Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 28 April 2013

CALUN BEBAS DAN ADUN : SAYA TERINGAT CIKGU JABAR BATU LAUT


Ketika balik dari masjid, isteri dan anak perempuan saya menceritakan bahawa mereka dan lain-lain pengunjung pasar malam telah disantuni dan dirayu oleh bekas ADUN kawasan kami untuk mengundinya pada PRU 13 ini. Kali ini, bekas ADUN itu bertanding sebagai calun bebas kerana digugurkan dari senarai calun partinya.  

Secara manusiawi saya kasihan juga dengan bekas ADUN kawasan itu. Bagaimanapun, ada satu perkara mudah yang diabaikannya sepanjang lima tahun menjadi wakil rakyat. Sebenarnya bukan beliau sahaja yang mengabaikannnya, malah kebanyakkan wakil rakyat. Perkara mudah yang saya maksudkan ialah ‘mendampingi rakyat’.

Wakil rakyat yang mendampingi rakyat akan dekat di hati rakyat. Susahkah sekali sekali datang berjumaah di masjid/surau kawasan, menyantuni rakyat di pasar-pasar malam, datang kenduri-kendara, sekali sekala ‘lepak di warung-warung kecil’ dan belanja semua pelanggan  ( warung kecil tidak ramai pelanggan) dan lain-lain pendekatan konvensional? Walaupun pendekatan itu tidak seberapa tetapi impaknya sangat besar. 

Dan, itulah yang dilakukan oleh semua calun menjelang hari mengundi! Kenapa ketika masa hendak memancing undi sahaja menggunakan kaedah menarik hati rakyat yang mustajap itu?     

Pada pertengahan tahun 70-an dan awal 80-an ada seorang wakil rakyat bebas (ADUN) yang mencatat sejarah. Beliau, Cikgu Abdul Jabar bin Mohamad Yusof atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Jabar telah memenangi kawasan DUN Batu Laut yang kini dikenali Tanjung Sepat selama tiga penggal berturut-turut. Beliau yang kini berusia di lingkungan 75 tahun menang sebagai calun bebas pada tahun 1974, 1978 dan 1982. Di antara resepi beliau yang dibelenggu oleh tekanan, ugutan dan diskriminasi ialah mendampingi para pengundi di kawasannya.    

Percayalah, sekali anda belanja orang kampung anda minum di kedai kopi, nama anda akan diingati sepanjang zaman! 

4 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Ya, kalau kisah calon bebas di kisahkan, nama Cikgu Jabar di Batu Laut pasti tidak terlepas.

    PRU kali ini nampak nye ramai juga yang dah jadi bebas.
    Demokrasi....hahaha.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Rekod beliau masih belum dapat dipecahkan.

    Sebenarnya, saya sendiri tidak mengetahui lokasinya Batu Laut (Tanjung Sepat).

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. dukacita dimaklumkan bahawa cikgu jabar telah kembali menemui Allah pada 1 november 2014.
    saya anaknya.siti zurul ain binti abd jabar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Siti Zurul Ain bt. Abd. Jabar,

      Innalillahilwailaihirajiun. Alfatihah.
      Saya sangat mengagumi Allahyarham.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."