BANDAR KUALA BERANG, TERENGGANU |
Bandar Kuala Berang, Terengganu
terletak lebih kurang 42 kilometer ke utara Kuala Terengganu. Pengunjung dari Kuala Lumpur yang hendak ke Kuala Berang
tidak perlu ke Kuala Terengganu. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala
Berang yang jaraknya lebih kurang 400 kilometer cuma mengambil masa
lima jam dengan melalui Lebuh Raya Kuala Lumpur - Kuantan. Dari Kuantan
melalui Lebuh Raya Jerangau-Jabor dan akhirnya melalui lebuhraya baharu
menuju ke Kuala Berang.
Bandar
Kuala Berang yang 2-3 tahun sebelum ini adalah sebuah bandar mati kini adalah sebaliknya, '
hidup'. Suatu masa dahulu, pengunjung yang ada urusan di Kuala Berang
akan mencari tempat penginapan di Kuala Terengganu kerana kesukaran mendapat tempat penginapan yang selesa dan juga suasana di Kuala Berang yang membosankan. Namun, kini tempat penginapan seperti 'homestay' dan hotel kecil membiak bagai cendawan tumbuh di sekitar Kuala Berang. Suasana malam terutamanya di medan selera yang banyak begitu meriah kerana ramai pengunjung.
Orang Melayu mengusahakan 'homestay' dan hotel kecil adalah satu fenomena di Negeri Terengganu - Kuala Terengganu, Marang dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini merebak ke Daerah Kuala Berang.Semoga anjakan ini akan melanda juga kepada Orang Melayu di negeri-negeri lain dalam skala yang lebih besar dan berdaya saing.
Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Berang akan melewati
Bandar Al-Mukhtafi Billah Shah, Bukit Besi, beberapa buah kawasan
perkampungan, kawasan hutan dan ladang-ladang kelapa sawit yang maha
luas.
Orang Melayu mengusahakan 'homestay' dan hotel kecil adalah satu fenomena di Negeri Terengganu - Kuala Terengganu, Marang dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini merebak ke Daerah Kuala Berang.Semoga anjakan ini akan melanda juga kepada Orang Melayu di negeri-negeri lain dalam skala yang lebih besar dan berdaya saing.
Salah Sebuah Hotel Kecil Yang Bersih Dan Dilengkapi ASTRO Dan Wifi Di Kuala Berang |
Secara peribadi saya kurang teruja dengan pemandangan di kiri-kanan lebuhraya kerana suasana 'kehutanan' yang asli telah diambil-alih oleh kehijauan 'man made' hutan kelapa sawit.
Ketika
di Kuala Berang, saya berpeluang berbual dengan penduduk tempatan. Di
antara tajuk yang agak menarik diperkatakan ialah mengenai ' hantu ' di
lebuh raya baharu.
Kononnya,
telah berlaku beberapa kejadian di mana pengguna lebuhraya baharu pada
waktu dinihari telah diganggu oleh 'hantu lebuhraya'. Dikatakan mereka
telah 'ditipu' oleh 'peniaga' R & R untuk singgah makan di Perhentian R & R lebuhraya baharu sedangkan
tempat itu sebenarnya masih belum beroperasi lagi. Kononnya pekerja
lebuhraya kerap kali mendapat 'wang terpijak' yang diletakkan di atas kaunter Perhentian R & R.
Cerita-cerita
hantu adalah cerita-cerita yang tidak diketahui periwayat sebenarnya.
Namun demikian, ada yang percaya dan juga yang tidak percaya . Samada percaya
atau tidak, pengkisahannya terutama di waktu malam yang sunyi boleh
meremangkan bulu roma tetapi tetap diberi perhatian kepada babak demi babak penceritaannya. Ianya
umpama 'masak lomak lado api', pedas tetapi sedap!
Dulu kita hanya tahu hantu raya, sekarang hantu2 ni dah upgrade jadi hantu lebuhraya ... hehehe.
BalasPadamDari cerita saudara UK ini, rasa saya, yang menggangu pengguna lebuhraya di situ bukannya hantu tapi bunian ... wallahu'alam
Puan CM,
BalasPadamKami bertiga sekereta. Kebetulannya salah seorang dari kami mempunyai pengalaman melihat makhluk itu beberapa kali. Antara percaya dan tidak.
Cerita hantu atau bunian memang seronok didengar terutamanya di malam hari. Dan itulah yang terjadi kepada kami sepanjang melalui laluan itu.
cerita karut , aku bertahun lalui karak highway dari awal buka, ada mcm2 cerita
BalasPadamtahyul tapi tak pernah aku alami , besendirian tampa kira waktu. ingat allah jgn ingatkan hantu
yg jadi hantu , manusia itu sendiri