Masjid Fatimah Az-Zahra, Ampang
asalnya adalah sebuah surau. Masjid kecil ini menyembunyi dan memiliki sejarah turun-naik
tersendiri yang berbagai warnanya. Ada yang melihat masjid ini berwarna ‘
catchy’ (menarik). Ada juga yang melihatnya berwarna ‘kelam’ dan ‘kusam’.
Saya tidak akan menjelaskan mengenai
‘ catchy’ atau kelam dan kusamnya masjid ini kerana ianya bergantung kepada
sahsiah dan latarbelakang seseorang. Pembaca cuma boleh mengtakrifkannya dengan
tepat apabila datang sendiri menunaikan solat berjumaah dan mendengar kuliah di
masjid ini.
Kumpulan Jumaah Tabligh |
Walaupun masjid ini ditadbir oleh satu jawatankuasa orang Melayu tempatan, masjid ini memberi ruang secukupnya kepada kumpulan Jumaah Tabligh (JT) menjalankan aktiviti mereka. Saya melihat pihak pengurusan masjid ada menyediakan sebuah bilik khas untuk para musafir yang kebanyakkannya dari kumpulan JT berketurunan India. Saban waktu mereka memakmurkan masjid ini samada secara berkumpulan atau bersendirian. Keadaan di masjid ini ada sedikit suasana seperti di masjid JT - Masjid India dan Masjid Seri Petaling.
Ada segolongan masyarakat di negara
ini berpandangan negatif terhadap JT. Pernah berlaku jawatankuasa sebuah surau
mengosongkan tabung derma surau sepanjang sekumpulan JT bermalam di surau
mereka cuma untuk memastikan samada kumpulan tersebut ‘membayar’ kos penggunaan
letrik, air dan kemudahan lain.
Anak-Anak Ekspatriat Luar Negara Beramain Menunggu Bapa Mereka Selesai Solat Di Dewan Solat |
Kedudukkan masjid ini terletak di kawasan perumahan sederhana, apartment dan kondominium yang juga didiami oleh golongan professional dan ekspatriat dari luar negara terutamanya dari Timur Tengah. Sedemikian, masjid ini ‘istimewa’ dari lain-lain masjid di Ampang kerana elemen kemajmukkan jumaahnya.
Tidak ada sebuah masjid pun di
sekitar Ampang yang memiliki ciri-ciri seperti di Masjid Fatimah Az-Zahara ini –
sejarah turun-naiknya, kehadiran kumpulan Jumaah Tabligh, jumaah dari berbilang
bangsa (termasuk dari luar Negara) dan program kuliah agama yang diadakan
tiap-tiap hari. Berhampiran kawasan masjid juga ada peniaga menjual perlatan
solat, kitab,CD dan surat khabar.
Saya tidak pasti samada masjid ini akan dicat semula atau sebaliknya dalam tempoh terdekat. Kalau tidak silap , kali terakhir kerja-kerja mengecat masjid ini telah dilakukan lebih 5 tahun yang lalu.
Ujang Kutik,
BalasPadamSaya rekomen, kalau kali terakahir masjid ini di cat adalah 5 tahun lalu baik lah kalau meraka mengecat nye semula. Lagi pun apa saja bangunan nye ia perlukan ..maintainance.
Sdr theolrascal,
BalasPadamMereka memang akan cat semula. Tetapi warnanya belum dapat dipastikan lagi.