Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 21 April 2014

'ORANG NEGERI SEMBILAN BUKAN ORANG MINANGKABAU'?

UPDATE

Pendapat salah seorang penjenguk blog ini, MUNGKAL DELI , untuk renungan. Di antara petikan ulasan beliau ialah;

(1) GELOMBANG PERTAMA

"Kita bersetuju bahawa nama-nama suku di N9 terbit dari nama-nama tempat di Sumatera Barat, kampung asal para pendatang (mohon jangan disalah-tafsir perkataan ini, ia tidak bermaksud “deragotory”). Mereka hadir di Tanah Melayu pada kurun ke-15."

(2) GELOMBANG KEDUA

"Berlalu 300 tahun, menjengah tahun 17-1900an; berlaku lagi perpindahan gelombang kedua. Alam Minangkabau di Sematera semakin jelas budaya dan tata-cara hidup mereka sebegitu pula alam Minangkabau di Rembau yang ketika itu “hampir sempurna” dikenali sebagai Negeri Sembilan."
 
" Mereka yang tiba ini bermukim lalu bermustautin di Kapar, Klang mahupun Beranang berinteraksi menggunakan “susuk bentuk budaya baru” bahasa rasmi/baku iaitu Bahasa Padang, bahasa persisir (pantai) dan tidak bahasa darat (pendalaman/bukit). Maka di sinilah bermulanya perselisihan pengertian orang Negeri Sembilan dan orang Minangkabau. "


=================================


Baru-baru ini saya menonton sebuah rancangan masakan di TV yang dihoskan oleh seorang cef selebriti terkenal yang bergelar Dato’. Rancangan itu dirakamkan di sebuah perkampungan orang Negeri Sembilan di Negeri Johor. 

Untuk makluman, berlaku penghijrahan sekumpulan orang Negeri Sembilan ke Negeri Johor lebih satu abad yang lalu. Ironisnya, mereka masih mengamalkan adat istiadat Negeri Sembilan dan masih bercakap dialek Negeri Sembilan yang sama seperti yang diucapkan oleh saudara mereka di Negeri Sembilan sehingga ke hari ini. Mereka bangga mengaku orang Negeri Sembilan.

Apabila Cef selebriti itu mensabitkan penduduk kampong itu sebagai ‘Orang Minangkabau’, peserta dari kalangan penduduk kampong yang terlibat dalam rancangan masakan itu kelihatan tercengang dan tidak menunjukkan tindak balas mengiakannya.

Kenapa insiden tersebut berlaku?

Orang Negeri Sembilan di mana sahaja di atas muka bumi ini pada umumnya tidak menganggap kelompok mereka sebagai kelompok Orang Minangkabau. “ Orang Negeri Sembilan bukan Orang Minangkabau,” itulah kepercayaan Orang Negeri Sembilan.

Keturunan Orang Jawa dari Pulau Jawa samada di Tangjung Karang, Batu Pahat atau di mana sahaja tiada masalah untuk mengaku 'keJawaan' mereka. Begitu juga keturunan Orang Mandailing, Kerinci, Jambi, Rawa atau Banjar. Bagaimanapun, tidak kepada keturunan Orang Minangkabau yang kini gah dikenali sebagai Orang Negeri Sembilan. Mereka tidak mengaku ' orang Minangkabau'.   

Orang Minangkabau di Malaysia juga bersikap begitu. Mereka (Orang Minangkabau) tidak sama dengan Orang Negeri Sembilan.

Orang Negeri Sembilan mendefinasikan Orang Minangkabau selain dari kelompok mereka yang dikandung dalam sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan sebagai ‘ Orang Minangkabau Asli (Orang Minangkabau ‘Pure’). Orang Minangkabau Asli (Minangkabau pure) tidak termasuk dalam sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan. Masyarakat Negeri Sembilan generasi terdahulu di kampung-kampung tradisional agak tertutup minda mereka dan selektif dalam memilih bakal menantu khususnya menantu lelaki. Secara umumnya mereka tidak berapa bersedia bermenantukan lelaki ' Bukan Melayu'. Lelaki 'Bukan Melayu' yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah lelaki berketurunan Indonesia termasuk keturunan Minangkabau Asli. Pernah berlaku di kampung saya ibu bapa seorang gadis menolak pinangan pihak lelaki dari satu-satunya keluarga keturunan Minangkabau Asli di kampung kami di atas faktor keluarga itu bukan keturunan ' Melayu'.

Catatan ini tidak menafikan sejarah asal usul keturunan Orang Negeri Sembilan. Catatan ini adalah mengenai realiti yang berlaku di kalangan masyarakat Negeri Sembilan dalam menanggap ‘susuk’ mereka.

Namun, perlu difahami bahawa keturunan Orang Negeri Sembilan tidak boleh ditakrifkan dengan mudah yaani ‘ sebiji ’ (100%) dari keturunan Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Mereka adalah dari keturunan campuran pendatang Minangkabau dan penduduk asal. Disebabkan larangan berkahwin sesama suku,kecerakinan keturunan antara dua golongan itu merebak di kalangan masyarakat Negeri Sembilan.

Begitulah juga dengan sistem Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat Negeri Sembilan. Sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan bukan ‘foto copy’ sistem Adat Perpatih Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia.

Sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan wujud di atas ‘peleburan’ Sistem Adat Perpatih Minangkabau, Sistem Adat Benar (penduduk tempatan) dan Adat Siak. Sistem Adat Perpatih Minangkabau ada persamaan dengan Adat Benar penduduk asal Negeri Sembilan dari segi menasabkan keturunan melalui nasab ibu. Ketiga-tiga elemen adat tersebut lebur dan menghasilkan Sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan. 
         
Justeru itu, mungkin di atas ‘nas-nas’ yang dinyatakan seperti di atas dan perjalanan masa yang telah melebih 5 abad dari tempoh kedatangan awal orang Minangkabau ke Negeri Sembilan, masyarakat Negeri Sembilan sejak dekad-dekad kebelakangan tidak  selesa  ‘dikulluhumkan ' sebagai Orang Minangkabau secara sebarangan. Dalam kata lain, orang Negeri Sembilan sangat sukar mengaku bahawa mereka adalah Orang Minangkabau atau berketurunan Minangkabau.

Sehubungan ini, ‘kejahilan’ Cef Selebriti terkenal itu mengenai 'keMinangkabauan' Orang Negeri Sembilan bukanlah kes terpencil.

Berdekad-dekad sebelum ini, penonton filem klasik Melayu ' Tunang Pak Dukun ' mungkin ada yang tertipu dengan sisi sebenar Orang Negeri Sembilan yang disamakan dengan Orang Minangkabau seperti yang dipertontonkan melalui lagu 'Pulang Merantau' dalam filem tersebut. Paparan yang mengiringi dendangan lagu itu menunjukkan muda-mudi balik ke kampung mereka di Negeri Sembilan dengan menaiki bas.

Sangat jelas bahawa lontaran senikata lagu ' Pulang Merantau' dalam filem Tunang Pak Dukun adalah bukan dalam dialek Negeri Sembilan. Tiada satu tempat pun dalam Negeri Sembilan di mana penduduknya menggunakan dialek seperti dalam lagu tersebut.

Sesungguhnya, kejahilan mengenai sisi ‘Minangkabaunya’ masyarakat Negeri Sembilan telah lama berlaku dan berakar umbi. Hatta, ianya berlaku sehingga ke hari ini. Bagaimanapun, tiada sesiapa yang perlu dipersalahkan. Senario ini mungkin berlaku kerana uniknya sejarah Negeri Sembilan itu dan sukar dihadam susur galur jalan ceritanya.

Hakikatnya, orang Negeri Sembilan selesa dengan status 'Orang Negeri Sembilan' mereka. Mereka seperti tidak perlu bergantung kepada 'keMinangkabauan' nenek moyang.

Setahu saya, Orang Minangkabau Asli di Malaysia juga tidak menganggap Orang Negeri Sembilan sebagai Orang Minangkabau.

Kebenaran 'keMinangkabauan' orang Negeri Sembilan cuma berlegar di kalangan mereka yang bergelumang dalam sistem adat, golongan terpelajar dan yang rajin membaca sahaja. Pada umumnya, kebanyakkan masyarakat biasa tidak menyedari atau tidak perasan sisi 'keMinangkabauan' mereka.

Namun, tiada sesiapa yang dapat memadamkan sejarah dan kebenaran.

Ohh........   

94 ulasan:

  1. Ooo.. patutla.. En Suami x ngaku dia keturunan 'Minangkabau' Dia ckp dia org Kolo Pilah, N9.. Sy cakap pd En Somi yg 'kami' dari akar yg sama.. Sy dgn bangganya ngaku keturunan 'Kampa'.. Mak cakap 'Oyang' tu dari Pekan Baru, Sumatera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan Azira,

      Terima kasih kerana membantu saya membuktikan kebenaran catatan ini.

      Padam
  2. Bagaimanapun budaya Minangkabau saat ini di Sumatera Barat saja sudah mulai ditinggalkan, apalagi di daerah di luar sumbar. Saya setuju, bahwa orang minang menganggap mereka berbeza dengan orang negeri sembilan. bahkan orang Minang kebanyakan tidak mengenal Negeri Sembilan, walaupun menurut pendapat ahli sejarah bahwa negeri sembilan itu adalah salah satu daerah rantau orang minangkabau.

    BalasPadam
  3. Sdr Tanpa Nama,

    Terima kasih di atas 'respond' saudara.

    Benar, dalam wikipedia N.Sembilan dan penduduknya didefinasikan sebagai wilayah dan penduduk Minangkabau. Informasi itu benar dari segi susur galur keturunsn walaupun tidak lagi terpakai di sisi landskap kenegaraan sekarang - Malaysia-Indonesia.

    Bagaimanapun, tidak akan putus air dicincang.

    BalasPadam
  4. Kalau menurut saya yang penting itu bagaimana orang negeri sembilan bisa tetap menjaga marwah mereka Pak Cik. Mengenai mereka membantah atau membenarkan kalau orang Negeri Sembilan bukan orang Minang, sebenarnya itu tidak bisa digeneralisir. Menurut saya itu hanya pendapat pribadi saja. Berpupang juga ke masing-masing pribadi bersangkutan.

