Parlimen dibubarkan pada hari
Rabu, 3 April 2013. Dalam tempoh tidak sampai 24 jam saya telah dua kali dinyanyikan
dengan lagu kepartian yang langsung tidak mengambil kira perasaan saya:
Pertama ( petang 3/4/13) :
Saya di Ulu Bernam pada 3/4/13. Ketika
duduk di ruang tamu di sebuah pejabat seorang tiba-tiba menghampiri saya dan
meluahkan ketaksubannya kepada parti yang disokongnya. Maka dipujinya tinggi
melangit pemimpin yang dipujanya dan juga kebaikan parti yang didokongnya. Dan,
diperlekehkannya pemimpin parti lawan.
Walaupun tidak bersetuju, saya
terpaksa tersenyum pahit.
Kedua ( pagi 4/4/13):
Ketika minum pagi di sebuah
warung saya duduk berhadapan dengan seorang lelaki pertengahan 60-an. Saya menjual
senyum dan mempelawanya makan bersama.Dia membalas senyuman saya. Dia membaca akhbar yang jelas menunjukkan khemah politiknya
dengan bertemankan segelas teh tarik.
Saya cuba menguji minda
politiknya dengan menyebut pembubaran parlimen. Dengan secepat kilat dia mula ‘membebel’
dan menjadi seperti orang yang saya nyatakan pada kes pertama (3/4/13).
Pada kes ke-2 ini saya tidak
dapat lagi memaksa diri tersenyum dan mengiakan kata-kata orang itu. Saya katakan
bahawa seseorang itu ada keyakinannya sendiri. Kita tidak boleh memaksa orang
lain berkeyakinan seperti kita. Dia terkejut. Dengan senyum pahit dia beralih memperkatakan
tajuk lain yang lebih santai dan harmoni.
dalam politik, seharusnya biarkan saja mereka2 yang tegar... sebaiknya kita jadi pendengar yang baik (kadang-kala) menjawap dengan senyuman adlh paling afdal buat masa ni... walauapepun, undi kita semua adalah rahsia...
BalasPadambob Matcha,
BalasPadamBenar, sewajarnya kita berlapang dada @ menjadi pendengar yang baik.