Insya Allah, jika saudara mara, tetamu
atau anda datang bertamu ke rumah kami, isteri saya akan menghidangkan ‘ Char
Kway Teow’. Makanan yang asal usulnya berasal dari etnik Cina Hokkiean ini juga
digemari oleh Orang Melayu.
Char Kway Teow 1 |
Di kalangan Orang Melayu, Char
Kway Teow dikatakan pada mulanya dipelupuri oleh peniaga-peniaga gerai di Pulau
Pinang. Mungkin inilah sebabnya ramai peniaga Char Kway Teow menamakan gerai Char
Kway Teow mereka, ‘ Char Kway Teow Penang’.
Hampir semua negeri di
Semenanjung ada gerai ‘ Char Kway Teow ’. Namun, pada pengamatan saya, kecuali
beberapa tempat di Negeri Pahang, makanan ini masih belum mendapat tempat lagi
di hati penduduk di negeri-negeri pantai timur.
Dalam perniagaan makanan bukannya
senang untuk mendapatkan resepi dari peniaga makanan walaupun kawan baik.
Malah, boleh dikatakan peluang mendapatkan ‘secret recepie’ hampir pada tahap
sifar! Ini adalah ‘mitos’ yang sebenarnya kenyataan di kalangan peniaga.
Char Kway Teow 2 |
Isteri saya yang berminat dalam
masakan agak bernasib baik kerana mendapat ‘secret recepie’ Char Kway Teow ini
dari seorang peniaga Char Kway Teow, Abang Ismail, yang membuka gerai di
Bangi, Selangor kira-kira 10 tahun yang lalu. Kami selalu singgah di
warungnya.
‘Abang Ismail ’, peniaga di usia
hujung 50-an (ketika itu) dari Pulau Pinang terbuka hatinya untuk ‘ menurunkan’
kemahirannya membuat Char Kway Teow kepada isteri saya apabila beliau hendak menutup
businesnya di Bangi dan balik berniaga di kampung halamannya. Beliau mendapat
resepi membuat Char Kway Teow dari isterinya yang pernah menjadi pembantu
peniaga Char Kway Teow keturunan Cina sebelum mereka berkahwin.
Maka, ‘malam terakhir’ Abang
Ismail berniaga di Bangi, saya dan isteri telah pergi ke gerainya untuk
mendapatkan resepi yang dijanjikannya. Isteri saya menulis ‘resepi rahsia’
tersebut dan memerhatikan dia membuat Char Kway Teow yang dipesan oleh
pelanggannya.
Bagaimanapun, beliau ‘berpesan’, “ Resepi rahsia itu tidak boleh
diperturunkan kepada orang lain.”
Char Kway Teow 3 |
Pada hari berikutnya isteri saya
membeli barang-barang keperluan membuat sos dan kichap Char Kway Teow dan
menyediakan sekali sos dan kicapnya. Pada sebelah malamnya kami pergi ke
gerainya untuk menunjukkan sampel sos dan kicap yang telah disediakan.
Malangnya, beliau tidak ada.
Malah segala peralatan berniaganya juga tidak ada lagi. Beliau telah balik ke
Pulau Pinang!
Isteri
saya tidak khatam ilmu menyediakan sos dan kicap Char Kway Teow dengan Tuan Gurunya.
Bagaimanapun, menu Char Kway Teow yang disediakannya disukai oleh mereka yang
pernah merasanya.
Sungguh pun tidak khatam, dia begitu berpegang kepada pesan
gurunya, “ Resepi rahsia ini tidak boleh diperturunkan kepada orang lain.” Pembaca mungkin ada tanggapan berbeza dengan bab ini!
NOTA: DUA DARIPADA FOTO CHAR KWAY TEOW DI ATAS DIAMBIL DARI GERAI CHAR KWAY TEOW TERKENAL DI AMPANG DAN KUALA KUBU BHARU. SATU DI ANTARA TIGA FOTO TERSEBUT ADALAH CHAR KWAY TEOW YANG DISEDIAKAN OLEH ISTERI SAYA. 'OVERKAH CATATAN INI? (MEMINJAM UNGKAPAN KATA KAWAN BLOGGER).SAYA CUMA PART TIME BLOGGER YANG SUKA MENCATATKAN SEGALA SESUATU TANPA KOMPROMI.
bro ujang kutik,
BalasPadamhehe,
apa pulak over nye..
catatan ini meriah sungguh...ekeke
tetiba lapar perut tengok char kauy teow
Sdr theolrascal,
PadamSaya teringat gerai Lontong Klang yang terletak di tepi Sungai Klang yang airnya tenang itu.Entah bila akan ke sana lagi.
LAMA DAH TAK RASA CHAR KUEY TEOW TAMAN MELOR
BalasPadamSdr/i Tanpa Nama,
PadamTerima kasih kerana datang ke ' ujang kutik ' walaupun 'menutup muka'.
Janganlah jadi ayam hitam
terbang malam
di celah pandan.
Jadilah ayam putih
terbang siang
di hujung ranting
nampak datangnya.
Beritahu bila nak datang. Boleh buat 'Char Kway Teow untuk puan/tuan dan keluarga.
Seronok juga ada pembaca di kalangan kawan yang memakai penutup muka dan berjalan waktu malam supaya tidak saya kenali. He..he..