|
Masjid Jamek Maran |
Pada 7/4/13, Ahad, saya sampai
juga lagi ke bandar jolokkan ‘ Bandar Ayam Kampung’, iaitu Maran, Pahang. Kali
terakhir saya ke Bandar yang letaknya lebih kurang 40 km ke utara Temerloh ini
ialah pada tahun 2011.
|
Tasek (Banyak Ikan) |
Bandar Maran cuma ada dua tempat
penginapan. Pertama, sebuah chalet yang berlatarbelakangkan tasek. Kedua,
kompleks belia yang juga menyediakan tempat penginapan.
|
Tambah kapsyen |
Seawal sampai di daerah yang
berlatarbelakangkan kehijauan alam semula jadi saya telah menemui beberapa
orang penduduk bandar kecil ini untuk urusan mencari tempat penginapan. Urusan
menjadi sukar sedikit kerana pada hari Ahad kakitangan pejabat kerajaan
bercuti.
|
Panorama Maran |
Namun demikian, urusan saya
berjalan lancar kerana kualiti penduduk di sini. Penduduk bandar ini mesra
orang luar dan sangat suka membantu! Itulah penilaian jujur hati sanubari saya.
|
Maran Banyak Tasek |
Saya berurusan dengan beberapa
individu – pengawal keselamatan di sebuah pejabat, seorang penduduk asal, dua
orang pengawal keselamatan di kompleks belia, seorang penyelia kompleks belia,
dua orang kakitangan chalet dan dua orang pemancing yang memancing di tasek
berhampiran chalet. Semuanya bersedia membantu dan ‘mesra alam’ termasuk dua
orang pemancing.
|
Salah Satu Tempat Penginapan |
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.
ujang kutik,
BalasPadamLanjutan dari pantun penutup entri tuan saya tambah kan lagi serangkap pantun melayu klasik .
Pulau pandan jauh ketengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga.
Sdr theolrascal,
BalasPadamTerima kasih.
Saya tahu tuan meminati pantun klasik. Pantun klasik segar malar sepanjang zaman.
Namun, anak-anak kita sukakah pantun-pantun lama?