    Saya juga sudah pernah mengulas tentang Minangkabau sedikit di blog saya, dan kebetulan saya juga orang Minang pak Cik. Ini link nya :

    http://www.raaifa.com/2014/02/rumah-gadang-kami.html

    Salam kenal dari Padang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Catatan Raaifa,

      Saya telah membacanya. Banyak info menarik terutamanya anak lelaki yang menghabiskan usia remaja mereka bermalam di masjid/surau dan rumah gadang bukan semua orang boleh membinanya.

      Terima kasih.

      Padam
  5. Sdra Ujang,
    Saya adalah anak negeri sembilan dan kerap melawat ke Padang Sumbar. Saya ada beberapa teori yang mana sdra musykil bahawa ada 'mata rantai yang terputus' dari segi kesamaan/perbezaan loghat N9 - Minangkabau (asli). Bayangkan setelah 5 - 6 abad berlalu, sudah tentu berlalu asimilasi / pengaruh bahasa tempatan di tempat masing-masing (Melayu/ Indonesia/ Jawa). Saya percaya, bahasa Minangkabau yang benar-benar asli bukanlah sepertimana yang dituturkan oleh orang-orang minang di sumbar atau di negeri sembilan sekarang. Saya minta maaf kepada semua orang minang dalam hal ini sekiranya pendapat saya ini salah.
    Dari segi sebutan 'O' bagi N9 (Contoh: Poie - pergi) atau 'A' bagi Minang asli (Paie - pergi) itu bukan persoalan. Umum mengetahui perbezaan itu seperti di payakumbuh dan padang.
    Tetapi yang saya musykil apakah penyebutan 'R' yang begitu tebal itu adalah asli minang (contoh: Urang. N9 - Oghang). Jika kita lihat penyebutan 'R' yang tebal ini biasanya ia banyak dalam bahasa Jawa. Manakala sebutan 'GH' (oghang) dalam loghat N9 pula adalah pengaruh bahasa melayu yang banyak guna 'GH'. Saya percaya logat minang di sumbar banyak dipengaruhi loghat Jawa yang banyak 'R' dan loghat N9 pula banyak dipengaruhi loghat melayu yang banyak 'GH'nya.
    Saya percaya sebutan "A' , 'O', 'R' dan 'GH' inilah yang menjadi sebab berlakunya pertuturan "ayam -itik" antara penutur minang - N9. Selain itu penutur minang sumbar banyak pula guna kata ringkas seperti 'ka ma - ke mano', 'di ma' - di mano, 'a' - apo, 'sia' - siapo. Ringkasan seperti ini tiada dalam loghat N9. Itu yg menyebabkan ketidakfahaman bagi orang N9.
    Ada berat kemungkinan bahawa bahasa asal minangkabau itu menyerupai pertuturan orang N9 yang gunakan 'GH' (oghang, aghang, bolaja, koghojo/kojo) berbanding minang yang guna 'R' (urang, arang, baraja, karajo) yang sebutan 'R'nya jelas. Sebutan 'R' yang jelas, banyak digunakan dalam dialek Jawa. Mungkinkah pengaruh Jawa? Sama seperti Bahasa Indonesia yang sebutan 'R"nya jelas. Bagaimanapun, ini hanya teori saya sahaja. Terpulang untuk dipercayai.
    - MAZLAN, SUBANG.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr saya Mazlan,

      1. Saya minta maaf kerana lambat membalas ulasan saudara. Ini disebabkan ulasan-ulasan yang melebihi 14 hari dari tarikh posting tidak dipaparkan secara otomatik. Tuan punya blog perlu memaparkannya secara manual.

      2. Teori saudara agak menarik untuk direnungkan - " Ada berat kemungkinan bahawa bahasa asal minangkabau itu menyerupai pertuturan orang N9 yang gunakan 'GH' (oghang, aghang, bolaja, koghojo/kojo)..."

      Ini boleh dikiaskan dengan bahasa dan budaya orang Portugis di Melaka yang dikatakan tidak sama dengan orang Portugis di Eropah sekarang. Bahasa dan budaya Portugis Melaka adalah bahasa dan budaya lama (kuno) Portugis.

      3. Sebagai orang Negeri Sembilan, saya berpendapat negeri kita sewajarnya menubuhkan sebuah badan kajian Adat Perpatih dan Budaya Negeri Sembilan yang khusus.

      Terima kasih.

      Padam
  6. Pak Ujang dari kg Chengkau,

    1. Aden sepakat samo comment "Tanpa Nama" di ateh, baso minang di Sumbar dan baso minang di N9 alah babeda samo baso minang 5-6 abad yg lampau. Baso Minang di N9 alah terpengaruh samo baso semenanjung, baso minang di sumbar alah bageser dari "darek ka pasisia" sajak masuak nyo pengaruh paderi di sumbar, aspek ekonomi berpindah dari darek ka pasisia, baso pun alah dapek pengaruh pasisia (Pariaman, Padang, dll). Walau sejatinyo sampai kini pusat minang masih di Luhak Nan Tigo (Payakumbuah, Bukittinggi dan Tanah Data)

    2. Postingan yang menarik, aden baru tahu jikok kini urang Minang indak menganggap diri nyo sebagai urang minang, aden dulu baraja di sakolah waktu ketek baraja bahwasanyo daerah rantau minang: Riau Daratan, Bengkulu bagian utara, jambi kerinci mandailing bagian selatan dan negeri sambilan...

    Bahaso pasa dan baso pergaulan di sinan(Pekanbaru, Kerinci dan bengkulu bagian utara tadi) masih pakai baso minang dengan dialek yang berbeda.

    3. Urang disabuik Ughang dialek itu masih ado kini di Payakumbuah dan Tanah Data. Mungkin dulu urang N9 berasal dari wilayah Payakumbuah atau Tanah Data.

    Pernah aden dulu mambaco, ado selisih di internal kerajaan N9 di tahun 1700an untuk mamiliah sia yang diangkek jadi rajo disinan, akhirnyo dikirim rajo dari pagaruyung.
    Kini manuruik aden, mungkin N9 lebih minang dari Sumbar (kenapa?) : Kerajaan Pagaruung yang mengirimkan raja ke sinan, pagaruyung malah di kudeta oleh orang minang pesisir (pengaruh arab), bisa dibaco disejarah perang paderi.
    Kini budayo minang lebih kearab-araban indak sarupo jo minang asli tahun 1500an dulu lai.

    Salam.
    Catra, Jakarta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Just to add my personal experience..saya orang Negeri Sembilan suku Tiga Batu..2014 pegi melancong ke bukit tinggi indonesia di Tanah Datar..berbual dgn uncle yg tengah bina rumah..x sedar yg kami berada di indonesia..rasa macam berada di kampung kami di negeri sembilan..nama kampung pun sama..kampung 'tabek'..di batu sangkar pula, rupa paras mereka sama iras dengan my nephews, my nieces,my cousins..there is no doubt that we 'orang Negeri Sembilan ' asal dari sana..we just can feel it!

      Padam
  7. Saudara saya Catra,

    1. Saya sangat terharu di atas kesudian saudara memberi info yang sangat bernilai mengenai sisi asal usul keturunan saya di Tanah Minangkabau.

    2. Semoga saudara tidak tersalah anggap. Apa yang saya nyatakan adalah senario sebenar di Negeri Sembilan. Namun, seperti yang saya tekankan ' sejarah tidak akan dapat dipadamkan'

    3. Untuk makluman saudara, ada sebuah kampung di Daerah Rembau bernama ' Kampung Tanah Datar (Data). Penduduk kampung itu dari Suku Tanah Datar. Hampir semua Suku dalam sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan diambil dari nama tempat/kampung asal pendatang awal Minangkabau ke Negeri Sembilan - Suku Tanah Datar, Suku Mungkal, Suku Tiga Nenek dan lain-lain lagi kecuali Suku Biduanda.

    Suku Biduanda adalah dari keturunan Pembesar Minangkabau yang berkahwin dengan anak Ketua penduduk asal Negeri Sembilan iaitu Orang Asal/Asli. Mengikut sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan pelantikan Ketua Adat sesuatu Daerah (Luak) cuma dari kalangan anak lelaki keturunan Suku Biduanda sahaja. Ketua Adat sesuatu Luak dinamakan Undang Luak. Undang Luak adalah jawatan bergaji dan disediakan dengan segala kemudahan selayaknya.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Sdra Saya Ujang
    Saya berterima kasih atas respon sdra Catra terhadap pendapat saya berkenaan teori bahasa asli Minangkabau. Beliau juga tidak menafikan bahawa terdapatnya "pageseran dari darek ka pasisia" yang menyebabkan "baso pun alah dapek pangaruh pasisia". Pasisia (pesisir) yang beliau maksudkan adalah Pariaman, Padang dll. Darek (darat) yang mungkin beliau maksudkan ialah Payakumbuh, Bukittinggi dan Tanah Datar (Luhak Nan Tigo). Berdasarkan kenyataan ini, beberapa perkara boleh dirumus:
    1) Baso di darek adalah berlainan dari segi penyebutannya berbanding di pasisia. (Contoh: penyebutan O-A, GH-R)
    2)Asal baso Minangkabau itu ialah (sepatutnya) di darek.
    3) Asal orang Minangkabau Negeri Sembilan adalah dari Darek.
    4) Baso pasisia (Padang) adalah baso yang telah menerima perubahan akibat 'pegeseran' tersebut.
    5) Pasisia terletak di sepanjang pantai barat sumatera terdedah dengan pengaruh (mungkin) pedagang-pedagang dari Jawa, Arab dan India menyebabkan pengaruh bahasa juga terkena tempiasnya.

