. tau x sejarahnye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Achoi Prince,

      Di antara info yang saya tahu mengenai Suku Tiga Nenek :

      1. Suku Tiga Nenek adalah di antara 4 peneroka awal dari Tanah Minangkabau yang datang ke N.Sembilan - Suku Batu Hampar, Suku Mungkal, Suku Paya Kumbuh dan Suku Tiga Nenek.

      2. Orang-orang Suku Paya Kumbuh dan Suku Tiga Nenek mengiringi Ketua Orang Minangkabau yang bernama Datuk Laut Dalam. Dari keturunan anak-anak perempuan Datuk Laut Dalam lahirnya keturunan Suku Biduanda Sedia Raja pada hari ini.

      3. Orang-orang Sulu Batu Hampar dan Suku Mungkal mengiring Ketua Minangkabay yang bernama Datuk Lela Balang. Dari keturunan anak-anak perempuan Datuk Lela Balang lahirnya Suku Biduanda Lela Maharaja hari ini.

      4. Suku Biduanda Lela Maharaja dan Suku Biduanda Sedia Raja bergilir-gilir menjadi Undang Luak Rembau sehingga ke hari ini.

      5. Suku Tiga Nenek adalah salah satu di antara 12 Suku dalam Sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan.

      Wallahualam.

      Padam
  14. assalam..
    boleh tak nak info tentang suku seri lemak..terima kasih bang ujang..

    BalasPadam
  15. Fi..Fibi..Fea,

    Waalaikomsalam.

    Walaupun arwah Datuk saya yang berasal dari Kg.Bongek Suku Seri Lemak, saya tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai suku itu.

    Setahu saya orang Suku Seri Lemak banyak di Kg. Selemak (di sekitar kawasan Masjid Selemak). Gelaran untuk Buapak (Ketua Perut) Suku Seri Lemak ialah Tok Juan. Gelaran untuk Datuk Lembaga ialah Dato Sinda Maharaja.Arwah Datuk saya bergelar Dato' Laksamana (gelaran tanpa elaun/gaji).

    Jujurnya, saya tidak mahir mengenai Suku-Suku selain Suku Biduanda.

    BalasPadam
  16. Asslamualaikum,
    soalan: nenek saya suku biduanda. so, automatically bapak saya suku biduanda jugak la, kan? adalah saya masih lagi di dalam suku atau telah putus sukunya? bole ke saya kawen dgn org dari suku yg sama dgn bapak saya? minta pencerahan. Terima kasih tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sukukah saya ni,

      Waalaikomsalam.

      Ingin saya ingatkan bahawa saya bukan pakar dalam Adat Perpatih. Sebarang catatan saya mengenai Adat Perpatih adalah pemerhatian amali di kampung halaman sendiri. Saya tidak berada dalam ' sistem' ini. Bagaimanapun, setakat yang mampu saya akan membantu/menjawab:

      1. Tidak ada ragu lagi bahawa anda boleh berkahwin dengan sesiapa sahaja (dalam sistem Adat Perpatih) individu yang sama suku dengan bapa anda.

      Dalam sistem Adat Perpatih, suku anda adalah mengikut suku ibu anda. Kalau bapa anda suku Biduanda, tentulah suku ibu anda selain dari suku Biduanda.

      (a) Nenek (perempuan)anda Suku Biduanda (b) Bapa anda suku Biduanda (kerana nenek dan ibunya suku Biduanda (c) Anda BUKAN suku Biduanda. Suku anda adalah mengikut suku ibu anda.

      2. Andainya ibu anda bukan anak adat (Negeri Sembilan), BETULLAH pertanyaan anda ' sukukah saya ni ?'. Jawapannya, Tiada suku.

      3. Anak-anak saya tidak terikat dalam sistem Adat Perpatih kerana isteri saya bukan anak Negeri Sembilan.

      4. Bagaimanapun, sistem yang ditetapkan dalam Islam telah lengkap dan tiada cacat celanya. Ianya mengatasi segala sistem manusia.

      Wallahualam.

