Hari : Jumaat
Lokasi :
Surau Al-Mukmin, Desa Pasifik, Jalan Ampang
Saya terlalu mengantuk. Di ketika fasa awal khutbah Jumaat, saya ‘hanyut-hanyut
jaga’. Bagaimanapun, pada fasa-fasa akhir saya mendapat tenaga baru (mungkin
setelah mendapat hanyut-hanyut jaga’ secukupnya).
Dengan
itu dapat juga saya mengutip sisa-sisa ilmu yang disampaikan dengan cara yang menarik oleh
Tuan Khatib. Antaranya, khatib mengingatkan para jumaah agar melebihkan dan melipat-gandakan
ibadat dalam bulan Syaaban ini. Beliau juga mengingatkan bahawa bulan Ramadhan
cuma lebih kurang 25 hari sahaja lagi akan mendatangi umat Islam.
Setelah
selesai solat Jumaat saya meninggalkan dewan solat utama yang berhawa dingin dan
menuju ke bahagian belakang surau ‘soldier’ yang dijadikan tempat solat Jumaat
untuk menunaikan solat sunat ba’diah.
Saya
berehat sebentar di dalam surau. Ketika itu jam baru menunjukkan hampir pukul
2.00 petang. Saya ada 45 minit lagi untuk meneruskan tugas di pejabat.
Kelibat
kawan se pejabat tidak lagi kelihatan di kawasan surau. Mereka telah balik ke
pejabat atau minum teh tarik di warung Mamak di belakang pejabat yang jaraknya
lebih kurang 100 meter dari surau.
Secara
tiba-tiba saya didatangi oleh ingatan kepada seorang rakan seorganisasi,
Allahyarham Hj. Deraman Junus ,ujang kutik: kematian yang telah meninggal dunia tidak beberapa lama
dahulu di usia genap 55 tahun. Ketika hayatnya, kami tidaklah terlalu rapat,
tetapi sangat mesra apabila berpeluang bersama. Ada ketikanya kami minum
bersama. Kerap kali juga kami berjalan seiringan dari pejabat ke Surau Al-Mukmin, Desa Pasifik pada
hari Jumaat. Saya teringatkan cara dia bercakap dan berjalan. Saya
menghadiahkan Al-Fatihah dan mendoakannya.
PETUGAS (FOTO KENALAN SAYA SENGAJA TIDAK DIPAPARKAN) |
Maka
ketahuilah saya, bahawa kerja-kerja agama bukan sahaja tanggungjawab petugas/ahli
jawatan kuasa yang dilantik, tetapi terbuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja.
SURAU AL-MUKMIN KEMBALI SEPI SETELAH USAI SOLAT JUMAAT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."