Ditakdirkan solat sunat tarawikh 01 Ramadhan saya tahun ini adalah di sebuah surau di tengah-tengah Bandar Jertih, Terengganu.
Situasi menyambul awal Ramadhan berjauhan dengan keluarga seperti ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Bagaimanapun, inilah kehidupan yang disebab-musababkan oleh faktor-faktor seperti melangsungkan hidup berkerjaya, periuk-nasi keluarga dan sebagainya.
Niat asal saya ialah hendak menunaikan solat fardhu Isyak dan seterusnya solat sunat tarawikh di Masjid Besar Jertih yang indah tersergam. Dalam mengejar masa ( kerana azan Isyak telah dikumandangkan) ke Masjid Besar Jertih saya melalui sebuah surau berhampiran Medan Selera Jertih. Kedudukkan surau tersebut cuma lebih kurang 150 meter sahaja dari masjid. Saya singgah solat Isyak di surau tersebut ketika rakaat kedua.
Surau yang kemasannya hampir seratus peratus kayu tersebut sebenarnya adalah sebuah surau baharu yang mempunyai rekabentuk tradisional yang cantik. Bagaimanapun, mungkin kerana tidak diselenggara dengan baik, kehebatan atau gahnya kurang terserlah.
Solat sunat tarawikh sebanyak lapan rakaat diimamkan oleh seorang Imam berusia awal 40-an. Bacaan beliau lancar dan sedap didengar. Bagaimanapun, tahap kekusyukkan saya sedikit terganggu kerana tidak biasa dengan persekitaran dalam bandar yang bising dengan deruan kenderaan serta hiruk pikuk orang ramai dan juga gema pembesar suara dari Masjid Besar Jertih yang jauh lebih dominan.
Saya meninggalkan surau di sekitar jam 9.45 malam.

Saudara Ujang Kutik,
BalasPadamInilah kelebihan kerja di luar. Luas pandangan hasil tinjauan.
Sdr Pak Mail,
PadamSelamat berpuasa.
Laluan yang pernah saudara alami lebih luas dan menarik.
Assalamualaikum saudara UK,
BalasPadamSalam Ramadhan Al Mubarak Kariem, selamat melaksanakan ibadah di bulan mulia ini di Terengganu.... bagitulah tuntutan keperluan kepada kehidupan... perlu berjauhan ... tp bagaimana pun pasti banyak hikmahnya yg tersembunyi.... InsyaAllah... waullahua`lam..
Waalaikomsalam Saudara Azmnor,
PadamSelamat berpuasa. Lama betul saudara 'menyembunyikan' diri.
Memang benar, ada hikmah yang tidak kita ketahui.
Saudara UK,
BalasPadamBegitulah kita, untuk mencapai tahap kekhusyukkan yang sebenar2 khusyuk dalam solat agak sukar. Pantang ada gangguan dari luar, begitu cepat kita mengalah. Saya juga semalam hampir terlelap ketika berjemaah terawih ... tapi mungkinkah lelap itu sebahagian dari khusyuk?
Puan CM,
PadamSelamat berpuasa.
Kebiasaannya khusyuk itu mudah datang apabila seseorang itu menghadapi ujian hidup. Namun, sewajarnya kita mengharapkan kekusyukkan itu ada pada kita ketika sehat walafiat kerana ada ujian yang kita 'tidak tahan'.
Benar itu, saudara UK ... kerana itu juga kita diuji, supaya kita sentiasa mengingatinya dengan khusyuk dan tawadduk.
PadamPuan CM,
PadamAnugerah Allah yang kadang-kadang tidak disedari.