      Padam
  17. Apo mongono, mano masuk akl sobolom orng Minang dtg ponghuni N9 cumo kaum Jakun, Sakai dsb...lai stu kek N9 tu kaum Kampar, Kuantan Sengigi, Riau, Lingga dll pun ghamai gak, lobih ghamai daghi Minang...yg den tau sobolom Minang datang oghang Muara KELANTAN di SIAK, SUMATERA datang jauh lobih dlu daghi Minang, Oghang Kodah JAMBI, oghang Terengganu di Riau pun datang lobih awal gak...yg pasti e LOGHAT Noghoghi tu loghat JAMBI+KAMPAR+ PAYO KUMBOH...tak do sikit pun loghat Minang e do!!! Kau biar botol UJANG KUTIK!!! Kau tau tak menurut ILMUAN ISLAM berlandaskan Al Quran TAMADUN MANUSIA bermula dari zaman Nabi Idris AS lai. Di zman bagindo dh terdapek 72 bahaso dan pocahan kaum soghoto dh ado ompek ghajo di ompek penjughu dunio...1000 th lopeh tu kaum Nabi Idris yg betamadun tinggi tu dibinasokan ALLAH SWT dongan banjir bosa di zman Nuh AS...mako topusahlah 72 kaum dongan 72 bahso tu di berpuluh ghibu pulau, tanah bosa dan benuo benuo...salh satu e kaum dataran bukit atau kaum MALA...salh stu pusat kaum MALA yg dh bertamadun adolah di Kawasan NOGOGHI SOMBILAN SOKAGHANG...apo pulak kau ckp ogjang asli plk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Assalamualaikom,

      " Apo mongono, mano masuk akl sobolom orng Minang dtg ponghuni N9 cumo kaum Jakun, Sakai dsb...lai stu kek N9 tu kaum Kampar, Kuantan Sengigi, Riau, Lingga dll pun ghamai gak, lobih ghamai daghi Minang...yg den tau sobolom Minang datang oghang Muara KELANTAN di SIAK, SUMATERA datang jauh lobih dlu daghi Minang, Oghang Kodah JAMBI, oghang Terengganu di Riau pun datang lobih awal gak...yg pasti e LOGHAT Noghoghi tu loghat JAMBI+KAMPAR+ PAYO KUMBOH...tak do sikit pun loghat Minang e do!!! Kau biar botol UJANG KUTIK!!!"

      1. Terimo kasih kerana sudi menguleh salah satu catatan dalam blog ini.

      2. Den tulih ni bodasarkan apa yang Den dapek dari pembacaan, oghang tuo-tuo. Seperti yang Tuan tahu, dongan kemajuan teknologi haghi ni, kito boleh dapek maklumat daghi ujung jaghi.

      3. Tuan tokanlah mano-mano pun mengenai sejarah Negeri Sembilan, setahu den Tuan akan dapati oghang asal Negeri Sembilan ialah Orang Asli (Jakun).

      4. Setahu den Adat Perpatih di Negeri Sembilan tidak samo dongan Adat Perpatih di Tanah Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning, Melaka adalah adunan tigo adat iaitu;

      "Gabungan sekurang-kurangnya tiga sistem kemasyarakatan iaitu; Sistem Adat Minangkabau yang terdiri daripada tiga sistem - Adat Nan Tigo, Adat Elok Baleh dan Adat Tuah Disakato, Sistem Adat Tempatan Siak dan Sistem Adat Tempatan Negeri Sembilan (Adat Benar (Adat Orang Asli)."

      5. Adat Perpatih Negeri Sembilan dikatakan ada pengaruh Siak kerana dikatakan bahawa ada satu golongan pendatang dari Minangkabau (Sumatera Barat) membuat penempatan di Siak terlebih dahulu sebelum datang ke Negeri Sembilan. Sedemikian, apabila mereka datang ke Negeri Sembilan, mereka membawa Adat Siak.

