Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 10 Jun 2013

POLITIK

Seperti warga yang lain, saya juga mengikuti perkembangan politik tanah air. Walaupun demikian, selain dari 'benci' membaca tulisan beberapa orang penulis bukan ahli politik yang lebih sudu dari garpu, pada umumnya saya juga tidak suka membaca buku atau artikal politik yang ditulis oleh ahli/penyokong tegar sesebuah parti politik. 

Saya telah tepu membaca hasil tulisan golongan ahli/penyokong tegar sesebuah parti politik . Akhirnya akan berat sebelah @ bias juga.

Sungguh pun demikian, saya adalah pengikut tegar kolum sebilangan penulis yang diketahui kecondongan politik mereka tetapi dalam masa yang sama mampu mengekang seketika kecintaan atau kecondongan tersebut dan seterusnya menghasilkan karya atau artikal politik yang sesuai dibaca oleh khalayak dari berlainan keyakinan atau ideologi. Penulis seperti ini sangat professional dan tidak menyakitkan hati mana-mana pihak secara berlebihan. 

Saya bukan warga penyantun politik 'atas pagar'. Saya ada keyakinan sendiri.

Itulah saya. Salahkah saya bertabii seperti ini?

 

4 ulasan:

  1. ujang kutik,

    kita kena jadi,.. diri kita sendiri..
    apatah lagi diri kita yang berkeyakinan.

    yang berilmu mesti menerima ilmu..
    ilmu itu lah yang membina keyakinan.

    be strong...hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Dicipta reka batik dicanting
      Tenunan pula benang dililit
      Kalaulah kita pandai menggunting
      Pandailah juga kita menjahit

      Andailah hendak ke Indragiri
      Hari keenam kapal berlabuh
      Andainya tidak percayakan diri
      Aur ditanam betung yang tumbuh

      Padam
  2. IM pun sejak tua-tua ini begitu tekun mengikuti perkembangan politik. dan pastinya IM taksub kepada parti yang IM dokong.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."