Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 27 Mei 2013

DIA TIDAK 'GENTLEMAN' (Musim Baru dan Pelakun Baru)

Gambar Hiasan 
Saya tidak suka menulis catatan sebegini. Namun demikian, mungkin ada baiknya untuk direnungkan.

Kali pertama kawan-kawan mengalukan. Kali kedua dijadikan kawan bualan. Kali ketiga kawan-kawan perasan. Kali keempat kawan-kawan meradang.

Yang kurik kundi
Yang merah saga
Yang baik budi
Yang indah bahasa

Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa

Seorang ini, yang sangat 'opportunist'. Dia sentiasa mengintai-ngintai peluang untuk menyelit di dalam kumpulan rakan-rakan yang sedang sarapan. 
  
Dia seorang kaki bual yang hebat. Ideanya semakin semarak tatkala Mamak mengira harga makanan. Dia akan bercakap dan berhujah dengan penuh semangat selagi tiada mangsa yang terpaksa membayar harga makanannya.

Dia tidak pernah membayar langsung! 'Makan free' dan 'mengenakan kawan' seumpama kerja komersialnya atau 'rezekinya'.

Dalam pergaulan seharian, kita mungkin menemui individu seperti yang digambarkan. Dia tidak 'gentleman'!

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati   

 

2 ulasan:

  1. Saudara Ujang Kutik,

    Saya juga tidak tergamak untuk menulis mengenai sikap setengah-setengah rakan baik yang baru dikenali mahupun yang telah puluhan tahun dikenali.

    Namun apa yang begitu menyedihkan diri saya ialah tentang sikap setengah rakan lama yang apabila telah lama tidak bertemu lalu dipertemukan semula, mereka mengambil sikap tidak acuh yang tidak berminat untuk menyemarakkan lagi ikatan tali silatulrahim. Apa salahnya sekali sekala mereka pula menghubungi untuk bertanya khabar dan berbual beberapa ketika melalui telefon bimbit. Hanya beberapa sen sahaja.

    Begitulah sikap sesetengah manusia yang tidak tahu menilai erti sebuah persahabatan.

    BalasPadam
  2. Sdr Pak Mail,

    Berlaku juga sikap acuh tidak acuh ini di kalangan saudara mara sendiri. Kita ziarah mereka pada waktu tengah hari @ waktu makan tetapi cuma dihidangkan dengan teh o sahaja.

    Orang kita dahulu sangat menghormati tetamu terutama di kalangan keluarga terdekat. Kalau datang masa makan, sedaya upaya mereka akan menjamu dengan makan tengah hari - lauk telor goreng dan ikan masin tidak mengapa.

    Bagaimanapun, semuanya itu iktibar kepada kita.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."