Ketika makan tengah hari dengan
seorang kawan di sebuah restoran di Ampang Point, Selangor kami didatangi oleh
seorang anak muda. Dia berpakaian kemas – baju lengan panjang berwarna putih dan
memakai tali leher. Saya pasti usianya tidak melebih 22 tahun. Dia menyandang beg
sandang berwarna hitam. Tangan kirinya menggenggam beberapa buah buku keibubapaan
dan juga CD keagamaan.
Khalayak khususnya di Lembah
Klang telah biasa dengan keadaan ini. Belum sempat anak muda itu memberi salam
saya telah mengangkat tangan sebagai isyarat tidak mahu membeli. Namun, anak
muda itu dengan sabar memberi juga salam. “Waalaikomsalam”, kami membalas.
Kawan saya pula mengangkat
tangan. Anak muda itu tidak menghiraukan. Anak muda itu terus mempromosi
barang-barangnya yang membawa misi membeli sambil beramal. Usai dia ‘
berceramah’ kami tidak juga membeli. Anak muda itu dengan sopan mohon beredar
dan menuju ke meja yang lain pula. Sekali lagi kami mengangkat tangan. Kali ini
sebagai tanda menghormatinya walaupun tidak membeli.
Saya terus memerhatikan kelibatnya
di dalam restoran yang dipenuhi pelanggan. Dari satu meja ke satu meja. Tiada
yang membeli. Dia letih! Mungkin juga lapar! Tiada pembeli dan tiada sesiapa yang mempelawa dia makan atau minum
bersama. Ah..ini real kehidupan. Bukannya drama TV yang memaparkan hidup itu begitu santai - anak ahli perniagaan!
Siapakah anak muda itu? Baru
lepas SPM? Baru lepas Diploma? Graduan terhormat?
Anak, kehidupan ini rencam –
berliku, berkerikil, bersimpang-siur, di sepanjang laluan banyak halangan. Pengalaman adalah guru yang kejam, ianya menguji terlebih dahulu sebelum memberi pelajaran. Laluilah
dengan keberanian, hati-hati, sabar, perancangan yang baik, keimanan dan tawakal.
ujang kutik,
BalasPadampotensi kejayaan bagi pemuda ini tinggi..dia aggresif dan tidal malu malu
kalau barangan yang di jual itu tidak 'jalan' dia tidak akan ada masaalah mencuba barangan yang lain sehingga lah satu hari...
..dia sudah seorang jutawan..macam hero hindustann...hehe.
Sdr theolrascal,
BalasPadamTuan, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.