    Selain daripada faktor2 di atas, saya juga ada pengalaman peribadi yang boleh membawa kepada kuatnya hujah ini. Pada tahun 1993 ketika masih remaja, saya berpeluang mengikut pakcik saya buat pertama kalinya ke Sumbar telah pergi ke sebuah perkampungan di Daerah Solok, pedalaman Sumbar. Kampungnya saya tidak ingat apa namanya. Tapi seingat saya ia terletak berdekatan pekan Muaro Labuh di Kecamatan Sungai Pagu. Bermalam di situ hampir 3 hari 3 malam di sebuah perkampungan di tengah-tengah sawah yang luas. Tahukah saudaraku Ujang, orang-orang tua di situ termasuk seorang amak (nenek) yang menurut perhitunganku umurnya lebih seratus tahun bertanyaku: "Daghi mano anak ko?" Ughang jauah alah tibo" dan lain-lain yang penyebutannya tiada langsung berbunyi R yang tebal. Saya menceritakan ini, bukan ia berlaku di Payakumbuh. Tetapi ia berlaku di Solok, di mana di kalangan muda mudinya penyebutan 'R' nya begitu tebal. Timbul pertanyaan: Sekiranya dengan usia Amak tersebut dengan penyebutan tersebut dan beliau juga orang asal di situ, adakah seratus tahun dahulu, penyebutan 'GH' itu merupakan bahasa asal Minangkabau?
    Oleh itu, pendapat saya: "Berat kemungkinan bahawa bahasa asal Minangkabau itu menyerupai loghat N9 itu ada asasnya.
    Semoga dapat kita fikirkan bersama.

    MAZLAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr. Mazlan. bahasa Minang yang tidak menyebut "r "secara tebal itu lumrah di Minang, termasuk di daerah saya Rantau Pariaman. Orang-orang dulunya tidak menyebut huruf "r" dengan tebal. Misalnya:
      bareh = bagheh
      barek = baghek
      baranti = baghanti
      rabah = ghabah
      baruak = baghuak
      memang perkembangan bahasa sekarang meninggalkan cara/kebiasaan lama karena orang sekarang ada menganggap orang yang berkomunikasi seperti istilah/cara orang lama itu pikirannya masih belum maju/masih kampungan/totok sehingga ramai orang menyesuaikan bahasa dengan perkembangan yang ada. Kalau kita lihat bahasa minang standar sekarang tidak menjurus ke bahasa sub etnik tertentu. kombinasi dari gabungan cara dan kata yang berlaku di seluruh minangkabau, cuma saja dialeknya memang ke arah dialek Minang Pesisir (Padang, Pariaman, Pesisir selatan dll) yang termasuk wilayah rantau orang Minangkabau seperti halnya Negeri Sembilan. Maklum sekarang kota Padang adalah ibukota propinsi Sumatera Barat, tempat berkumpulnya orang dari segenap penjuru Sumbar.

      Nofri Melsi

      Padam
    2. Sdra Nofri Melsi,
      Terima kasih atas penjelasan saudara. Semakin kuat hujah ini sebenarnya. Bahawa penyebutan "R" yang tebal itu adalah daripada proses perubahan dan perkembangan bahasa. Ini diakui sendiri oleh saudara Nofri Melsi yang berasal dari daerah Pariaman.
      MAZLAN

      Padam
  9. Sdr saya Mazlan,

    1. Masyarakat Negeri Sembilan masih menggunakan ungkapan ' Darek ' (Daghek) dengan makna yang sama.

    2.Adat Perpatih Negeri Sembilan mengandungi 12 Suku. Dikatakan bahawa kecuali Suku Anak Aceh dan Suku Biduanda, nama-nama Suku yang lain adalah sempena nama kampung asal Orang Minangkabau di Tanah Minangkabau. Mungkin saudara mempunyai akses mengenai kedudukkan kampung-kampung tersebut iaitu: Tanah Datar, Batu Hampar, Seri Lemak, Anak Melaka, Mungkal, Paya Kumbuh, Seri Melenggang, Tigo Nenek, Tigo Batu dan Batu Belang.

    3. Pertuturan Amak (N.Sembilan = Uwan) yang berusia lebih seratus tahun sangat hampir dengan dialek/loghat Negeri Sembilan. " Daghi mano anak ko?......saya tertarik ungkapan ' Daghi'....Itu dialek Negeri Sembilan.

    4. Andaian saudara bahawa Bahasa asal Minangkabau mungkin sama dengan loghat Negeri Sembilan juga menarik. Sebagai perbandingan, loghat keturunan soldadu Portugis di Melaka dikatakan tidak difahami oleh warga Portugis di Portugal hari ini.

    5. Saya pula berpendapat bahawa loghat Negeri Sembilan hari ini adalah wujud melalui proses asilimasi dialek Minangkabau dengan dialek penduduk asal Negeri Sembilan. Dikatakan bahawa orang Minangkabau yang datang merantau dan terus menetap di Negeri Sembilan mungkin dari kalangan golongan lelaki sahaja. Mereka akhirnya berkahwin dengan penduduk tempatan.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  10. Sdra Ujang,

    Terima kasih atas respon saudara terhadap pendapat saya. Saya juga amat tertarik dengan perbandingan saudara berkenaan bahasa Portugis di Melaka yang juga berlainan jika dibandingkan dengan bahasa Portugis di tempat asalnya. Sebenarnya, bukan bahasa Portugis dan bahasa Minangkabau sahaja yang berubah dalam dua negara atau tempat yang berbeza malah bahasa Melayu juga demikian. Lihat apa jadi pada Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia. Bukankah kedua-duanya berasal daripada akar bahasa yang sama?

    Namun demikian, sebagaimana pada permulaan tanggapan saya yang lalu, saya menyatakan bahawa baik di Sumatera Barat atau di Negeri Sembilan, kedua-duanya telah tidak menggunakan bahasa dan penyebutan asal Minangkabau secara benar. Ini bukanlah bermakna dengan pendapat saya bahawa bahasa asal Minangkabau itu menyerupai loghat Negeri Sembilan membawa makna loghat Negeri Sembilan itu adalah sebenar-benarnya bahasa asal Minangkabau. Hal ini patut difahami. Saya juga 'tidak berani' mengatakan bahawa loghat Negeri Sembilan itu 'sama' dengan bahasa asal Minangkabau tetapi hanya menyatakan 'menyerupai' atau dalam kata lain: "sarupo tapi indak samo". Ini juga harus difahami.

    Pada pengamatan saya, loghat Negeri Sembilan telah banyak kehilangan perbendaharaan kata Minangkabau setelah diresapi pengaruh loghat tempatan di Semenanjung. Perkataan-perkataan Minangkabau seperti dituturkan di Sumbar seperti 'Padusi '(wanita), 'Karambiah'(kelapa), 'Urang gaek' (orang tua), 'Baralek' (majlis-perkahwinan) dan lain-lain hampir tiada kedengaran di Negeri Sembilan.

    Beberapa perkataan Minang seperti "Godang" (besar) juga kini telah lama ditinggalkan oleh generasi baru Negeri Sembilan yang menyebutnya sebagai "Bosa". Apatah lagi perkataan "Ketek" (kecil) langsung disebut sebagai "Kocik" yang menunjukkan pengaruh dari bahasa Melayu Semenanjung.

    MAZLAN.





    BalasPadam
    Balasan
    1. kociak/kaciak juga di gunakan di minangkabau, terutama di daerah darek (Payakumbuh, Solok, dan sekitarnya). Sama artinya dengan ketek yang lebih banyak digunakan di Agam dan pesisir minang (Padang).

      Padam
    2. kata kocik di semenanjung = kaciak/kociak di minangkabau.

      bosa/basa = besar. kata basa/bosa juga digunakan orang minangkabau, tapi tidak umum, contoh : istano basa pagaruyuang, tuanku basa batuah

      Padam
    3. 'Baralek'masih digunakan di Negeri Sembilan daerah Jempol..suku Tiga Batu panggil kenduri kendara sebagai 'berolek'

      Padam
  11. Saya juga tertarik berkomentar disini, mengenai Bahasa yg sanak bicarakan di kampung saya Batusangkar(Tanah Datar),serta Payakumbuah, Agam, Limo Puluah Kota Masih banyak orang yang menggunakan R tipis seperti Oghang , jika saya pulang kampung (saat ini saya di padang) orang di kampung saya selalu membicara menggunakan R tipis dan itu selalu terjadi .
    namun karena berkembangan waktu sudah mulai terpengaruhi oleh loghat pariaman/padang yang memakai R tebal (contoh Urang) dan hal ini wajar karena kota padang adalah ibu kota provinsi jadi sangat mempengaruhi terhadap cara berbicara masyarakat.
    dan pada hakikat bahaasa tiap2 daerah itu berbeda walaupun cuma sedikit. .
    cara berbicara padang/pariaman sangat jauh berbeda dengan Batusangkar/payakumbuh .
    dan Dahulu nya Orang Yang merantau Ke N9 kebanyakan berasal dari Batusangkar Tanah Datar,Limopuluah Kota jadi karena inilah juga Negeri Sembilan juga memakai logam r tipis.
    jadi pengunaan R tipis itulah bahasa asli minangkabau .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Muhammad Razi,

      1. Tempat-tempat yg saudara nyatakan (termasuk lima puluh kota) dikatakan adalah asal usul nenek moyang kami Orang N.Sembilan. Penggunanaan ' R ' nipis di kalangan penduduk di kampung asal saudara membongkar serba sedikit mengenai kejahilan saya terhadap keturunan Minangkabau (bukan Orang Negeri Sembilan) di Malaysia hari ini.

      Mereka sudah pasti bukan berasal dari daerah asal usul nenek moyang Orang Negeri Sembilan.

      Terima kasih di atas info yg sangat berguna ini. Jika diizinkan Allah suatu hari nanti saya ingin menjenguk ke tempat-tempat tersebut.

      Padam
    2. sedikit mengkoreksi tulisan saudara. aslinya huruf "R" dalam bahasa minang dialek pariaman dibaca sebagai "gh" , tapi sebagian besar orang pariaman sekarang memang sudah meninggalkan cara penyebutan "gh" ini sebagai akibat pengaruh bahasa minang dialek padang

      Padam
  12. Tiada satu tempat pun dalam Negeri Sembilan di mana penduduknya menggunakan dialek seperti dalam lagu tersebut?salah tu cik ujang...saya tinggal dekat lenggeng selama 13 tahun sejak lahir..cik ujang takkan tak pernah pergi lenggeng kan?orang lenggeng/beranang cakap bahasa minangkabau asli..bahasa tuturan dekat n9 ni lebih sama dengan bahasa daerah kampar sumatra..tapi masih ada sedikit laa perbezaan..

    BalasPadam
  13. Tuan Tanpa Nama 5/1/15,

    1. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

    2. Seumur hidup saya belum sampai lagi ke Lenggeng walaupun saya dengan beraninya mendakwa " Tiada satu tempat pun dalam Negeri Sembilan di mana penduduknya menggunakan dialek seperti dalam lagu tersebut. " Minta maaf jika saya silap.

