Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 26 November 2013

OH ALONG!

Anak saya yang baharu berkahwin buat Master di UITM Shah Alam. Dia terus ke Shah Alam dari pejabatnya di Ampang selepas waktu pejabat sebanyak 3 hari dalam seminggu. 

Perjalanan dari Ampang ke Shah Alam sejauh 90 kilometer (pergi dan balik). Pada hari kuliah dia cuma sampai di rumah di sekitar jam 12.00 tengah malam. Namun, walaupun masanya bersama keluarga agak terhad, dia masih ada bersama-sama kami . 

Selepas berkahwin dan menetap di Shah Alam dia tidak perlu lagi balik ke Ampang samada selepas waktu kerja atau selepas kuliah. Dia telah ada isteri dan tentulah balik untuk bersama isteri dan keluarga baharunya. 

Kini ibunya tidak perlu lagi ' berleter ' dengan biliknya yang umpama ' tongkang pecah '. Biliknya kini kemas kerana dia tidak menggunakannya lagi.  

Walaupun saya mengetahui dia tidak ada klas hari ini, saya berpura-pura bertanya samada dia ada klas pada hari ini atau tidak dengan harapan jika tiada klas dia akan singgah sebentar di rumah kami yang jaraknya cuma 7 kilometer dari pejabat dia bekerja. Dia yang mungkin sudah dapat meneka tujuan saya, meminta maaf tidak dapat singgah kerana petang dan malam ini dia ada urusan di Shah Alam.

Hakikatnya, sebaik sahaja seseorang itu menjadi suami atau isteri orang, banyak 'milik' sesebuah sekeluarga yang telah diinstitusikan dari seseorang itu dilahirkan sehingga berkahwin terpaksa dilepaskan. Kami juga tidak terkecuali.  Kini kami terpaksa menerima hakikat bahawa kami 'kehilangan' anak sulung kami.

Sesungguhnya ini adalah kitaran hidup yang dilalui oleh sesiapa sahaja. Datuk saya menitiskan air mata ketika saya bersiap-siap hendak berangkat ke rumah isteri. Dia terpaksa menerima hakikat bahawa 'institusi' hidup bersama cucu perlu diselaraskan semula apabila cucunya berkahwin.

Namun, seperti orang lain, fasa merasakan 'kehilangan' ini akan berakhir dan keadaan kembali ' normal '. Insya Allah.
   

4 ulasan:

  1. saya sudah melaluinya 3 kali .. saya faham.

    adakah tuan mempunyai fesbuk ? kalau ada saya ingin add sebagai friend.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr al-lavedari,

      1. Mungkin kami agak terasa kerana keluarga kami kecil (3 orang anak) dan ada yang masih duduk di asrama.

      2. Saya pernah ada FB tetapi disebabkan terlalu lama tidak diuruskan saya lupa 'password'.

      Padam
  2. ujang kutik,

    .. betapa manis nye kehidupan ini.
    pasti kita ghairah untuk melalui nya
    hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Dulu kita baca skrip yang ditulis ibu bapa. Sekarang kita membenarkan ayat pada skrip tersebut satu demi satu.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."