Ketika membaca biografi Pendita Zaaba ( Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad) di pintu masuk Teratak Zaaba, Kg. Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, saya diinput dengan 'info baharu', iaitu tokoh itu bukannya berketurunan Negeri Sembilan/Minangkabau jati seperti yang diketahui selama ini, saya sedikit 'kecewa'.
Pendita Zaaba bukan keturunan Negeri Sembilan/Minangkabau jati tetapi berketurunan Bugis atau campuran Bugis/Minangkabau (Keturunan Ibu beliau dicatat 'Bugis, Sumatera).
Jikalah benar Pendita Zaaba berketurunan Bugis, maka, segala maklumat yang tersebar di kebanyakkan media konvensional dan maya yang menyatakan bahawa beliau berketurunan Negeri Sembilan/Minangkabau adalah tidak tepat.
Catatan biografi beliau di Teratak Zaaba adalah:
Nama : Zainal Abidin bin Ahmad.
Tarikh Lahir : 16 September 1895
Nama Ibu : Intan Awaludin
Keturunan Ibu : Bugis, Sumatera ( Perkataan Bugis dan Sumatera telah tertanggal)
Nama Bapa : Ahmad bin Ibrahim
Keturunan Bapa : Bugis
Tarikh Zaaba Meninggal Dunia: 23 Oktober 1973.
Walaupun terdapat berbagai versi mengenai keturunan dan tarikh Pendita Zaaba meninggal dunia, saya berpendapat biografi tokoh tersebut yang terdapat di tanah tumpah darah beliau di Kg. Bukit Kerdas adalah yang sahih.
Jelas, darah keturunan Bugis adalah unsur dominan dalam batang tubuh Pendita Zaaba.
Ada satu pepatah Orang Bugis (http://ujangchengkau.blogspot.com/2011/12/pepatah-bugis-narekko-sompekoaja.html#comment-form )dalam salah satu 'entry' blog ujang kutik mengenai prinsip Orang Bugis ketika merantau:
Narekko sompeko,aja muahcaji anaguru,ancaji pungggwako
(jika merantau janganlah menjadi anak buah, tetapi berjuanglah menjadi pemimpinnya)
Jikalah benar tokoh ini berdarah Bugis, kawan sepejabat yang berketurunan Bugis tentu bermegah dan tersenyum bangga. Ternyata ungkapan tersebut ada benarnya.
Namun demikian, saya 'reserve' kan mengenai keturunan sebenar ( Bugis atau Minangkabau) tokoh ini kepada pembaca kerana saya tidak mempunyai kemahiran dalam bidang ini. Saya cuma memaparkan apa yang saya lihat dan saya baca (dari berbagai sumber).
Juga, semoga tiada sesiapa yang menuduh saya 'rasis' atau taksub. Saya cuma menulis dengan sejujurnya.
ujang kutik: BAHAU, DAERAH JEMPOL, NEGERI SEMBILAN
PERHATIAN : MENGIKUT BLOGGER ANAK REMBAU ayah Pendeta Zaaba adalah Bugis Linggi dan ibunya anak tempatan Kg.Bukit Kerdas. Ini bermakna Pendeta Zaaba adalah anak adat.
Keturunan Bugis, khususnya Bugis Linggi juga ada hak untuk menumpang bangga kerana Pendeta Zaaba adalah anak Bugis di sebelah bapanya.
Assalamu'alaikum,
BalasPadamMemang terdapat kesilapan pada panel penerangan di teratak Za'ba. Ia telah dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan. Sehingga kini masih tidak ada tindakan dilakukan.
Bapa Za'ba berasal dari Linggi. Beliau adalah generasi ketiga Dato' Awaludin, peneroka awal Linggi. Bapa Za'ba bukan diantara peneroka awal Linggi. Tetapi keturunan peneroka awal Linggi.
Ibu Za'ba memang orang Bukit Kerdas. Tanah yang dibina Teratak Za'ba itu merupakan tanah pusaka sebelah ibunya. Ibu Za'ba mempunyai suku. Saya tidak ingat suku ibu Za'ba.
Sdr Anak Rembau,
PadamTerima kasih banyak-banyak di atas maklumat yang saudara sampaikan.
Saya telah melawat blog saudara dan ternyata bermaklumat. Saya telah menyenaraikan blog saudara dalam Senarai Blog saya.
Terima kasih.
Memang benar Za'ba, sebelah bapanya adalah berketurunan Bugis Linggi dimana ancestornya Tok Awlauddin dan kakanya Datuk Serilah telah datang ke Tanah Melayu kira-kira 1750 yang lalu. Dikatakan Bugis Linggi berketurunan aristokrat tetapi Tok Awaluddin (Tok Awal) telah menyemendakan dirinya dan membuang segala pangkat darjat kerana tidak bersetuju dengan ayahndanya (raja).
BalasPadamSdr Tanpa Nama 4 Nov 2013,
BalasPadamTerima kasih.
Orang Negeri Sembilan dan Bugis ada hak untuk menumpang bangga dengan kelebihan Zaaba.
Uniknya Negeri Sembilan, status anak Negeri Sembilan berbapakan orang tempatan Negeri Sembilan atau orang luar (Bugis, Arab, Afrika dll) adalah sama kerana anak adat diambilkira dari sebelah ibu.
Terima kasih kerana berkongsi info.