    3. Saya berani menyatakan sedemikian setelah mendapat penjelasan mengenai dialek yang digunakan oleh masyarakat Beranang dari rakan sekerja (usia 50-an) . Sebelumnya saya memahami bahawa semua penduduk Beranang adalah orang Minangkabau (Asli) yang bertutur dialek Minangkabau.

    Saya difahamkan oleh rakan sekerja itu bahawa CUMA SEBUAH KAMPUNG sahaja di Beranang penduduknya terdiri daripada orang Minangkabau (Asli) dan mereka menggunakan dialek Minangkabau (Asli) apabila berkomunikasi sesama sendiri.

    4. Rakan itu juga mendakwa bahawa selain dari penduduk kampong itu, penduduk di kampung-kampong selainnya bercakap dalam dialek Negeri Sembilan.

    Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas info yang sangat menarik ini. Saya akan mengunjungi Lenggeng/Beranang apabila ada kelapangan.

    BalasPadam
  14. Saya pernah baca satu blog menyatakan bahawa sebelum abad ke 19 penyebutan orang melayu dan orang minang belum begitu jelas lagi. Pemisahan antara 2 kelompok ini hanya terjadi setelah penjajah sampai. Mungkin pada masa itu sifat Kami melayu dan kami Orang minang tidak jelas kerana persaudaraan yang kuat pada masa itu. Kalo kita nak ikut logik kenapa setelah berabad2 duduk diperantauan Orang Portugis Melaka masih lagi mengaku mereka Orang Portugis. Sedangkan orang negeri sembilan yang berdarah minang yang datang datang kesini sezaman dengan mereka tidak mengaku mereka orang minang. Mungkin Perbezaan antara kesukuan pada masa tu tidak kuat lagi..Mungkin perbezaan antara orang minang dan melayu pada masa tu sama seperti perbezaan orang kelate dengan orang kedah. Mereka mengaggap diri mereka sebangsa spt sekarang. Walaubagaimanapu teori ini perlu pengkajian lebih lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. William Marsden dalam bukunya The History Of Sumatra tidak membedakan antara minangkabau dengan melayu karena pembedaan tersebut terjadi pada tahun 1896 melalui surat Statsblad 1896 Nederland Indies bevolking yang memisahkan antara minangkabau dan melayu dan efeknya terasa hingga kini. Padahal pada bukunya william marsden membedakan antara orang jawa , orang batak, orang kerinci, orang palembang, orang aceh,orang mandailing, orang ogan, komering bahkan orang pasemah namun orang minangkabau, orang jambi , orang riau , orang kampar, orang deli , orang asahan, orang melayu bengkulu, orang deli , oramg langkat di jadikan menjadi satu yaitu ETNIS MELAYU bukan BANGSA MELAYU. karena pertama seseoramg dapat di katakan melayu apabila melalui 3 hal. 1. Beragama islam ( sesiapapun boleh jadi melayu apabila islam tak kira dia jawa, tagalog , batak bahkan thai sekalipun) 2. Berbahasa melayu : orang minangkabau berbahasa melayu mimangkabau yang menurut penilitian para linguistik termasuk dialek melayu seperti dialek kelantan, jambi , terengganu dan kampar. 3. Menggunakan adat melayu : adat melayu yang di gunakan sekarang juga di gunakan masayarakat minangkabau dari suku koto piliang yang secara hukum adat mirip adat melayu pada umumnya atau di sebut adat ketemanggungan sedangkab suku bodi chaniago menggunakan adat lareh caniago atau adat perpatih yang kini di gunakan oleh orang minang dr suku ini. Jadi minangkabau sendiri adalah sub etnis melayu bukam etnis yang terpisah sendiri. Jika minangkabau di katakan bukan melayu maka sudah seharusnya kampar, teremgganu, kelantan, pattani bahkan brunei di anggap sebagai bukan melayu karena terdapat perbedaan adat dan bahasa pula di dalamnya.

      Padam
  15. pengalaman saya ke padang ialah orang di tanah tinggi minang mengatakan orang padang bukan orang minang. biasalah. apabila kita berjauhan, kita seperti mau memisah diri dan membentuk masyarakat kita sendiri.
    menjawab mengenai R tipis, memang. itulah baso asa kito. bukn R tebal seperti dialek padang. pergilah di pedalaman tanah sumatera. dari bukittinggi ke kampar ke inderagiri ke kuantan.
    basonyo lobih kurang jo. dipanggil baso melayu darek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Khairul,

      Terima kasih. Mungkin misteri ' bottle neck ' ' R ' adalah jawapan kepada persoalan yg menghantui keturunan Minangkabau di N.Sembilan selama ini.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  16. Saudara Ujang
    Berdasarkan komentar saudara2 kita di atas, maka sudah jelas bahawa (mereka jua mengakui) bahawa penyebutan R tipis itu merupakan (amat-amat berat dan sangat besar kemungkinan) memang begitulah bahasa asal Minangkabau. Perkara ini sangat jelas. Semoga perkara ini dapat dimanfaatkan untuk rekod generasi akan datang.
    MAZLAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Mazlan,

      Alangkah bermanfaatnya jika perbincangan kita ini dikerling oleh mereka yg ada authority dan terlibat dengan kajian Minangkabau/N.Sembilan.

      Ianya dicetuskan melalui pengalaman peribadi di kalangan kita.

      Padam
  17. Saya orang Labu, N.Sembilan. Omak den cakap dia suku Biduando Tampin. Memang la asal orang Minang kek NS dari Padang. Tu generasi dulu-dulu. Sekarang ni mano nak dapek pure Minang NS...dah campur-campur. Loghat dah lain skit..adat pun kitaorang tak ikut sangat dah...sebab geo-political kan. Samo la macam orang Melayu yang kat Cape Town tue...takdo la pure Melayu sebab dah terpisah lamo dari tanah Melayu. Den bukan nak kritik sape2 tau..korang jangan balun den plak ok!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Oghang Labu,

      1. Apo nak dibalunkan...he..he..

      2. Saudara salah faham sedikit mengenai definasi Orang Minangkabau (Asli) dan Orang Negeri Sembilan:

      2.1 Orang Negeri Sembilan:

      Keturunan pendatang awal Orang Minangkabau ( di sekitar 1500 Masehi) yang datang dan terus menetap di Negeri Sembilan.


      2.2 Orang Minangkabau (Asli) :

      Keturunan Orang Minangkabau yang datang ke Malaya (termasuk Negeri Sembilan) setelah beratus tahun kedatangan kumpulan awal Orang Minangkabau ke Negeri Sembilan. Kumpulan itu datang di sekitar hujung tahun-tahun 1800-an hingga awal 1900-an. Keturunan ini mudah dibezakan dengan Orang Negeri Sembilan kerana kebenyakkan mereka terlibat dalam perniagaan - berniaga songkok, tukang kasut, tukang jahit, peniaga makanan dll.

      3. Benar dalam Struktur Adat Perpatih Rembau ada Suku Biduanda Tampin. Suku Biduanda Tampin BOLEH berkahwin dengan Suku Biduanda Waris dan Suku Biduanda Sedia Raja.

      Padam
  18. AsSalam,
    I chance this page while searching for something else, and finding the discussion enlightening and illuminating. I would like to put my two cent worth of thoughts into the discourse. Allow me…

    Terlebih dahulu izinkan saya mencari kesepakatan bersama untuk mudah pengertian bagi tujuan perbincangan ini. Dua perkara utama ingin saya usulkan:

    1. Sebutan huruf “R”
    a. R pada “uRang” adalah “R” jelas, juga adalah “R” nipis yang sebutannya di hujung lidah seperti membunyikan huruf arab/jawi “rho”.
    b. GH pada “oGHang adalah “R” tidak jelas, juga adalah “R” tebal yang sebutannya di pangkal lidah/anak tekak seperti membunyikan huruf arab/jawi “ghain”.

    2. a. “Old school” dimengertikan bahasa yang dituturkan pada kurun ke-15,
    b. “New school” bahasa yang dipertuturkan sekitar kurun ke-18; dan
    c. “21st century school” bahasa yang dipertuturkan kini.

    GELOMBANG PERTAMA
    Kita bersetuju bahawa nama-nama suku di N9 terbit dari nama-nama tempat di Sumatera Barat, kampung asal para pendatang (mohon jangan disalah-tafsir perkataan ini, ia tidak bermaksud “deragotory”). Mereka hadir di Tanah Melayu pada kurun ke-15. Suku-suku tersebut adalah:
    1. Biduanda (Dondo)
    2. Anak Acheh
    3. Anak Melaka
    4. Batu Belang
    5. Batu Hampar (Tompar)
    6. Mungkal
    7. Paya Kumboh (Payo Kumboh)
    8. Sri Lemak (Solomak)
    9. Sri Melenggang (Somolenggang)
    10. Tanah Datar
    11. Tiga Batu
    12. Tiga Nenek

    Seperti yang dibincangkan oleh pengunjung terdahulu di atas, juga dari entri lain yang disilang-rujuk; daerah-daerah ini adalah daerah darat (pendalaman/bukit) berbanding daerah persisiran (pantai) yang mempunyai dialek yang berbeza. Kehadiran mereka ke Tanah Melayu pada kurun ke-15 boleh diibaratkan mengirim “kapsul budaya” dari Sumatera. Bahasa dan budaya rumpun ini bermula dari titik yang sama, berkembang merempuh masa namun pembentukkannya dipengaruhi oleh lingkungan dan persekitaran.

    Seperti yang dibicarakan oleh Tanpa Nama dari Labu, pada zaman kesultanan Melaka (1600); pembesar Melaka mahupun pesalah undang-undang dari kerajaan telah dibuang negeri ke Cape Town, Afrika Selatan. Mereka ini boleh juga dikatakan pembawa kapsul budaya bersama mereka. Jika diamati “kemelayuan” yang mereka bawa adalah agak “kuno” atau pada pringkat awal pembentukan budaya Melayu itu sendiri. Melayu mereka berkembang di lingkungan Cape Town dan sudah tentu berbeza dengan berkembangnya Melayu di tempat asal.

    (Nota: Saya menggunakan istilah Melayu ini secara “generic” dan longgar, bukannya khusus.)

