Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 8 April 2013

teman tika kesunyian

Sekawanan Kerbau Berkubang Di Pinggir
Sebuah Kampung Pedalaman
Sejak dua bulan kebelakangan ini saya mempunyai ' sahabat baru' ketika ke luar daerah. 

Sejujurnya, saya dengan berat hati meninggalkan 'sahabat lama' yang begitu setia dan banyak berjasa. Bagaimanapun, saya tidak boleh alah kepada buaian emosi masa silam. Saya terpaksa mengambil tindakan yang dikira agak kejam dan drastik untuk kebaikan diri sendiri. 

Sahabat lama, " Saya minta maaf. Selain dari sedikit 'kecacatan' anda, banyak jasa-jasa anda yang tidak akan saya lupakan sepanjang hayat. Kerana andalah saya bertatih dan berjinak-jinak menulis dalam blog."

Begitulah lebih kurang sebaknya hati saya ketika menamatkan perkhidmatan 'broadband' lama yang saya jadikan sahabat ketika ke luar daerah. Ada beberapa kelemahan broadband lama itu - antaranya kawasan jangkauan sangat terhad, terlalu perlahan dan 'upload' ke dalam blog hampir mustahil.

Sebagai seorang yang selalu ke luar daerah, saya sangat memerlukan broadband yang 'power' dan licik.

Walaupun pada awalnya saya ragu-ragu juga dengan perkhidmatan broadband (4G) yang baru, akhirnya saya mendapati bahawa pengorbanan saya mengorbankan 'sahabat lama' sangat berbaloi. Pada saya, broadband 4G baru itu menepati janji yang diuar-uarkan oleh wakil jualan syarikat pengendali internet yang baru memasukki saingan di kalangan syarikat-syarikat yang telah lama bertapak. 

Dengan broadband baru 4G, saya boleh mengakses internet di beberapa lokasi yang selama ini tidak terfikirkan. Saya juga dapat 'upload' foto ke dalam catatan blog dengan pantas.    



Maran Golf Hill Resot,
Maran, Pahang
8/4/2013

4 ulasan:

  1. Saudara Ujang kutik,

    Sewajarnya 'sahabat lama' saudara berlari seiring atau lebih di hadapan ke atas pesaingnya iaitu 'sabahat baru' saudara....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Pak Mail,

      Lama tidak mendengar cerita saudara.

      Begitulah hukum alam. Perlu cepat.

      Padam
  2. ujang kutik,

    Broadband terbaik adalah yang terlaju dan terluas kawasan liputan nye jika boleh termurah.

    Jika kita selalu online bersosial media atau berblogging dsb, kita juga akan berasa terpinggir apabila tidak connected.

    Kadang kadang internet juga sama penting dengan sekampit beras. Tanye lah para remaja , mana lebih penting...ekeke.

    Dunia juga sudah tidak lagi bersempadan. Bayangkan lah para atuk atuk , kini juga kelam kabut mengetuk keyboard...hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Benar. Saya baru dapat akses lagu-lagu DJ Dave dari blog saudara ketika kesunyian dan keseorangan di luar daerah. He..he.

      Saya juga dapat hiaskan entry blog semau mungkin.

      Benar, atuk-atuk tidak peduli lagi dengan persekitaran. Atuk-atuk larut dan akrab dengan dunia yang tiada sempadan.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."