      6. Jujurnya saya bukan ahli sejarah N.Sembilan. Saya mengalu-ngalukan info Tuan dan akan cuba mendapat pencerahan. Saya sangat berbesar hati jika Tuan dapat mengemukakan sumber bahawa sebelum kedatangan Orang Minangkabau dari Sumatera Barat, Tanah Minangkabau lebih 500 tahu yang lampau telah ada Orang Jambi, Kampar dan sebagainya di N.Sembilan.

      Terima kasih.

      Padam
    2. minangkabau bukan suku kaum

      ia adalah kesatuan bangsa. seperti melayu semenanjung, cina dan india membentuk negara bangsa malaysia
      minangkabau sendiri dibentuk oleh 8 suku pemula

      Bodi Caniago adalah kelompok kaum Budha dan saudagar-saudagar (orang-orang niaga) yang memandang manusia sama derajatnya. Daerah asal diperkirakan dari Tiongkok, Campa dan Siam
      Koto Piliang adalah kelompok orang-orang yang menganut agama Hindu dengan cara hidup menurut hirarki yang bertingkat-tingkat. Daerah asal diperkirakan dari India Selatan
      Suku Tanjuang berasal dari Marga Tanjung di Barus, Pesisir Barat Sumatera Utara, Barus sudah ramai penduduk sejak sebelum masehi
      Suku Jambak (suku Campa) berasal dari Asia Tengah, mengembara ke selatan dan memasuki Sumatera lewat muara-muara sungai besar
      Suku Sikumbang, seketurunan dengan Suku Jambak. Kedua suku ini (Jambak dan Sikumbang) sama-sama mengagungkan Harimau sebagai perlambang (Harimau Campa dan Harimau Kumbang)
      Suku Malayu, berasal dari penduduk asli Sumatera yang pernah hidup di kerajaan-kerajaan Malayu Tua seperti Kandis dan Koto Alang, di kemudian hari penduduk dari Dharmasraya dan bangsa proto Melayu yang tinggal di antara Sungai Musi dan Sungai Batanghari juga disukukan sebagai Malayu dalam adat Minang. Suku ini sangat memuliakan Bukit Siguntang Mahameru. Lihat kembali Tambo Alam Surambi Sungai Pagu yang penduduk awalnya bersuku Malayu
      Suku Mandahiliang, suku pendatang dari Tapanuli Selatan yang dimasukkan kedalam adat Minangkabau
      Suku Pisang, berasal dari penduduk Pisang di Kuala Inderagiri

      dan suku malayu yang menurunkan 8 daripada 12 suku yang asal di negeri sembilan. kecuali tanah datar, anak acheh, anak melaka dan pastinya biduanda. semua 8 suku itu dibentuk dari induk MALAYU.

      ini saya ambil dari daftar suku malayu di minangkabau, bermakna pemahaman kita selama ini yang mengatakan suku ini memisah diri dengan suku asal dan membentuk suku berdasarkan dari kampung mana datuk nenek moyang kita datang adalah SALAH sama sekali. 8 suku itu wujud dari sub-suku yang dibentuk melalui suku asal Malayu.

      Padam
    3. MALAYU menurunkan suku Level 1 yaitu :
      1. Malayu nan IV Paruik
      Suku Malayu nan IV Paruik menurunkan suku Malayu Mandahiling nan IV (Level 2)
      Suku Malayu Mandahiling nan IV, Suku Jambak Kati Anyir nan V (Level 3)

      2. Malayu nan V Kampuang
      Suku Malayu nan V Kampuang menurunkan suku Jambak Kati Anyir nan V (Level 2)

      3. Malayu nan IX Hindu
      Suku Malayu nan IX Hindu menurunkan suku Koto Piliang nan IX (level 2)
      Koto Piliang nan IX menyatu membentuk satu suku KOTO PILIANG (Level 3)