    Satu lagi contoh yang boleh saya ketengahkan adalah pedagang Cina/India/Timur Tengah yang tiba ke Tanah Melayu di zaman Kesultanan Melaka. Mereka juga membawa kapsul budaya mereka pada waktu itu dan berkembang dipengaruhi persekitaran Tanah Melayu, Malaya dan seterusnya Malaysia dewasa ini.

    Pada kesemua contoh di atas, pembawa kapsul budaya ini telah berubah, berkembang, berassimilasasi, dsb dengan budaya setempat; samada meninggalkan budaya asal, menyatu dengan amalan sekeliling (infuse) mahupun merubah-bentuk (morph/metamorphosis) tatkala merentas zaman. Sementelahan budaya asal ditempat mulanya budaya mereka tadi turut sama mengalami proses perubahan merentas zaman, tetapi dalam susuk bentuk yang berbeza.

    bersambung...

    BalasPadam
  19. GELOMBANG KEDUA
    Berlalu 300 tahun, menjengah tahun 17-1900an; berlaku lagi perpindahan gelombang kedua. Alam Minangkabau di Sematera semakin jelas budaya dan tata-cara hidup mereka sebegitu pula alam Minangkabau di Rembau yang ketika itu “hampir sempurna” dikenali sebagai Negeri Sembilan.

    Pada era itu, merubah-bentuk (morph/metamorphosis) “susuk bentuk budaya baru” Minangkabau di N9, sebegitu pula terbentuk budaya baru di alam Minangkabau itu sendiri. Di waktu ini pula berlaku sekali lagi penghijrahan gelombang kedua yang membawa masuk “new school Minangkabau” dari Sumatera ke Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Perak serta beberapa daerah yang lain. Sudah pastilah kelompok baru ini berbeza dengan kelompok “old school Minangkabau” yang asalnya sebentuk dengan “old school N9”.

    (Nota: Saya menghimpunkan bahasa, adat resam, amalan seharian, dsbnya ke dalam budaya)

    Mereka yang tiba ini bermukim lalu bermustautin di Kapar, Klang mahupun Beranang berinteraksi menggunakan “susuk bentuk budaya baru” bahasa rasmi/baku iaitu Bahasa Padang, bahasa persisir (pantai) dan tidak bahasa darat (pendalaman/bukit). Maka di sinilah bermulanya perselisihan pengertian orang Negeri Sembilan dan orang Minangkabau.

    Konteks yang sama berlaku pada penghijrahan pendatang gelombang kedua dari China/India/dll pada tempoh waktu ini yang dibawa masuk oleh Inggeris. Kumpulan ini tidak berassimilasasi seperti kaum Baba Nyoya ataupun kaum Chettiar tetapi hidup dalam suasana kelompok kaum, sesuai dengan matlamat Inggeris - pecah dan perintah.

    Sebegitu pula penghijrahan keluar gelombang kedua budaya Melayu. Saya bawakan kisah kelasi Melayu yang terdampar di Britain pada pertengahan abad ke-20. Mereka juga membawa kapsul budaya Melayu, tetapi “maju” berbading dengan yang dibawa oleh pesalah undang-undang ke Cape Town, Afrika Selatan pada zaman Kesultanan Melaka.


    GELOMBANG SETARA
    Sedikit selingan. Cuba gambarkan orang Portugis yang behijrah/menetap di Goa, India dan yang behijrah/menetap di Melaka pada 1500. Apakan berkemungkinan ada persamaan budaya “kuno” Portugis yang kekal dan apakah bentuk metamorphosis yang telah terjadi? Sebegitu pula orang Minang yang behijrah/menetap di Siak, dan yang behijrah/menetap di Melaka pada sekitar 1700. Persoalan serupa yang sama saya ajukan.


    KESIMPULAN
    Saya membuat kesimpulan Bahasa N9 bukan Bahasa Minang. Pada pengamatan saya Bahasa Minang juga dikenali sebagai Bahasa Padang, atau erti kata lain Bahasa Padang adalah “bahasa rasmi/baku” orang Minangkabau di Sumatera Barat (Sumbar). Saya bandingkan di sini, sama seperti Bahasa Malaysia yang diangkat dari Johor dan bukan dari Kedah, Kelantan mahupun negeri-negeri lain.

    Wallahualaam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuan Mungkal Deli,

      Banyak info menarik yang tuan utarakan. Diantaranya:

      " Mereka yang tiba ini bermukim lalu bermustautin di Kapar, Klang mahupun Beranang berinteraksi menggunakan “susuk bentuk budaya baru” bahasa rasmi/baku iaitu Bahasa Padang, bahasa persisir (pantai) dan tidak bahasa darat (pendalaman/bukit). Maka di sinilah bermulanya perselisihan pengertian orang Negeri Sembilan dan orang Minangkabau."

      Mungkin di atas fackor inilah yang menyokong dakwaan bahawa dialek Negeri Sembilan adalah dialek asal Minangkabau.

      2. Setahu saya New School Minangkabau tidak termasuk dalam gabungan anak adat dalam sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan.

      Allahualam.







      Padam
    2. Tuan Mungkal Deli,

      Satu lagi perkara saya terlepas pandang.

      " c. “21st century school” bahasa yang dipertuturkan kini."

      Adakah ianya bermaksud bahasa yang dipertuturkan 21st Century School itu mengenai berlaku anjakan dialek Minangkabau Old School @ dialek Negeri Sembilan dengan dialek Negeri Sembilan hari ini?

      Atau pun evolusi kepada dialek Minangkabau sahaja?

      Terima kasih.

      Padam
    3. Salam Ujang,

      Saya kurang jelas akan maksud saudara pada ungkapan, “Mungkin di atas faktor inilah yang menyokong dakwaan bahawa dialek Negeri Sembilan adalah dialek asal Minangkabau.”;

      Pada hemat saya, dialek N9 sememangnya terbit/asalnya dari daerah Minangkabau, iaitu datangnya dari daerah-daerah darat (pendalaman/bukit); terhasil menjadi dialek N9 setelah ia melalui proses menyatu (infuse) mahupun merubah-bentuk (morph/metamorphosis) tatkala merentas zaman di bumi Negeri Sembilan.

      Beginilah, bahasa Minang ada sub-dialek; dimudahkan, katakanlah ada dua sahaja (saya pasti ada beberapa lagi) bagi tujuan perbincangan ini:
      a. Sub-dialek daerah darat (pendalaman/bukit) dan
      b. Sub-dialek daerah persisir (pantai)

      Yang datang ke Rembau pada kurun ke-15 (gelombang pertama) adalah kelompok (a). Bahasa pertuturan mereka saya takrifkan sebagai “old school N9” dan juga serupa dengan “old school Minangkabau”. Pertuturan mereka merupakan sub-dialek daerah darat (pendalaman/bukit) inilah yang menjadi “dasar/asas” bahasa N9 yang terus berkembang sehingga adab ke-21 hari ini.

      Yang datang berikutnya pada lingkungan kurun ke-18 (gelombang kedua) dan menetap di Kapar, Klang, Beranang, dsb., berkemungkinan ramai dari mereka adalah dari kelompok (b). Mereka menutur sub-dialek daerah persisir (pantai). Harus diingat, pada kurun ini, bahasanya adalah dari “new school Minangkabau” yang saya andaikan telah mula menggunakan “bahasa rasmi/baku’ Bahasa Padang.
      Berkemungkinan juga ada yang datang dari daerah darat pada gelombang kedua ini dan masih menutur sub-dialek (b); tetapi “new school Minangkabau” telah mengambil tempat. Wajarlah mereka juga menutur Bahasa Padang.

      Sekali lagi saya tegaskan; maka di sinilah bermulanya perselisihan pengertian orang Negeri Sembilan dan orang Minangkabau, baik dari segi bahasa, budaya, adat resam dsb. Persamaannya jelas, perbezaannya juga nyata. Sama tapi tak serupa.

      Arakian, benarlah kata saudara; “Setahu saya New School Minangkabau tidak termasuk dalam gabungan anak adat dalam sistem Adat Perpatih Negeri Sembilan.”


      Akan persoalan;
      “Adakah ianya bermaksud bahasa yang dipertuturkan 21st Century School itu mengenai berlaku anjakan dialek Minangkabau Old School @ dialek Negeri Sembilan dengan dialek Negeri Sembilan hari ini? Atau pun evolusi kepada dialek Minangkabau sahaja?”

      Evolution is change in heritable traits of biological populations over successive generations. Evolutionary processes give rise to diversity at every level of biological organisation, including the level of species, individual organisms, and at the level of molecular evolution.

      Walaupun definisi di atas langsung tidak menyentuh hal-hal linguistic, budaya, adat resam dsb.nya, kita boleh menyimpulkan bahawa evolusi dialek berlaku pada kedua-dua dialek N9 dan dialek Minangkabau, pada mana, bahasa ini telah bersimpang dan membawa hala-tuju masing-masing.

      Padam
    4. Tuan Mungkal Deli,

      Saya memahami perkara ini dalam dua situasi:

      1. Dialek Negeri Sembilan adalah dialek asal ' Perantau Nusantara ' Gelombang Pertama ( Old School Minangkabau) . Dialek itu tidak mampu dikacau ganggu oleh pengaruh dialek tempatan ( Sakai, Jakun). Dialek generasi Gelombang Pertama itu kekal dalam kedudukkan status quo dan ditururkan oleh penduduk Negeri Sembilan hingga ke hari ini. Tanpa menafikan mesti berlaku sedikit anjakan tetapi tidak melibatkan struktur asasnya.

      2. Dialek Negeri Sembilan asasnya adalah dialek yang dituturkan oleh generasi Gelombang Pertama ( Old School Minangkabau). Bagaimanapun, perjalanan masa yang panjang dan juga pengaruh tempatan menyebabkan berlakunya evolusi dan seterusnya anjakan sehingga wujudlah dialek Negeri Sembilan yang matang pada hari ini.

      Pada mulanya saya meyakini perkara no.2. Bagaimanapun, kerana dipengaruhi oleh banyak info saya mula meyakini perkara no.1.

      Sekarang, saya berpegang kepada yang asal - Perkara No.2

      Terima kasih di atas penerangan tuan.

      Padam
  20. Tuan Mungkal Deli,

    Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala maklumat ilmiah yang saudara kongsikan.

