Saya adalah di antara mereka yang mempunyai ramai kenalan ‘one off’. Kenalan tersebut mungkin pegawai/kakitangan pejabat, orang kampung atau sesiapa sahaja yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam memaknakan objektif tugas yang dipertanggungjawabkan ketika bertugas di luar daerah.
Saya mengenali mereka kerana tugasan mungkin di sebuah pejabat, di
sebuah gudang, di sebuah kampung atau di
sebuah kebun atau dusun yang jauh di pedalaman dalam tempoh singkat. Selepas selesai tugas perkenalan itu menjadi sejarah . Kami akan terputus hubungan buat selama-lamanya.
Kami mungkin berjam-jam lamanya bersama di dalam kenderaan – meredah bandar, pekan kecil, melalui kampung di pinggir bandar atau ‘menyantuni’ denai-denai sempit, curam dan sunyi di daerah/kampung pedalaman.
Mereka mungkin membawa saya membonceng
motorsikal melalui jalan bertar , jalan berkerikil, atau jalan tanah
merah yang lecak berbatu-batu jauhnya. Dan juga tidak mustahil berjalan kaki ke
destinasi di tempat yang tidak boleh sampai jika menggunakan kenderaan.
Kami juga mungkin menaiki sampan kecil yang permukaan airnya cuma beberapa inci sahaja dari bibir sampan.
Kami juga mungkin saling bantu membantu dan berhati-hati semasa melintasi titian kayu/buluh yang kecil dan licin.
Kami juga mungkin singgah di
masjid atau surau dan solat berjumaah. Ada yang menjadi imam dan memimpin bacaan doa.Ada yang menjadi makmum dan mengaminkan doa.
Kami juga mungkin singgah bersarapan di restoran di bandar atau kedai makan di pekan kecil atau warung naïf di kampung.
Di sepanjang tempoh bersama kami
mungkin bercerita mengenai diri dan keluarga masing-masing – pelajaran dan
kerjaya anak-anak, hobi atau keyakinan politik dalam keadaan berhati-hati.
Apabila kepenatan kami mungkin berehat di bawah pohon rendang di tepi sebuah anak sungai yang airnya sejuk dan jernih. Sesekali kami mengibas atau menampar nyamuk atau agas yang menggigit pipi. Berlatarbelakangkan pesisiran sungai , kehijauan hutan belantara dan kicauan unggas dan penghuni rimbu yang lain kami mungkin terlena seketika.
Setelah urusan selesai, saya akan
meminta maaf jika ada kata-kata atau perbuatan yang menyinggung perasaan,
mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dan akhirnya bersalaman.
Kebiasaannya, kami tidak akan bertemu lagi selepas itu. Itulah pertemuan yang pertama dan terakhir. Kami akan dipisahkan oleh jarak yang jauh dan persekitaran yang jauh berbeza.
Saya akan kembali semula ke
persekitaran dunia yang dikatakan hutan batu-bata, bising, berdebu dan tidak ambil
peduli.
Sebaliknya, mereka khususnya yang menetap di daerah pedalaman meneruskan kehidupan di sebelah dunia lain yang masyarakatnya saling ambil peduli bertemankan persekitaran yang damai dan menenangkan.
Se perigi sepermandian
Se jamban seperulangan
Se halaman sepermainan.
Bukit sama didaki
Lurah sama dituruni
Letih sama duduk
Laba sama dikutip
Rugi sama dirasa.
Yang terserak pungut
Yang terbenam kokeh (gali dengan tangan).
ujang kutik,
BalasPadamPekerjaan tuan ni.. 'enviable'.
Tidak hanya terperap di pejabat malah bila bertugas luar ia nye menjadi sesuatu yang 'adventurous'..ramai kenalan dan luas juga permandangan,
Dan saya juga berpeluang berkongsi suasana nye melalui blog '' ujang kutik ". tuan ini..hehe,
Selamat maju jaya pada semua part time bloggers...
Sdr theolrascal,
PadamSaya akan cuba menulis pengalaman dan juga memaparkan gambar-gambar kenangan dalam maya (blog) agar ianya selamat dan boleh dijenguk pada bila-bila masa (pada masa sekarang dan yang akan datang). Di samping suka menulis unsur inilah juga menyebabkan blog saya selalu di 'update'. Blog adalah diari yang kalau boleh mencatatkan ' segala sesuatu' yang kita alami.
Maju jaya pemilik blog separuh masa!