Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 9 Mac 2014

DI SITU TEMPAT DILAHIR..........

Saya Dilahirkan Dan Membesar Di Habitat Sebegini
Ketika membelek gambar-gambar lama yang dirakamkan ketika berada di kampung tempat dilahirkan, saya mendapati kebanyakkan foto yang diabadikan adalah yang 'menyakat' emosi diri sendiri. Saya membesar dan akrab dengan 'mereka'.  


Bunga Kantan Hidup Subur Di Keliling Rumah

Saya Lupa Nama Pokok Berbunga Ini ...Mungkin Pokok 'Lenggang'.
Daun Pokok Ini Digunakan Untuk Mengubat Penyakit Kulit 
Banyak Nama Pokok Yang Saya Lupa Termasuk Yang Ini.
Burung Suka Makan Buah Pokok Ini. Manusia Juga Boleh Makan Buah Ini Yang Masak. Buah Pokok Ini Digunakan Sebagai Peluru Senapang Buluh Oleh Kanak-Kanak Generasi Saya. 





Ini Pokok Senduduk Yang Sedang Berbunga.....cantikkkk. 
BuahPokok Ini Boleh Menghasilkan Cecair Warna Biru. 
Kanak-KanakGenerasi Saya Mewarnakan Kepala 
Gasing Menggunakan Buah Pokok Senduduk.

Kalau Lupa Nama Pokok Ini....Gilo Namonya. Ini Pokok Buluh. 
Batang Buluh Kecil Dibuat Senapang Buluh. Batang Buluh Besar 
Dibuat Meriam Karbait Buluh Semasa Menyambut Hari Raya. 
Selain Dari Membuat Alat Permainan, Banyak Lagi Kegunaan Buluh - pancing, sangkar burung, buat atap daun pokok sago,
lantai rumah, pagar, tiang khemah semasa menagdakan majlis perkahwinan/kenduri dan lain-lain.

Cantik......Nama Bunga Ini Pun Den Lupo.....Banyak Bendo
Den Lupo Sejak Duduk Kolumpo Berpuluh Tahun....




 Daun Palas (Daun Paleh)

Bentuk Daun Palas Dari Dekat. Permukaan Daun Palas Kesat.
Kanak-Kanak Generasi Saya Gunakan Daun Palas
Untuk Melicinkan Gasing Yang Dibuat Sendiri. Gasing Biasanya
Dibuat Dari Pokok Limau, Pokok Cemperai (Bahagian Dari
Dalam Tanah Hingga Permukaan Tanah - Digali)

Kambing Biri-Biri . Keluarga Saya Juga Membela Kambing.
Najis Kambing Digunakan Sebagai Baja Tanaman. 




Pesona Alam Di Pinggir Kampung.....indah.

Anak Air. Suatu Ketika Dahulu Ini Adalah Anak Sungai 
Yang Airnya Dalam.Generasi Saya Mandi Sungai 
Di Sini Di Luar Pengetahuan Ibu/Bapa
Pokok Asam (Saya Tidak Ingat Siapa Yang
Tanam Pokok Ini Di Kalangan Ahli Keluarga).


Buah Muda Pokok Asam 

Cendawan Busut (Rezeki penduduk kampung yang biasa diperolehi selepas hujan.Biasanya kawasan ditumbuhi cendawan 
busut ada kelkatu berterbangan)

Sekawan Kerbau Sedang Berkubang (Saya selalu membantu arwah Datuk memelihara kerbau. Saya boleh menunggang 
kerbau ala koboi (buffalo boy). Tanda kerbau kenyang ialah tidak ada lekuk di bahagian badan belakang sebelah kiri.
Penduduk kampung pada masa dahulu menyembelih
kerbau dan bukannya lembu untuk majlis perkahwinan,
menyambut awal Ramadhan dan Hari Raya.  
Topi?

Ini Bukan Topi....Ini Losong Yang Tidak Digunakan Lagi. (Penduduk KampungTidak Tanam Padi Lagi). Peralatan Losong Yang Lengkap Ialah Losong(seperti di atas), Antan Penumbuk Dan Kayu Pemijak
Menggerakkan Antan Untuk Menumbuk Padi. Semasa Masih Bersekolah
Saya Selalu Membantu Uwan (Nenek) atau Emak Saya Menumbuk Padi.
(Golongan lelaki dewasa Negeri Sembilan jarang atau
hampir tiada langsung membuat kerja menumbuk  padi).
Ini ' Kerja Oghang Betino '.  

Buah Kelapa Gugur Sendiri... Saya Selalu Mencabar Anak-
Anak Mengupas Buah Kelapa Dengan Parang Ketika
Balik Kampung......FAILED!!! Sebagai anak kampung Saya
pernah panjat pokok kelapa untuk mendapatkan kelapa muda. Saya boleh panjat tetapi tidak ada tenaga hendak memulas kerana sebelah
tangan lagi memeluk pokok kelapa. Ada juga penduduk kampung membuat sendiri minyak kelapa. Selain minyak kelapa, kerja membuat
minyak kelapa juga menghasilkan ' Tahi Minyak'. 'Tahi Minyak' agak
sedap juga rasanya. Harga sebiji kelapa belum 
diparut sekarang lebih RM2.00.

DI SINI TEMPAT DILAHIR SEBENARNYA!
Ada satu lagi yang saya tidak dapat rakamkan gambarnya, iaitu "Kawasan Sawah Padi". Fenomena alam semula jadi di kampung saya suatu ketika dahulu sangat menarik. Bayangkan, hamparan sawah padi berlatarbelakangkan banjaran gunung. Bagaimanapun, pesona alam sebegitu telah menjadi sejarah kerana penduduk kampung tidak lagi menanam padi sejak penghujung tahun 70-an. Saya sekali sekala 'turun' menikmati keindahan kawasan sawah padi di Tanjung Karang dan Sekinchan, Selangor untuk melepaskan kerinduan di samping 'jalan-jalan' dengan keluarga. 


http://youtu.be/Ay0-0bpPR3s




Lirik Lagu Seruling Anak Gembala :

Di lembah sungai nan indah
Terdengar suara memecah
Melayang bunyi seruling
Kala senja hening

Gembala meniup lagu
Berteduh di rumpun bambu
Dengan tak merasa jemu
Menghiburkan rindu

Sawah luas terbentang
Hijau nan mengawan
Jauh pandangan
Di situ tempat permainan

Di situ tempat dilahir
Di mana aku dan dia
Memadu kasih asmara
Akhirnya berpisah



Saya suka lagu itu dan liriknya!ujangchengkau.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Tuan sangat beruntung memiliki nostalgia indah ini....cantiknya rumah kampung tuan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tanpa Nama,

      Sepanjang minggu saya di luar daerah yang tiada capaian internet. Semoga ada kejaiban dalam kemelut MH 370.

      Padam
  2. ujang kutik,

    'Sejuk' serta lengkap suasana kampung kelahiran saudara. Pasti seronok merayau keliling kampung semasa kecil dulu.

    Saya setuju, kalau masih ada hamparan sawah padi berlatarkan gunung ganang pasti gambar itu lah yang akan kita tonjolkan..haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Mungkin unsur itulah saya tidak henti mengulang dan mengitar semula jalan ceritanya.....he..he..

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."