Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 19 Jun 2013

BAHAU : MASJID RAHMANIA

Lokasi : Bandar (lama) Bahau, Negeri Sembilan
Tarikh : 19/6/2013 (Rabu)



Petang tadi saya merayau sendirian hampir ke seluruh pelusuk bandar lama Bahau.

Tuduhan saya mengenai Bahau yang kononnya boleh menyebabkan pengunjung ke bandar ini mengidap penyakit murung pada catatan pertama terpaksa saya tarik semula.  Melihat kepada banyak juga premis perniagaan berbentuk moden dan 'up to date' di bandar lama Bahau, saya mengagak bahawa kehidupan ' eight to five' tidaklah begitu membosankan.  


Sungguh pun kebanyakkan peniaga telah menutup kedai masing-masing seawal jam 6.00 petang, keadaan di perut bandar masih sibuk dengan kenderaan dan manusianya.

Akhirnya, saya menjejakkan kaki di masjid masyarakat India Muslim Bahau, iaitu Masjid Rahmania ketika hampir masuk waktu Maghrib. Masjid lama bangunan kayu ini terletak di satu penjuru Bandar (lama) Bahau.

Saya menunaikan solat Maghrib di Masjid Rahmania, Bahau bersama dengan lebih kurang 10 orang jumaah yang lain. 

Tiada jumaah yang melakukan solat sunat qabliah Maghrib di masjid ini. Salah seorang jumaah terus qamat sebaik sahaja azan fardhu Maghrib selesai dikumandangkan. Solat fardhu Maghrib diimamkan oleh seorang Imam berketurunan India yang mempunyai janggut yang agak panjang. Saya juga tidak ada mendengar Imam membaca Bismillah ketika hendak membaca surah Al-Fatihah. Pakaian beliau adalah mirip kepada pakaian jumaah Tabligh.

Sesuatu yang jarang dilakukan di 'Masjid Melayu' ialah disamping memaparkan masuknya waktu solat, masjid ini juga memaparkan waktu qamat. Sebagai contoh; Waktu Solat Subuh = 5.40 pagi, Waktu Qamat = 6.20 pagi.  

Saya meninggalkan masjid ini sekitar jam 8.00 malam. Di laluan keluar berhampiran pagar masjid ada seorang bapa muda bersama sepasang anaknya di usia lebih kurang 4 dan 6 tahun sedang menunggu pelanggan berniaga buah durian. 

Benarlah, perasaan mudah sayu apabila berjauhan dengan keluarga. Ketika mula-mula sampai di situ (ketika hampir masuk waktu Maghrib) saya telah rasa terkesan melihat Si Abang dan Si Adek (perempuan) berhempas pulas membantu ayah mereka, 30-an, membersihkan buah durian dan menyusun buah durian yang kebanyakkannya telah mula terbuka kulitnya. Dari cara berpakaian keluarga Cina peniaga durian itu, saya mengagak kehidupan mereka tidaklah beberapa senang.

Di sebalik kereta ini dua adek beradek membantu ayah mereka berniaga durian
                              Sila lihat Si Abang dalam kelam malam menunggu pembeli duriannya

Saya meninggalkan persekitaran di situ untuk balik ke tempat penginapan yang jaraknya 8-10 minit perjalanan secara berjalan kaki. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."