Makna TEROMBA mengikut Kamus
Dewan ialah, ‘ Sejarah yang diceritakan dalam perbilangan’.
Mengikut Adat Perpatih, Teromba adalah alat komunikasi bukan sahaja
setakat adat sopan santun dalam pergaulan sahaja tetapi lebih menekankan
tentang landasan berfikir, nilai-nilai dalam kehidupan, norma-norma dalam
pergaulan, falsafah hidup dan hukum-hukum yang harus dipatuhi. (Teromba
Sebagai Alat Komunikasi dalam kepimpinan Adat Perpatih oleh Dato’ Dr Mohd Rosli
Saludin).
Di ketika kita disibukkan dengan
demam PRU 13, yaani dengan tujuan untuk memilih pemimpin, eloklah kiranya kita
renung kaedah yang diinstitusikan dalam Sistem Adat Perpatih ketika memilih
pemimpin. Antaranya;
Bulat anak buah menjadikan Buapak
Bulat Buapak menjadikan Lembaga
Bulat Lembaga menjadikan Undang
Bulat
Undang menjadikan Raja dan menegakkan keadilan
(Arif Rais – Petikan Buku Teromba Sebagai Alat
Komunikasi dalam kepimpinan Adat Perpatih oleh Dato’ Dr Mohd Rosli Saludin).
Kalau diterjemahkan secara literal, teromba dalam
Adat Perpatih seperti di atas dalam konteks pemilihan pemimpin Negeri/Negara memberi
maksud lebih kurang seperti berikut:
(a)Pemilihan Pemimpin Di Peringkat Negeri
Bulat rakyat memilih ADUN
Bulat ADUN menjadikan EXCO
Bulat EXCO menjadikan MB
(b)Pemilihan Pemimpin Di Peringkat Pusat (Dewan
Rakyat)
Bulat rakyat memilih Ahli Parlimen
Bulat Ahli Parlimen menjadikan Menteri
Bulat Menteri menjadikan Perdana Menteri
Bagaimanapun, institusi Sistem Adat Perpatih dan institusi
Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat(Parlimen) berada pada paksi
amalan demokrasi yang berbeza. Sedemikian kaedah teromba dalam memilih pemimpin
yang diinstitusikan dalam Sistem Adat Perpatih tidak sama dengan kaedah dan peranan
dalam institusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat(Parlimen).
Institusi DUN dan Dewan Rakyat berada di kelas eksukutif yang tersendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."