" HIDUP YANG 'MENGHIDUPKAN' ORANG LAIN ADALAH HIDUP YANG BERHARGA" (ALBERT EINSTEN)
Dalam melatari kehidupan di dunia ini, terlalu banyak simpang-siur kiri-kanan yang mungkin kita abaikan.
Kita dengan mudahnya boleh terkesan apabila melihat seekor anjing 'menyalak' kesakitan di tengah jalan kerana dilanggar oleh sebuah kenderaan yang meninggalkan mangsanya itu begitu sahaja. Tiada apa yang kita lakukan selain menzahirkan memek muka simpati. Walaupun kejam bunyinya, kita mungkin mengharapkan anjing itu dilanggar buat kali kedua supaya mati segera. Kononnya, biarlah anjing itu mati dengan cepat dari menderita berpanjangan.
Mungkin juga ada di kalangan kita yang sangat kasihan kepada anjing atau kucing jalanan. Saban masa kita boleh melihat kucing-kucing terbiar itu mengiau kerana lapar dan begitu juga anjing-anjing tidak bertuan yang juga kelaparan dan dahaga sehingga terjelir lidah. Walaupun ada rasa simpati, kita masih tidak bersedia membuka tingkap kereta dan mencampakkan secebis dua roti gardenia ber 'cream' atau seekor dua ikan kembung yang baru dibeli kepada haiwan-haiwan malang itu.

Kita juga agak terganggu ketika memandu 'angkara' saudara seIslam Rohingya bersama anaknya menolak basikal roda tiga yang penuh dengan muatan barangan terbuang umpama kura-kura di jalan yang kita lalui. Kita tidak peduli melihat kepenatan mereka sehingga menyebabkan baju buruk dan kusam yang dipakai dibasahi peluh kerana hawa di luar cermin kenderaan kita terlalu panas.
Namun, sebagai seorang manusia yang dikira baik juga, kita juga kasihan kepada si anak yang sepatutnya ketika itu berada di dalam bilik darjah dan bukannya membanting tulang di tengah panas. Walaupun kasihan, kita masih tidak sanggup menyerahkan satu tin 100 Plus yang berbaki di dalam kenderaan kita kepada orang tidak bernegara itu.
Ketika menginap di bilik hotel, kita mungkin meletakkan sejumlah wang syiling di atas meja dan akan mengutip semula apabila hendak ' check out '. Kita akan memberi sedikit kegembiraan kepada pekerja pengemas bilik hotel dengan tidak mengambil ketulan wang syiling yang jumlahnya tidak seberapa itu (dan kalau boleh tambahkan lagi dengan sehelai dua RM1) apabila hendak meninggalkan bilik hotel. Bagaimanapun, selalunya kita terlepas pandang perkara remeh ini.
Hakikatnya, banyak lagi simpang-siur dalam laluan kehidupan yang kita abaikan. Kita mungkin terlepas pandang. Atau, kita langsung tidak ambil peduli kerana terpasung di dalam 'Dunia Kesendirian' yang kita memandai-mandai bina sendiri. Robohkanlah tembok ' Dunia Kesendirian' itu. Kita ada tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

Saudara Ujang Kutik,
BalasPadamPejam dan celik, pejam dan celik waktu ini telah pun hampir berbuka puasa untuk hari ini.
Pejam dan celik, pejam dan celik hari ini telah pun hari ke 7 kita berpuasa.
Begitulah cepatnya waktu berlalu. Dan begitulah juga waktu melekakan kita daripada 'memikirkan' mereka. Justeru terlepas pandang kerana terlalu sibuk dengan urusan 'dunia kesendirian'.
Sdr Pak Mail,
BalasPadamInsya Allah, berkat bulan Ramadhan kita akan 'lebih peduli'. Semoga momentum yang dijana pada bulan Ramadhan akan berterusan hingga akhir hayat..
ok
BalasPadambahagia di bulan ramadhan
BalasPadamkita merasakan dunia ini penuh dengan kepalsuan dan kepepuraan semata
BalasPadamtumpul hati dengan dunia
BalasPadammak aidi(ANAk TUAN SYEIKH HAJI MAHADI)memeberitahu bahawa sekarang AZAZIL sendiri dah turun padang............
BalasPadamYang kecil dan tak mainlah ,king yang turun lagi hebat......
BalasPadampertama yang di cari pengamal tarikat ahmadiah
BalasPadamok kita berhenti di sini..alfakir
BalasPadamSdr karry usoff,
PadamSelamat mengerjakan ibadah dalam bulan Ramadhan.