      Suku KOTO PILIANG menurunkan suku-suku Level 4 yaitu :
      a. Malayu yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Malayu yang ditambah kata : Tangah, Tapi, Ateh, Bawah, Tinggi, Gadang – dsb

      b. Mandahiliang yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Mandahiliang yang ditambah kata : Laweh, Kaciak, Gadang, Tangah, Bawah, Ateh, Tapi – dsb

      c. Bendang yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Bendang yang ditambah kata : Koto, Kubu, Salayan – dsb

      d. Kampai yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Kampai yang ditambah kata : Pili, Bendang, Panai – dsb

      e. Koto yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Koto yang ditambah kata : Bodi, Pili, Atek Tabek, Gobah, Musajik, Salek Batuang – dsb

      f. Piliang yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Piliang yang ditambah kata : Sani, Laweh, Katiak, Tangah, Bawah, Pauah, Gadang, Simalanggang, dsb

      g. Guci yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Guci yang ditambah kata : Dalimo, Rabu – dsb

      h. Tanjuang yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Tanjuang yang ditambah kata : Koto, Payobada , Ateh, Alai – dsb

      i. Payobada yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Payobada yang ditambah kata : Korong Sumpu – dsb

      j. Simabur yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Simabur yang ditambah kata : Tepi Selo, Tepi Tampo, Kamalakang – dsb

      k. Sikumbang yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Sikumbang yang ditambah kata : Sikumbang Bukik – Sikumbang Lurah – dsb

      l. Pisang yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Pisang yang ditambah kata : Baliak Labuah – dsb

      m. Pagacancang yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Pagacancang yang ditambah kata : Payakumbuah – dsb

      n. Katianyir yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Katianyir yang ditambah kata : Domo – Mungkal - Simalanggang – Tigo Niniak – dsb

      o. Jambak yang menurunkan suku-suku level 5 yaitu :
      Jambak yang ditambah kata : Durian – Durian nan Limo Ruang – dsb

      p. Petopang yang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Petopang yang ditambah kata : Sarilamak – dsb

      q. Salo menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Salo yang ditambah kata : Batu balang – dsb

      r. Banuampu menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Banuampu yang ditambah kata : Bariang – dsb

      4. Malayu nan VI Niniak
      Suku Malayu nan VI Niniak menurunkan suku Bodi Caniago nan VI (Level 2)
      Suku Bodi Caniago nan VI menurunkan suku BODI CANIAGO (Level 3)

      Suku BODI CANIAGO menurunkan suku-suku Level 4 :
      a. Bodi menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Bodi yang ditambah kata : Batuhampar – Tigo Batur – dsb

      b. Caniago menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Caniago yang ditambah kata : Mandaliko – Sumagek – Panyalai – Balai Mansiang – dsb

      c. Singkuang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Singkuang yang ditambah kata : Sumpadang – dsb

      d. Sipanjang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Sipanjang yang ditambah kata : Tambang Padang – dsb

      e. Lubuak Batang menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Lubuak Batang yang ditambah kata : Bulukasok – dsb

      f. Sungai Napa menurunkan suku-suku Level 5 yaitu :
      Sungai Napa yang ditambah kata : Sinapa – dsb

      Padam
  18. salam tuan

    boleh tau email personal?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Khairul,

      1. Terima kasih di atas info yang sangat menarik perhatian untuk dicanai seterusnya.

      2. email saya ' ibrahimsaleh1955@gmail.com

      Padam
  19. dan buat pengetahuan tuan tuan semua. adat benar dari suku jakun juga ber-nasabkan perempuan. tidak diketahui adakah ini satu kebetulan atau sememangnya ada hubungan antara orang asli dan orang minang. kerana itulah kaum pendatang dan kaum asli bersemenda dengan sempurna di tanah N9. bukan seperti di negeri2 semenanjung yang lain.

    saya sudah 5 x ke ranah minang. tanggapan kita mengatakan rumah minang, rumah n9 dan rumah kebanyakan orang melayu darat di sumatera yang beratap lontik diambil dari tanduk kerbau adalah kurang benar sama sekali. sebenarnya bentuk ini adalah bentuk perahu

    *****
    Kenapa Rumah Gadang Minangkabau Atapnya Seperti Tanduk Kerbau?

    Rumah gadang merupakan rumah adat Minangkabau. Rumah gadang ini mempunyai ciri-ciri yang sangat khas. Bentuk dasarnya adalah balok segi empat yang mengembang ke atas. Garis melintangnya melengkung tajam dan landai dengan bagian tengah lebih rendah. Lengkung atap rumahnya sangat tajam seperti tanduk kerbau, sedangkan lengkung badan dan rumah landai seperti badan kapal.

