Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 23 November 2013

JEMPUTAN

Hari ini, 23 November 2013, saya ada dua jemputan walimatul urus. Pertama, di sekitar Ampang dan kedua di Batu Kentonmen, Sentul.

Kuliah mengenai subjek " Menghadiri Jemputan " oleh saudara seagama telah kita hadam di surau, masjid atau sumber-sumber informasi yang lain. Namun, tidak semua orang berpeluang jazam dan akhirnya khatam dalam subjek ini.

Hatta, seorang ustaz yang mengajar subjek ini juga mungkin sekali sekali tidak dapat mematuhi kewajipan melunaskan jemputan kerana kelemahannya sebagai seorang hamba.

Saya, yang telah mengadakan majlis perkahwinan anak baru-baru ini juga masih belum jazam dan apatah lagi khatam dalam subjek ini kerana kelemahan diri. Bagaimanapun, saya boleh berkongsi pengalaman.

Secara umumnya, saudara mara, jiran tetangga dan kenalan biasa yang dijemput telah menghadiri majlis yang diadakan itu.
  
Selain dari seorang hamba Allah tersalah jemput yang tidak mengenali saya tetapi masih meluangkan masa untuk hadir, saya juga sangat terharu kepada sebilangan kenalan yang telah bersusah payah untuk hadir walaupun mereka tidak begitu rapat dengan saya dan ada juga di kalangan yang menetap sangat jauh dari tempat majlis diadakan .    

Saya mendapat kata kunci ke atas berlakunya amalan hebat ini; "Tanggungjawab menghadiri jemputan saudara seagama adalah komitmen yang dituntut oleh agama". Ianya bukan sangat kerana mereka telah bersusah payah menghadiri majlis kita, kenalan rapat kita atau sebab-sebab lain. Wallahua'lam. 

2 ulasan:

  1. Salam,
    saya pun baru selesai mengadakan majlis perkahwinan anak sulong saya....sprt yg tuan tuliskan secara umumnya saudara mara adik beradik kenalan yg dijemput telah dtg..dan tak terfikir kenalan yg dtg dari jauh dtg memeriahkan majlis.
    yang sedihnya ada adik beradik yg dtg sebagai tetamu nak menolong pun tidak nak bertanya apa yg patut dtolong pun tidak,tp bila tapau makanan entah sesiapa semuakedepan tanpa segan silu..
    nasibnya saya mempunyai sahabat2 yg sama2 menolong hingga selesai majlis..
    ,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Isteri saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bersama semasa majlis perkahwinan anak kami.

      Bagaimanapun, saya bernasib kerana adek saya dan keluarganya dan adek beradek isteri telah bertungkus lumus menjayakan majlis itu.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."