HARI: JUMAAT
LOKASI: MASJID UBUDIAH, AMPANG
Kami bertiga ke Masjid Ubudiah, Ampang yang jaraknya tidak sampai 1 kilometer dari rumah. Anak sulung saya yang memandu menceritakan bahawa dia pernah melihat anak muda Rohingya menderma RM10.00 ke dalam tabung masjid.
Hari ini masjid penuh sesak kerana cuti Hari Wesak. Saya mendapat tempat berhampiran dengan tabung masjid yang dipeteri kuat pada dinding masjid.
Usai solat tempat saya duduk diserbu oleh para jumaah yang tidak sempat bersedekah ketika tabung bergerak diedarkan. Dari sepuluh orang yang memasukkan wang sedekah ke dalam tabung masjid, 7 orang adalah yang berkulit 'hitam tidak manis', anak muda pelarian etnik Rohingya.
Kenapa? Mereka tiada pendapatan tetap.
Mungkin mereka bersyukur kerana berada di bumi bertuah ini - aman damai, boleh makan, ada tempat berlindung dan boleh melakukan solat.
Mungkin.........
Satu pemerhatian yang patut memberi kesedaran dan keinsafan
BalasPadamSdr Al-Manar,
BalasPadamTerima kasih.