    Insya Allah, saya akan memanjangkan info-info tersebut untuk dikongsikan kepada rakan-rakan ' Group FB Pencinta Adat Perpatih ' saya.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  21. Salam bro,

    Ade sorang pengomen yg memperkotak-katikkan semua org termasuk org minang kecuali bugis. Kalau nak jawab blh le ke http://kluangmanexpress.blogspot.com/2015/05/ada-isu-yang-lebih-besar-dari-1mdb.html?showComment=1432629220290&m=1#c6495866852194261302
    "Nak harap panglima jawa? Melingkup selangor. Nak harap panglima kelantan? Kena LEMpang aje tiap kali pilihanraya. Nak harap panglima minang? Hilang entah kemana.

    BalasPadam
  22. "Kat selangor ni lah tempat ramai segala minang, jawa dan lain2 merempat cari makan. Selangor dah maju sebelum merdeka lagi bawah pemerinthan diraja bugis. Kalau kau rasa hebat sangat, balik negeri masing2 cari makan"

    Boleh baca di
    http://kluangmanexpress.blogspot.com/2015/05/ada-isu-yang-lebih-besar-dari-1mdb.html?showComment=1432628258197&m=1#c2978922649276706999

    BalasPadam
    Balasan
    1. HA HA HA LEKA SANGAT MASALAH SUKU BANGSA DAN KETURUNAN, TAK INGAT KITA SEMUA ANAK CUCU ADAM, ADAM ARTINYA TIADA, TAK INGAT PULAK SUDAH UZUR KAMPUNG HALAMAN ASLI DI NEGERI AKHIRAT TERLUPA, SEKEJAP MASA LAGI KITA SEMUA MATI PULANG KEKAMPUNG ASLI, DAH CUKUP KE SANGU MENGHADAP ILLAHI ROBBI AKAN KENA SOAL KITA SEMUA

      Padam
  23. Oghang Nogoghi nie bangang sobona e! Oghang N9 bkn Minang…asal oghang N9 nie daghi CHAMPA atau Melayu Kampar yg jgak terdapat di Kuantan Sengigi, Riau Sumatera dan dipanggil Melayu Bangkinang.

    Di Champa ketika zaman Nabi Ibrahim AS dahulu, masyarakat bangsa Mala menerima Agama Hanif, Ajaran Ibrahim dan digelar Mala Ur.

    Di zaman yg sama bangsa Mala Kambujawuh atau Kambujawa pula menerima Hindu n Buddha.

    Akibat tekanan hebat dri persekongkolan bangsa Mala Kambujawa, China, Thai n India melalui perperangan dsb, kaum Mala Ur Champa melarikan diri di Sebelah pantai barat semenanjung n sebelah pantai timur Sumatera.

    Jadi oghang N9 bkn berasal dri Sumatera maupun Somonanjung…sobab oghang Sumatera n Somonanjung tu sondighi daghi CHAMPA. Manokalo oghang Minangkabau pulak asal e daghi Funan, bawah Kerajaan Minangga n Kaw Bau…x kono mongono dongan dongeng lago kobau doh.

    BalasPadam
  24. Salam en Ujang,

    Sefaham saya orang Negeri Sembilan ini bercampur-campur sebenarnya. Kalau ikut sejarah kan Yam Tuan di import dari Minangkabau.

    Orang minangkabau zaman dulu pun ada yang landing di Negeri Sembilan dan asimilasi dengan penduduk negeri Sembilan. Ini tak kiralah samada kemudiannya keluarganya mengaku Minangkabau atau tidak.

    Itu tidak termasuk keturunan-keturunan ulama dan pejuang daripada Indonesia dari Jawa, Banjar dan Bugis yang dulu bersembunyi di negeri 9 akibat buruan Belanda di Indonesia ketika itu. Saya dah berjumpa keturunan seperti ini, rakan saya.

    Seorang rakan saya pernah pergi mengikut rombongan kerabat diraja N9 ke Minangkabau Indonesia. Dia mendakwa bahasa Minangkabau dan bahasa Nogori itu memang ada di sana dan adalah dua dialek yg berbeza.

    BalasPadam
  25. Sdr Pak Long,
    Saya memang tercari dakwaan bahawa ada dialek Minang di Sumatera Barat seiras dengan dialek N.Sembilan.
    Pencarian mrlalui you tube setakat ini persamaan yang didakwa itu tidak ketara sangat.

    T.Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. As Salam. Bahasa yang dikatakan sama dengan bahasa nogori di Sumbar tu saya rasa Bahasa Rao. Ada sedikit persamaan mungkin sebab berasal dari daerah yang sama iaitu Sumbar. Asal usul bahasa Rao di masih diperdebatkan. Tapi yang pasti bahasa kita sama dgn bahasa siak...

      Padam
  26. Sdr Ujang kutik:.. Ap yg sy dpt perhati dn membezakan loghat di kaw. Pantai,mantin,beranang,labu adalah menggunakan bahasa asli minang dgn sebutan GH yg tebal tdk seperti kebanyakan pertuturan minang yg menggunakan sebutan R yg tebal..mohon selidik prkara ini..sebaliknya org tua2 di kaw trsebut tdk faham dgn loghat rembau sy..dn seperkara lagi di ipoh ada adat berjojak dn pertuturan mnggunakan bahasa minang trmasuk daerah batangkali dn rawang selangor..ini krn sy tdk buat perbandingan dgn org luar hanya dgn saudara mara di rembau... area mantin,beranang.. dn batangkali,slgor dn ipoh perak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Waghih,

      Terima kasih di atas pengalaman ' on line ' saudara.

      Ianya juga seolah-olah hubungan Minang-N.Sembilan itu sangat hampir, tetapi apabila ingin digapai tidak kesampaian.

      Realitinya, di negara ini menunjukkan susuk Minang Asli dan Orang Negeri Sembilan ditembokkan oleh ego masing-masing.

      Padam
  27. Yang sebenarnya adat itu telah di lupakan.....suku apa pon mereka tidak tahu......mcm saya masih percaya & berpegang pada asal usul & adat minang.....sesiapa yg tidak mengikut adat dia telah terkeluar daripada minangkabau.......

    BalasPadam
  28. Sdra. Ujang,
    Orang NS 'tidakmengaku' sebagai orang Minangkabau adalah kerana beberapa faktor:
    1) Untuk membezakan mereka adalah anak Negeri Sembilan jati berbanding pendatang Minangkabau yang datang kemudian (juga termasuk perbezaan dialek di antara kedua-duanya). Maksudnya di sini ialah bukan bermakna mereka tidak mengaku secara total tetapi secara tersiratnya di hati mereka tetap mengakui mereka ada keturunan dari Minangkabau. Cuma untuk membezakan antara Negeri Sembilan jati dengan pihak Minangkabau (yang datang kemudian) sementelah dialek juga berbaza.
    2) Orang NS memiliki Negeri sendiri iaitu Negeri Sembilan. Kalau ada yang bertanya: Awak dari mana? Awak orang mana? Jawabnya: Saya orang Negeri Sembilan. Tentu logiknya di sini orang NS tidak mengatakan dia orang Minangkabau kerana bukan dari Minagkabau (pada masa ini) yang merujuk kepada Sumatera Barat. Hal ini berbeza dengan orang Jawa, Bugis, yang walaupun majoriti di negeri Johor dan Selangor tetapi mereka tidak mempunyai negeri sendiri dalam maksud sistem adat yang dinegerikan seperti di NS.
    3) Sistem adat yang telah sebati merangkumi masyarakat lalu 'menegeri' di Negeri Sembilan membawa makna bahawa Negeri Sembilan adalah milik mereka yang menjunjung Adat Perpatih di mana suku-suku mewarnai corak kehidupan mereka, membezakan langsung dengan keturunan Minangkabau yang datang kemudian yang berada di luar sistem ini. Jadi timbullah kata-kata: " Saya orang Negeri Sembilan, bukannya orang Minangkabau". Tanyalah orang-orang Negeri sembilan, memang begitulah kata-kata mereka, namun jauh di sudut hati, mereka tetap mengakui bahawa asal-usul keturunan mereka memang berasal dari Minangkabau, Sumatera barat.
    - MAZLAN

    BalasPadam
  29. Tuan Ujang,
    Saya ni bukanlah sejarawan tetapi minat pada sejarah khususnya sejarah N9. Saya suka analisis corak adat, suku dan loghat di N9 dan saya telah merantau ke beberapa daerah di Sumatera (Sumbar dan Riau) utk mencari kesamaan adat, suku dan loghat. Dari catitan2 sejarah dan hypothesis beberapa sejarawan spt d’Eredia, Andaya, Winsted, Slamat Mulyana, T.S.Samad Idris, Prof Norhalim dll saya membuat kesimpulan ringkas spt berikut;

    Fasa I - TM 1200-1400 (pasca Sri Wijaya)
    Selepas runtuh Kerajaan Sri Wijaya di tengah Sumatera telah bangkit kembali Kerajaan2 Melayu. Ketika era ini berlakunya sumpah setia antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Ekspedisi Pamalayu oleh Kerajaan Singhasari mengakibatkan penghijrahan orang Melayu (kategori Melayu ketika ini terdiri dari Melayu Proto spt Jakun,Orang Laut dll dan Melayu Deutro).

    Sebahagian berhijrah ke Timur (Bintan, Temasik, Semenanjung Tanah Melayu) dimana tertubuh Kerajaan Singapura, Kesultanan Melaka, Luak Naning, Rembau, Sungai Ujong, Kelang dsbnya dan sebahagian ke Barat (kawasan hutan dari Jambi hingga pergunungan Andalas). Pada hemat saya ketika era ini Melayu Deutro telah terpencar2 diwilayah yg dikenali sebagai Minangkabau, Kampar, Siak, Rokan, Rao (Rawa), Kerinci dsbnya. Melayu ini dibangsakan mengikut nama wilayahnya dgn sub-etnik mengikut suku2 yg terbentuk mengikut sejarahnya masing2.

