Si Ramadhan (ujang kutik: SI RAMADHAN) dimandikan. Si Ramadhan agak kurus, unsur tulang dirasakan melebihi unsur daging apabila tubuh Si Ramadhan disabunkan. Kebanyakkan kucing akan terkinja-kinja apabila dimandikan walaupun dengan air suam. Sebaliknya, dalam keadaan lemah dan tidak berdaya, Si Ramadhan tidak menunjukkan sebarang reaksi. Si Ramadhan membenarkan dirinya diperlakukan apa sahaja - bulunya digosok-gosok, bahagian empat kakinya dibersihkan, kelopak matanya yang bertahi dilap dan ruangan bahagian dalam kedua-dua telinganya juga dibersihkan.
Kotornya tubuh Si Ramadhan menyebabkan air sabun yang puteh bersih bertukar kepada warna kehitam-hitaman.
Mengikut hukum akal, segala permasalahan Si Ramadhan sebelum ini, antaranya; Hidup 'melata' ke hulu ke hilir sebatang karah tanpa tujuan dan dalam keadaan lapar dan dahaga serta berhujan dan berpanas telah berakhir. Insya Allah.
Pada umumnya, latar kehidupan makhluk yang bernyawa adalah sejagat - lapar, dahaga, sakit, senang, susah. Haiwan-haiwan yang amat dekat dengan manusia seperti kucing, anjing, arnab juga tidak terkecuali dari mengalami 'hukum tabii' tersebut.
Maka, lebih-lebih lagilah makhluk yang bernama manusia.
Di luar kerling kehidupan segolongan kita yang bernasib baik, ada segolongan manusia lagi yang rutin kehidupan mereka adalah seperti yang telah dialami oleh Si Ramadhan - lapar, dahaga, sakit tanpa rawatan sepatutnya, hidup gelandangan.
Lebih dari itu, kesukaran hidup manusia lebih kompleks sifatnya; Ada golongan yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, tidak mempunyai tempat kediaman yang sewajarnya, tidak mampu mendapat pendidikkan kerana miskin, pelarian politik yang tidak bernegara. Kehidupan mereka susah. Malah, ada yang sangat-sangat susah.
Namun, acapkali golongan itu diabaikan samada terlepas pandang, golongan yang bernasib baik tidak ambil peduli, tanggapan negatif terhadap sesuatu ras masyarakat Islam dan juga sebab-sebab lain.
Pengabaian golongan itu juga disebabkan masyarakat Islam hari ini dilanda sindrom ' confused ' yang kronik. Banyak manusia yang baik dan berkemampuan untuk berbuat baik sangat susah hendak berbuat baik kerana ' confused ' dalam menyaring golongan masyarakat yang betul-betul memerlukan bantuan dengan golongan ' putar alam' @ Si Penipu.
Sekali sekala perhatikanlah gelagat manusia membeli barang keperluan di kedai-kedai biasa yang tidak ada 'class' terutamanya ketika musim buka sesi persekolahan atau perayaan. Kita akan mendapati saudara-saudara kita yang hidup susah begitu berhati-hati memilih sesuatu keperluan. Jika memilih pakaian untuk Hari Raya kepada anak-anak, mereka akan memilih pakaian yang paling murah dan tidak dipandang langsung oleh anak-anak segolongan di kalangan kita yang hidup senang.
Sesungguhnya, janganlah benarkan diri kita 'dialahkan' oleh sindrom ' confused ' atau lain-lain sebab yang menghalang kita dari membantu golongan masyarakat Islam yang memerlukan bantuan. Banyak caranya kita boleh menyantuni mereka. Kasihanilah dan bantulah mereka!
Sesungguhnya, janganlah benarkan diri kita 'dialahkan' oleh sindrom ' confused ' atau lain-lain sebab yang menghalang kita dari membantu golongan masyarakat Islam yang memerlukan bantuan. Banyak caranya kita boleh menyantuni mereka. Kasihanilah dan bantulah mereka!
Assalam Ujang Kutik
BalasPadamTerharu rasanya Bang Temuk dengan tulisan Ujang Kutik ini. Bagi yang pernah hidup susah, malanglah mereka, walaupun kini telah mewah, tetapi lupa kehidupan lalu. Semoga Allah selalu mengingatkan kita untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dan memberikan kita rasa bahagia apabila dapat membantu orang.
Waalaikom salam Abang Temok,
PadamIkhlasnya ada kalanya saya terlalu berhati-hati sangat bersedekah RM1/RM2 kerana tidak mahu ditipu - seperti di pintu bank, di lorong-lorong dsb.
Bagaimanapun, rasanya jika ditempat yang sesuai seperti di surau/masjid, jumaah tidak ada masalah bersedekah/membantu.