Ketika ini, hampir seminggu
selepas PRU 13, orang ramai masih galak lagi bercerita dan mengulas rentetan dan keputusan
pilihanraya yang dikatakan ‘Ibu Kepada Segala Pilihanraya’ itu. Seperti biasa,
restoran atau kedai kopi dan beranda masjid/surau (setelah selesai solat
berjumaah) adalah gelanggang untuk melampiaskan isi hati atau penerimaan terhadap
keputusan pilihanraya itu – ada yang berpuas hati, ada yang kecewa.
Sungguh pun demikian, biasanya
regu berborak adalah di kalangan mereka yang sealiran ‘kepercayaan’.
Sedemikian, perbualan, ‘post mortem’ dan ulasan menjadi seronok dan berjalan
dengan lancar. Sudah tentu sesi tersebut akan sedikit terganggu jika ada di
kalangan rakan tidak ‘sama bendera’.
Jangan melekehkan ‘parlimen kedai
kopi’. ‘Ahli panel’ @ kaki borak yang memimpin hujah bukannya calang-calang
orang. Mereka mampu berhujah dengan baik dan meyakinkan kerana mereka bermaklumat.
Rujukan mereka bukannya blog-blog picisan yang asyik mencarut, memaki hamun dan
menaburkan fitnah. Jauh sekali blog picisan milik ‘part time blogger’ yang nadi
hidup mereka adalah isu-isu ringan dan santai tetapi teringin menulis politik
kepartian ketika orang lain sibuk berpolitik.
Sumber rujukan ahli panel @ kaki
borak ‘parlimen kedai kopi’ adalah dari sumber-sumber yang ada ‘authority’ dan gah
– akhbar perdana, Malaysiakini, Yahoo-Malaysia, akhbar/blog alternatif serta wartawan/penulis
kolum atau tuan punya blog ternama seperti Karim Raslan, Farish Khan, Datuk
Abdullah Ahmad, Datuk A.Kadir Jasin, Din Merican dan banyak lagi.
Disebabkan audien sesuatu
kumpulan kaki borak di ‘parlimen kedai kopi’ adalah dari aliran atau
kecondongan politik yang sama, kebiasaannya setiap hujah diterima dengan
sebulat suara dan diyakini seratus peratus oleh pendengar lain.
Sehubungan orang ramai yang masih dalam 'mood' pilihanraya, saya
telah beberapa kali ditegur dan diajak berborak oleh kenalan yang tidak beberapa
rapat di tengah jalan. Kebanyakkan mereka tidak berpuas hati dengan keputusan
pilihanraya. Orang kata mereka itu ‘ Meroyan’ – tidak berpuas hati dengan
keputusan pilihanraya dan menyalahkan orang lain.
Saya yakin kaki borak ‘parlimen kedai kopi’ baru bermukaddimah.
Banyak lagi yang akan mereka ‘borakkan’ di bawah ‘agenda perkara-perkara
berbangkit selepas PRU 13’. Saya yakin.
ujang kutik,
BalasPadamParlimen kedai kopi..
kocakan nya pun terhad dalam cawan kopi..
kelebihan nya kita boleh memilih..
sapa ahli yang kita mahukan untuk berdebat
jangan akhir nya di lokap sudah lah..hahaha.
Sdr theolrascal,
PadamBoleh jadi betul. Kerana diingatkan cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar.....