    Atap rumahnya terbuat dari ijuk. Bentuk atap yang melengkung dan runcing ke atas itu disebut gonjong. Karena atapnya membentuk gonjong, maka rumah gadang disebut juga rumah bagonjong.

    Asal usul bentuk rumah gadang

    Bentuk atap rumah gadang yang seperti tanduk kerbau sering dihubungkan dengan cerita Tambo Alam Minangkabau. Cerita tersebut tentang kemenangan orang Minang dalam peristiwa adu kerbau melawan orang Jawa.

    Bentuk-bentuk menyerupai tanduk kerbau sangat umum digunakan orang Minangkabau, baik sebagai simbol atau pada perhiasan. Salah satunya pada pakaian adat, yaitu tingkuluak tanduak (tengkuluk tanduk) untuk Bundo Kanduang.

    Asal-usul bentuk rumah gadang juga sering dihubungkan dengan kisah perjalanan nenek moyang Minangkabau. Konon kabarnya, bentuk badan rumah gadang Minangkabau yang menyerupai tubuh kapal adalah meniru bentuk perahu nenek moyang Minangkabau pada masa dahulu. Perahu nenek moyang ini dikenal dengan sebutan lancang.

    Menurut cerita, lancang nenek moyang ini semula berlayar menuju hulu Batang Kampar. Setelah sampai di suatu daerah, para penumpang dan awak kapal naik ke darat. Lancang ini juga ikut ditarik ke darat agar tidak lapuk oleh air sungai.

    Lancang kemudian ditopang dengan kayu-kayu agar berdiri dengan kuat. Lalu, lancang itu diberi atap dengan menggantungkan layarnya pada tali yang dikaitkan pada tiang lancang tersebut. Selanjutnya, karena layar yang menggantung sangat berat, tali-talinya membentuk lengkungan yang menyerupai gonjong.

    Lancang ini menjadi tempat hunian buat sementara. Selanjutnya, para penumpang perahu tersebut membuat rumah tempat tinggal yang menyerupai lancang tersebut. Setelah para nenek moyang orang Minangkabau ini menyebar, bentuk lancang yang bergonjong terus dijadikan sebagai ciri khas bentuk rumah mereka.

    Dengan adanya ciri khas ini, sesama mereka bahkan keturunannya menjadi lebih mudah untuk saling mengenali. Mereka akan mudah mengetahui bahwa rumah yang memiliki gonjong adalah milik kerabat mereka yang berasal dari lancang yang sama mendarat di pinggir Batang Kampar.
    ****

    jika tuan ujang kutik mudik ke ranah minang ikut laluan nenek moyang kita dahulu. dari dumai, mudik ke kampar, kuantan dan seterusnya ke tanah tinggi minang. tuan akan lihat perubahan atap tersebut. dari lontik sedikit seperti rumah negeri sembilan, langsung lontik mencucuk langit bila tiba di ranah minang.

    lihatlah nenek moyang kita dahulu. apa yang mereka lakukan selalu untuk dijadikan teladan dan ingatan buat cucu cicit mereka. subhanallah

    BalasPadam
  20. tuan akan lebih terkesima apabila membaca bahawa sri maharaja diraja yang memerintah pagaruyung dahulu kononnya adalah watak yang sama dengan sang sapurba. sosok yang menurunkan raja raja melayu . kerana itu tidak terkejut mengapa sultan muzafar shah ketika mahu memerintah perak dan perahu nya tersekat di beting beras basah, baginda mengungkap :

    Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka

    pulau perca atau poco adalah nama sumatera di alam lampau.
    sang sapurba diangkat menjadi raja di ranah minang ketika baginda menumpaskan kononnya naga/ular yang bernama saktimuna.

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum EN ujang. saya nak buat sejarah lisan tentang adat perpatih semua suku ni. pada siapa saya boleh hubungi. harap dapat membantu

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."