POLITIK BUKANLAH PERMAINAN TETAPI BISNES BAGI MENCARI KEUNTUNGAN
(Sir Winston Churchill)
Untuk mengelakkan kesesakkan yang menyesakkan nafas dan
perasaan, saya mengikuti laluan alternatif ke pejabat. Laluan tersebut
menyusuri kawasan-kawasan perumahan kos rendah, sederhana dan mewah.
Sejak dua minggu kebelakangan ini
saya melihat di kawasan perumahan tertentu telah dipasang dengan bendera
politik parti tertentu dalam jumlah yang agak banyak. Bilangan bendera tersebut
bertambah berlipat kali ganda sejak pembubaran dewan rakyat diumumkan pada
3/4/13. Saya juga mula melihat parti politik yang menjadi lawan kepada yang
pertama tadi telah mula memberikan saingan dalam kerja-kerja memasang bendera.
Fenomena ‘menghias’ persekitaran dengan bendera parti politik sedang berlaku.
Senario yang saya nyatakan ini
adalah berlatarbelakangkan kawasan-kawasan perumahan di pinggir bandar di
Lembah Klang.
Melalui pemerhatian mudah saya,
saya mendapati bahawa Orang Melayu kita berada di saf jauh ke hadapan dalam riuh
rendah politik fizikal – memasang bendera, menghadiri ceramah, mengacau ganggu
perjalanan ceramah pihak lawan dan sebagainya. Golongan bukan Melayu khususnya
peniaga/usahawan Cina kurang menonjol dalam kaedah berpolitik secara fizikal.
Sedemikian, pemasangan bendera
parti politik di kawasan-kawasan perumahan etnik Cina tidak meriah. Ada bendera
tetapi seadanya atau cuma melepaskan batuk di tangga.
Keadaannya berbeza di
kawasan-kawasan perumahan Orang Melayu. Bagaimanapun, keghairahan memasang
bendera di kawasan-kawasan perumahan Orang Melayu juga ada polanya. Pemasangan
bendera tidak banyak atau ada yang tidak dipasang langsung di kawasan-kawasan
perumahan sederhana dan mewah.
Sebaliknya, yang ghairah dan
menonjol sangat memasang bendera parti politik ialah di kalangan Orang Melayu
yang mendiami kawasan-kawasan perumahan kos rendah. Bendera-bendera bukan
sahaja dipasang di sepanjang jalan/laluan bahkan dipacakkan di tiang-tiang
pagar dan bumbung rumah. Kalaulah keadaan ini menggambarkan sokongan mereka,
kita telah mengetahui parti mana yang akan mendapat manfaat di peti undi pada PRU
13 nanti.
Fenomena bendera parti politik
adalah landskap menjelang pilihanraya. Sukailah suasana ini walaupun mungkin
ada di antara bendera yang megah berkibar tersebut ‘mengacau-ganggu’ pandangan
dan minda anda. Selamat menyambut ‘ Hari
Pilihanraya’Ke-13!
di waktu ini lah bisnes percetakan menjanjikan pulangan yg lumayan ...
BalasPadamPuan CM,
BalasPadamSelamat menyambut Hari Pilihanraya Ke-13.
ujang kutik,
BalasPadamMasyarakat cina rata rata terlibat dalam perniagaan jadi mereka kekurangan masa untuk aktiviti yang tidak produktif. Dan mereka juga tahu penyudah nye setiap orang akan mempunyai satu undi untuk merealisasikan apa yang mereka kehendaki.
Tentu saja mereka berminat pada politik dan inginkan kelebihan dan tambah nilai pada sesiapa yang akan mereka berikan undi. Hanye adang kadang tu mereka saja tidak tunjuk pendirian politik mereka. Itu pun satu jenis teknik berniaga juga..ekeke.
Dalam proses pilihanraya saat paling thrilling adalah ketika berada di depan TV menunggu keputusan kawasan yang calon nye memang kita nantikan, sebagai contoh di parlimen Gelang Patah sekira nye Ghani Othman betul2 akan bertanding menentang Lim Kit Siang di situ.
PRU13 akan menjadi PRU yang paling meriah dalam sejarah Malaysia.
Sdr theolrascal,
PadamMereka (Cina) memang peniaga tulin @ mahir. Ketika orang lain bermain politik mereka pula berniaga politik. Tamadun mereka juga jauh lebih lama dan hebat dari kita. Kualiti per individu mereka juga unggul - bijak (antaranya pendidikkan), rajin,
Kalau kita di kedudukkan LKS, beranikah berhijrah dari zon selamat ke zon perang?
Cina : 54%, M: 33%, I : 13%. Penyandang menang majoriti 8851 (2008).
Begitu juga Salahudin Ayub - ke zon perang dan sangat berisiko.
Kawasan Parlimen Pandan juga menarik - Rafizi V Ong Tee Kiat (belum confirm kerana MCA belum beri green light) Kawasan saya!!! Saya telah mengasah jari dan mengenal pasti calun yang akan dipangkah di DUN dan Parlimen. Anda Anda jangan sangsikan saya, dua undi saya untuk 'ANDA ANDA'!! Undi-undi keluarga saya juga untuk ANDA ANDA.
Kalau panjang umur boleh kita berkongsi 'seronok' secara live dalam blog kita ketika keputusan diumumkan nanti. Teruja.......
Kendatipun demikian, keputusan tersebut tidak sama thrillnya dengan kekalahan/kemenangan N.Sembilan dalam Liga Super. Ianya jauh lebih mendebarkan dari itu. Masa hadapan kita, keluarga dan negara.