    BalasPadam
  30. Fasa II – TM 1400-1700
    Penubuhan Singapura dan Kesultanan Melaka telah menjadikan Semenanjung Tanah Melayu bertambah maju dan kawasan pendalaman khususnya disebelah hulu Melaka (Naning, Rembau, Sungai Ujong, Jelebu, Segamat, Jelai dsbnya mula dibuka oleh Melayu Proto (Semelai, Jakun, Temuan, Temiar dan lain-lain). Mereka ini berfahaman animism tetapi mengamalkan adat matrilineal yg di kenali sebagai Adat Benar. Nama2 Dato’ Batin Mahagalang,Tok Batin Seri Alam, Tok Batin Bercanggai Besi, Tok Batin Seribu Jaya, Tok Batin Skudai dsbnya mula dikenali kerana telah membuka beberapa penempatan didaerah2 yg dinamakan N9 sekarang ini.

    Era inilah yg penting dalam pembentukan sejarah N9 apabila suku bangsa Melayu yg telah dikenali sebagai Minangkabau, Kampar, Siak, Rokan, Rao (Rawa), Kerinci dsbnya mula menyeberangi Selat Melaka ekoran peristiwa2 yg berlaku di Melaka disamping mengembangkan ajaran Islam. Orang Minangkabau yg menjadi perantau itu kebanyakannya adalah dari daerah2 pesisir timur Sumatera spt Payakumbuh, Batu Hampar dll. Saya sebut pesisir timur Sumatera kerana nama Sumatera Barat hanya dikenali pada abad ke 19 setelah Belanda menguasai wilayah tersebut. Nama2 spt Dato Leteh, Dato Lela Balang, Dato Laut Dalam, Tok Seri dikenali sebagai perantau Minangkabau yg dipercayai datang dari daerah yg saya sebutkan diatas. Perantauan mereka ini diikuti juga pengikut yg mendiami sepanjang Sungai Kampar Kiri, Sungai Kampar Kanan, Sungai Siak. Mudik ke N9 melalui Sungai Linggi. Ada juga yang mudik ke Sungai Muar hingga ke Pasir Besar (Johol). Dari pengamatan perjalanan saya didaerah aliran sungai tersebut, loghat bahasa di Payakumbuh,Kampar,Siak dan Rokan (pesisir timur Sumatera) ini hampir sama (spt pertuturan org N9) dan agak berbeza dengan bahasa ‘baku’ Minangkabau yg dipertuturkan di pesisir barat.

    Perantau Minangkabau ini membawa tamadun yg lebih maju dan mungkin kerana Adat Perpatih yg dibawa bersifat matrilineal spt Adat Benar orang tempatan maka tercapai kemuafakatan untuk bersemenda dan waris semenda ini dinamakan suku Biduanda yg mewarisi jawatan Penghulu/Undang. Melalui permuafakatan juga Adat yg diamalkan adalah gabungan antara Adat Perpatih, Adat Benar dan Adat Siak. Suku2 pula dinamakan mengikut daerah asal mereka spt Payakumbuh, Batu Hampar, Sari Lamak, Batu Belang, Mungkal, Simalanggang, Tanah Datar, Tiga Nenek dan Tiga Batur kecuali Anak Acheh dan Anak Melaka sedangkan suku2 perantau Minangkabau, Siak, Rokan dan Kampar itu adalah spt Payobada, Pitopang, Sikumbang, Tanjuang, Guci, Panai, Jambak, Panyalai, Kampai, Bendang, Malayu, Kutianyie, Mandiliang, Sipisang, Mandaliko, Sumagek, Dalimo, Singkuang, Domo,Patopang, Datuk Singo, Datuk Pandak, Ampu, Kuti, Bonuo dan banyak lagi. Daerah atau Luak yg dibuka berkembang dari Naning, Rembau, Sungai Ujung, Johol, Jelebu, Ulu Muar dll.

    Tidak diketahui pula mengapa nama2 suku tersebut tiada yg dinamakan mengikut nama2 daerah di Siak, Kampar dan Rokan. Maka dengan peristiwa inilah pada hemat saya terbentuk identiti orang N9 yg suku dan adatnya tidak lagi semurni spt di Minangkabau, Siak, Kampar atau Rokan.

    BalasPadam
  31. Fasa III – TM 1700 – Pra Merdeka
    Dengan jatuhnya Kesultanan Melaka dan kemudian lemah pula Kesultanan Johor akibat peperangan pada abad ke 18, para Penghulu Luak mencapai kata muafakat untuk menjemput Rajanya sendiri dari Minangkabau (Kerajaan Pagaruyung). Hasrat mereka ini adalah untuk mengimbangi kekuatan Bugis yang telah bertapak di Linggi. Kedatangan Raja2 tersebut dimulai dengan Raja Ibrahim, Raja Kasah, Raja Melewar dan seterusnya membawa sekali pengikut yg ramai. Pada abad ke 19 pula berlaku huru hara (Perang Paderi) di Minangkabau dan peristiwa ini juga mengakibatkan penghijrahan beramai-ramai langsung dari Sumatera Barat, Rao, Mandahiling dll.

    Di era inilah pada hemat saya terdapat perbezaan budaya dan adat perpatih N9 yg telah banyak berubah dengan adat budaya perpatih Minangkabau murni yg asal. Sudah tentu di era ini banyak perbezaan pendapat yg membawa perselisihan antara perantau awal dengan perantau yg terkemudian. Terdapat juga kisah2 berlaku perbalahan antara Raja2 yang dijemput dengan perantau awal khususnya waris Biduanda. Jika dianalisa diabad inilah Mendom, Lenggeng, Mantin, Beranang hinggalah ke Cheras di teroka. Mungkin perbezaan suku dan adat ini membuatkan perantau yg terkemudian membuka penempatan yg baru.

    Kesimpulannya pada pendapat saya sebagai mengulas tulisan Tuan Ujang yang orang N9 memang tidak dapat lari dari identiti Minangkabau kerana Minangkabau itu sinonim dengan Adat Perpatih Dan suku2nya pula adalah nama2 daerah/nagari di Minangkabau. Tetapi oleh kerana Luak2 yg ada di N9 mengamalkan Adat Perpatih dan suku yg berbeza dengan ninik moyangnya maka terbentuklah identiti baru yg lebih bercorak kedaerahan contohnya ‘orang Rembau’ di Rembau, ‘orang Naning’ di Naning, ‘orang Jelebu’ di Jelebu, ‘orang Pilah’ di Kuala Pilah dan orang Minangkabau di Lenggeng dan Beranang. Mungkin pendapat saya tidak tepat tetapi dari analisis dan pengamatan yg saya lakukan dapat membuka minda dan membawa kepada penyatuan dan persamaan.

    BalasPadam
  32. Beraja ke Johor
    Bertali ke Siak
    Bertuan ke Minangkabau

    BalasPadam
  33. Pak Ujang,
    Perbincangan ini sugguh menarik.

    BalasPadam
  34. Pak Ujang,
    Teori kedatangan orng Minang ke NS dan Malaysia amnya belum dapat dirungkai sepenuhnya. Teori dialek Nogoghi berbeza dgn dialek Minang lg lah belum terjawab sepenuhnya. Apa pun usaha Pak Ujang ni den puji. Teruskan!!!

    BalasPadam
  35. Kenapa org Nogoghi tak mengaku Minang, sebabnya dah diulas oleh penulis2 yg lain. Boto lah tu.
    Bukan tak mengaku langsung tp nak membezakan. Atau mungkin sbb ego dan tak berapo ceghodiklah.

    BalasPadam
  36. Pak Ujang,
    Izinkan den menambah sikit apo yg den tau.
    Den org Lenggeng. Di Lenggeng ni dialek kami sgt sama dgn dialek Minang di Sumbar sana. Tp kami tak sebut R, kami GH.
    Den pernah sampai ke kelurahan Bonjol, kabupaten Pesaman, Sumbar, org sana cakap Minang sebijik mcm org kampung den.
    Dorang sebut R, GH. Itulah tempat asal atuk belah mak den. Den syak org Minang di Lenggeng, Beranang adalah asal dari Bonjol yg letaknya belah utara dari Bukittinggi. Berbanding org lain Nogoghi yg dikata berasal dari luak/kabupaten Limo Puluh Koto ( kami pun org Nogoghi gak ).
    Agak pelik yo den, kami di Lenggeng tak dimasuk dlm urusan adat Luak Sg Ujang, dan kami tak mengamal adat Perpatih. Kami takdo buapak, tok lembago...takdo.
    Mukim Lenggeng dlm daerah Seremban dan bersempadan dgn Beranang, Selangor tiada tanah adat. Tiada pewarisan harta belah perempuan, bahkan kami tak tau pun apa suku kami. Walau kami dikatakan fresh Minang. Semua suku yg disebut dlm lagu waris tu bukan suku org asal Lenggeng.
    Mengikut sejarah yg pernah den baco, Lenggeng dikatakan dibuka oleh org Minang yg dtg terus dari Sumatra dan org Minang dari Rembau yg dah lama menetap di Malaya. Sebab itu di Lenggeng ini, lain kg lain la dialek dia. Kg. Daching adalah contoh yg pekat dialek Minangnya. ( Kg ini bersempadan dgn Kg Sesapan Batu Minang, Beranang dlm negeri Selangor, ado satu kg lg dkt area sini namonya Kg Sesapan Batu Rembau, adala berdialek Rombau plak )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr razman este,

      Terima kasih. Info saudara sangat menarik.

      Padam
  37. Org Nogoghi keberatan nak ngaku org Minang mungkin kerana sbb yg agak kompleks dan sensitif mungkin.
    Mereka tak mau dikaitkan dgn Indonesia, mereka tak mau digelar ' org Indon '. Den paham ni...
    Mereka lebih senang dianggap Melayu jati Malaysia. Walau sebenarnya mereka tak nafikan asal usul moyang mereka.( tp tak semualah ).
    Den nak kongsi kata2 yg den dpt dlm youtube, MALAYSIA dan INDONESIA HANYA WUJUD SELEPAS thn 1947 TAPI MINANG SUDAH ADA SEJAK ANAK ITU DALAM PERUT IBUNYA BERATUS TAHUN DULU.
    Renungkanlah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. razman estee,

      Terima kasih. Barangkali ada asasnya.

      Padam
    2. razman estee,

      Terima kasih. Barangkali ada asasnya.

      Padam
  38. Saya agak kecewa dengan komentator di sini yang cenderung merendahkan Ughang Pasisia. Masih untuk kalian, Kami masih mengaku sebagai Minangkabau. Sebenarnya dari segi adat,Bahasa,Gelar,Rumah adat kami berbeda dengan orang darek. Zaman Aceh, Kami Orang Pesisir dilarang mengaku sebagai orang Minangkabau. Tapi kami tidak lupa akan akar rumput. Ughang pasisie itu terbentang dari Muko-Muko sampai Tapaktuan Aceh.

