Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 4 Mac 2014

USTAZ BEREMOS DAN BERCELANA ALA KOBOI

Saya ialah generasi di usia 50-an. Generasi kami secara umumnya melihat golongan ustaz dengan pakej: Memakai baju Melayu atau jubah, memakai kain pelikat, memakai ketayap putih atau serban atau songkok dan berjanggut.

Golongan ustaz juga ditafsirkan  sinonim dengan aroma bau minyak atar ' made in
India'.

Suatu ketika dahulu kebanyakkan ustaz tidak ada pekerjaan tetap atau mereka tidak 'makan gaji'. Kerana itu, mereka tidak mampu memiliki motokar. Kebanyakkan ustaz cuma ada motorsikal buruk.

Itulah persepsi yang generasi saya hadam mengenai latar belakang dan penampilan golongan ustaz. Sedemikian, walaupun saya tidaklah konservatif sangat kerana telah 'membesar' walaupun cuma umpama  'melukut di tepi gantang' dalam kehidupan bandar yang 'sophisticated', saya masih belum dapat menyerap sepenuhnya tranformasi yang melanda penampilan golongan ustaz pada hari ini.

Ada kalanya saya merasa 'cemburu' melihat kenderaan mewah milik ustaz yang menjalar di parkir khas untuk penceramah di dalam kawasan masjid. Dari satu sisi yang lain, saya tersangat kasihan melihat golongan ustaz menggunakan perkhidmatan awam kerana tidak mampu memiliki kenderaan sendiri (kereta).

Tergamakkah seorang ustaz/penceramah yang mempunyai jawatan tetap dan bergaji besar menerima sagu hati yang sama nilai RMnya atau lebih kerana mengajar di masjid/surau/pejabat dengan 'bayaran' yang diterima oleh golongan ustaz yang tidak mempunyai pekerjaan tetap?

Saya juga masih teragak-agak untuk merumuskan gerak hati samada menyetujui atau sebaliknya kepada 'trend' segolongan ustaz hari ini yang lebih selesa dengan penampilan ' Beremos dan memakai celana ala koboi (memakai jean/seluar slack).

Mungkin di atas faktor usia dan generasi yang ketinggalan keretapi, saya masih terus memandang tinggi golongan ustaz yang berpembawaan konservatif - berserban, berjubah, berjanggut dan beraroma minyak atar ' made in India'. 

4 ulasan:

  1. Aroma minyak wangi tidak semestinya dari India sahaja. Sesiapa juga boleh menggunakan minyak wangi buatan Afrika Utara seperti Tunisia/Morocco atau Lebanon/Syria

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Mungkin ustaz 'dulu-dulu' tidak mampu beli minyak atar ekslusif 'made in Tunisia/Morocco/Lebanon/Syria'. Minyak atar tempatan yang aromanya 'menyenangkan' dan menenangkan seperti 'MUNIF' juga belum ada di pasaran ketika golongan itu membina keterampilan dan pesona diri.

      Padam
  2. Ujang kutik,

    Dulu dulu hanya penyanyi yang di gelar sebagai 'bintang'.

    Kini .. seorang pelawak, DJ radio, tukang masak, malah seorang ustaz juga seorang bintang.

    Ustaz kini juga pandai berlawak, boleh berpolitik juga yang pandai menyanyi... dan segala multi-tasking yang macam macam. Lalu itu lah agak nya ada yang tergamak menerima bayaran sebagai professional walaupun sudah ada pekerjaan tetap.

    Ustaz yang dulu bukan lah yang sekarang...haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      1. Saya mengikuti setiap posting pengembaraan saudara di France dengan sedikit 'cemburu' kerana tidak berpeluang berbuat demikian. Tahniah!

      2. Ya, saya generasi yang tertinggal keretapi kerana masih menyanjung ustaz-ustaz yang dulu-dulu walaupun dalam masa yang sama menghormati ustaz-ustaz zaman kita pandai 'berblogging'.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."