Tarikh: 12 June 2013 (Rabu)
Lokasi : Surau Pejabat
Ketika bersalaman selepas usai solat Asar berjumaah di surau Pejabat, Ramli (bukan nama sebenar), seorang sahabat baik dan pernah bertugas di Bahagian yang sama beberapa tahun dahulu, bertanya mengenai ketiadaan kelibat saya di surau minggu lepas. Saya menjawab, " 'Out station' di Perak."
Saya menambah kata dalam bahasa kiasan secara bergurau, " Sungguh pun tuan jauh di mata, namun dekat di hati saya."
Dia tidak memahami maksud kata-kata saya. Seorang sahabat lain, Hj. Muhammad yang memahami maksud percakapan saya tersenyum.
Dia tidak memahami maksud kata-kata saya. Seorang sahabat lain, Hj. Muhammad yang memahami maksud percakapan saya tersenyum.
Saudara Ramli (bukan nama sebenar) yang sememangnya peramah dan mudah mesra menambah kata dalam dialek utara yang tidak dapat dihindarkannya, " Saya seperti biasa, " Mencari Pelangi." Maksudnya, beliau juga seperti biasa telah balik ke Alor Star, Kedah pada cuti hujung minggu menemui isteri dan anak-anak. Beliau bertugas di Ibu Kota tetapi keluarganya menetap di Alor Star, Kedah.
Ulasan:
Sdr Ramli (bukan nama sebenar) tidak mengetahui bahawa saya telah memaparkan satu sisi kehidupannya yang terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan isteri tersayang dalam salah satu 'entry' blog saya. Saya tidak memberitahunya.
Saya juga tidak merasa bersalah kerana identiti sebenar beliau tidak saya gambarkan dengan jelas. Lagi pun, catatan itu terhasil melalui pengamatan jujur saya sepanjang bersahabat dan mengenalinya. Beliau adalah seorang suami dan bapa yang baik. Beliau juga seorang rakan yang boleh dijadikan sahabat.
Saya juga tidak merasa bersalah kerana identiti sebenar beliau tidak saya gambarkan dengan jelas. Lagi pun, catatan itu terhasil melalui pengamatan jujur saya sepanjang bersahabat dan mengenalinya. Beliau adalah seorang suami dan bapa yang baik. Beliau juga seorang rakan yang boleh dijadikan sahabat.
ujang kutik,
BalasPadam..secebis kisah kehidupan.
Apalagi yang yang harus saya ucapkan,..selain
..life goes on. Meriah sungguh kehidupan ini.
Sdr theolrascal,
PadamBeliau mewujudkan ungkapan' Mencari Pelangi'. Bertahun-tahun berjauhan dengan keluarga tetapi tidak sedikit pun mengganggu beliau.
Besok (14/6/13) beliau akan naik pentas menerima APC (Anugerah Pekerja Cemerlang) dan sejumlah wang tunai.
Dalam maksudnya "mencari pelangi" ...
BalasPadamSemoga kehidupannya sentiasa diredhai Allah, insya Allah
Puan CM,
PadamHari ini, Jumaat (14/6/13) memang hari 'happening' beliau.
Pagi - terima anugerah APC
Tengah hari - Majlis makan meraikan penerima APC
Petang- naik bas ekspress ke A.Star
Malam/Pagi - lebih kurang 1.00 pagi sampai A.Star dan menemui 'Pelangi' beliau.
IM teringat penerangan dari Dr Shukri tentang beza kawan dengan sahabat.
BalasPadamkawan hanya teman semasa senang tetapi shabat adalah teman semasa senang dan susah.
Sdr IM,
PadamBeliau seorang rakan lagi sahabat. Beliau berasal dari Sik. Beli rumah dan menetap di Alor Star.