    BalasPadam
  39. Bona, oghang posisia juo oghang Minang, samo yo kito. Sadun sanak. Samo yo Nogoghi Sembilan, lain setek logat eh. Baik di daghek, pasisia mau pun di rantau, oghang Minangkabau totap bosamo dalam kesatuan Minangkabau.

    BalasPadam
  40. Ambo selaku ughang maninjau, agam. Nio mambarikan masukan stek, di tampek ambo bahaso yg dipakai kini alah bacampua, contoh : cako/tadi dengan tadin/tadi. Yg mabedakan cuma bahaso penyampaian se, logatnyo tetap samo.

    Tomy rofario

    BalasPadam
  41. Bilo-bilo, awak nio ka NS tu lah, ka mancaliak ba a kehidupan adaiak dan budayonyo, yg katonyo samo jo nagari awak ko... 😇

    Tomy R

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Tomy R,

      Maaf, saya tidak faham tulisan saudara walaupon seketurunan.

      Padam
    2. Sdr Tomy R,

      Maaf, saya tidak faham tulisan saudara walaupon seketurunan.

      Padam
    3. Maksudnya, kapan-kapan saya mau ke N9 ingin melihat kehidupan adat dan budaya yang katanya sama dengan nagari minang..



      #Salam dari ranah minang

      Padam
  42. Sodap pulak raso eaa baco baso n9 ... tapi tu nak ejo payah bona. Macam mari sini - doreh senia (kalau tak boguru tak dapek sobot e)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr MasKuning Platinum,

      Samo susah walaupon dari akar tunjang yang samo Tuan.....T.Kasih.

      Padam
    2. Sdr MasKuning Platinum,

      Samo susah walaupon dari akar tunjang yang samo Tuan.....T.Kasih.

      Padam
  43. Bilo-bilo den pai ka N9..
    Salam dari rizki, bukittinggi..

    BalasPadam
  44. Assalamualaikum..

    Ayah sey orang n9.. mak minang uluyam..duo2 baso buleh paham (kecuali minang yang dalam2..yang tu kena rujuk mak)..haha..saya tiada masalah untuk bertutur dan memahami kedua2 bahasa..

    best pulak baca entry ni..terbaik tuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikomsalam,

      Terima kasih kerana sudi berkongsi. Hidup Noghoghi/Minang!

      Padam
  45. Mengapa begitu ya.. mungkin Prof Datuk Ahmad Merican dapat menjelaskan, beliau ada menulis buku BATU UBAN, kisah orang minang, Dato Jenaton yg membuka Pulau Pinang. Dato Jenaton adalah pembesar istana yg merantau disebabkan tidak bersetuju dengan adat istana setelah Islam datang ke Sumatera. Keturunan beliau rapat dengan YAM Tuan Besar N9 dan ramai yg berpengaruh pada sekitar 1800 dan abad seterusnya. Antaranya Presiden Pertama Singapura, Yusuf Ishak, Aziz Ishak, Tan Sri Razali Ismail, Tan Sri Anie Arof, Tan Sri Bakri, Tapi tidak semuanya pandai loghat Minang atau N9. Ramai keturunan Jenaton ini berdara dari Perlis, Kelantan hingga ke Singpura serta Brunei.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr akadirz Z,
      Terima kasih di atas info ini. Tidak saya ketahui ada keturunan dari Tanah Minangkabau mengalami ' celaru ' identiti selain orang Negeri Sembilan.
      Terima kasih.

      Padam
  46. https://www.facebook.com/penanglegend/?fref=nf

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..indeed org N9 is Minang..you just can feel it bilo kat area Tanah Datar to Istana Pagar Ruyung..banyak sangat persamaan eh..muko pun samo dgn orang kampund den..samo dengan sepupu sepapat..terkesima dibuek eh..panggilan air angek pun samo..istana Pagar Ruyung pun ado kepuk padi..arwah abah punyo lagu favourite ayam den lapeh pun ado..cak lempong pun ado..

      Padam
  47. Salam..izin mencelah..akak dari N9 suku Tigo Batu atau Tiga Batur..omak abah duo2 suku Tigo Batu..pernah pergi Bkt Tinggi..1st sampai tgk perkataan 'air angek' dah raso banyak persamaan eh..den 110% percayo org N9 berasal dr sana..esp dr area Tanah Datar ke Pagar Ruyung, bahasanya samo..the faces also like people at my kampung, like my nephews n nieces..kepuk padi pun ado kek ngumah den..unexpected istana pun ado kepuk padi..he..he..kat cultural show nyanyi lagu ayam den lapeh..keluar air mato nie coz dr kecik arwah abah suko nyanyi lagu tu..we just can feel that we're indeed Minang..no doubt

    BalasPadam
  48. Kak Watie,

    1. Ibu dan ayah puan sama suku? Benar, ramai orang tidak tahu bahawa ada suku-suku tertentu membenarkan anak suku berkahwin sesama suku. Mungkin di antaranya Suku Tigo Batu. Perlu disemak jika ingin kepastian.

    2. Secara peribadi,saya tidak dapat mengakui kehampiran dialek N.Sembilan menyamai dialek versi lagu ayam den lapeh. Saya berpendapat dialek Minang seperti dlm lagu payakumbuh dan hatta lagu Rao (Sekondakhati) lebih hampir dengan dialek Negeri Sembilan berbanding dialek Minang Padang/Baku.Wallahualam.

    BalasPadam
  49. Assalam..izinkan juo den mencolah..aruah omak dulu maso den kocik2 ..ponah ngobar an atok eh dulu datang daghi daerah Pagar Ruyung (darek)..keturunan luak kato eh..kalau hidup laie umur omak den +- 90 tahun..makno eh onyang den ni adalah gelombang kedua dari Sumbar iaitu ujung abad ke19 atau awal abab 20an..dan bonarlah proses assimilasi dongan budaya setompat tolah menyobabkan warigh keturunan darek ini berubah menjadi Orang N9..walau bagaimanapun didalam sokelumit hati kecil ini masih laie mengaku eden orang minang.

    BalasPadam
  50. Di Batusangka pun masih banyak nan makai akhiran O bontuak di nagori sambilan. Dialek nan banyak dipakai ughang minang kini umumnyo dialek padang/pasisia. Mungkin dunsanak bisa bakunjuang ka Batusangka untuak mambuktiannyo..

    BalasPadam
  51. Wahai para penulis, Sejarah ya sejarah, fakta ya fakta, dan... perkembangan jaman ya perkembangan... JANGAN CAMPURADUKAN sejarah-fakta dengan perubahan jaman, DAN... JANGAN KABURKAN SEJARAH - FAKTA dengan PANDANGAN ORANG SEKARANG... SEMUA LETERATUR, SEMUA CATATAN SEJARAH SUDAH SEPAKAT DAN TIDAK ADA BANTAHAN BAHWA SEJARAH NEGERI SEMBILAN YA MINANGKABAU. JIKA SAAT INI GENERASI MUDA BICARA BAHWA MEREKA TIDAK MERASA SAMA DENGAN ORANG MINANGKABAU YA WAJAR SAJA DAN TIDAK SALAH, TAPI BUKAN BERARTI MEREKA HARUS MEMBUANG SEJARAH-FAKTA MASA LALU. BAHKAN TUANKU JA'FAR YANG DIPERTUAN AGUNG MALAYSIA DAHULU "MENGAKUI DIRINYA ADALAH TURUNAN LANGSUNG RAJA-RAJA PAGARUYUNG (MINANGKABAU). JADI HATI-HATI MENULIS .... KALAU BICARA PERKEMBANGAN JAMAN YA SILAHKAN, ADALAH HAK BAGI ORANG-ORANG NEGERI SEMBILAN GENERASI YANG SEKARANG UNTUK MENYATAKAN BAHWA MEREKA TIDAK ADA KAITAN DENGAN MINANGKABAU ATAU MEREKA BUKAN TURUNAN MINANGKABAU, TAPI... TIDAK DAPAT DIBANTAH BAHWA NEGERI SEMBILAN DAHULUNYA ADALAH RANTAU MINANGKABAU DAN RAJA-RAJA NEGERI SEMBILAN DAHULU DIKIRIM LANGSUNG DARI PAGARUYUNG, HINGGA KETURUNANNYA SAMPAI JAMAN MODERN YAITU TUANKU JA'FAR BIN TUANKU ABDUL RAHMAN ASLI TURUNAN RAJA PAGARUYUNG. SALAM

    BalasPadam
  52. Tanpa nama 25 Jan 2016, betul apa yg anda tulis, memang benar.
    Tp maafkan la mana yg tersilap tu, kerana kami ni bukannya pakar sejarah.

    BalasPadam
  53. selagi Gunuang Marapi masih kokoh berdiri, nan aden tetap mangaku MINANGKABAU. walau gadang di wilayah Pasisia Piaman Lawah(kab.padang pariaman). memang benar bagi dunsanak yang di Negeri Sembilan generasi sekarang indak ado kaitan atau bukan turunan MINANGKABAU, indak dapek dibantah Negeri Sembilan adalah rantau MINANGKABAU juo...
    (setuju sma yg diatas)

    Salam dari kaki Gunuang Singgalang

    BalasPadam
  54. Kalau tak mengaku asal usul payah la cerito eh...apo nak dirisaukan...apo pun suku kaum eh, asal kito totap dari yang satu...kalau org minang kuek ngan adat, ini bermakno kuek jugak pogangan ugamo eh...walaupun kito dah berkahwin campur, namun orang minang berjaso bosa dalam membangunkan kawasan yg sememang eh takdo sapo nak duduk kek n9 ni dulu...sapo yang mengangkek org asli ni sehinggo jadi pombasar ni n9 ni?...ini satu perjuangan yg bosa mengislamkan org pribumi di nogori ini...jgn malu nak mengaku asal usul sendiri...gagalnyo kito hari ni sobab kito lupo pado asal usul kito...keturunan minangkabau ni banyak membuko penompatan di malaysia ni...hampir semuo negori ado...keturunan maharaja perba jelai di pahang...keturunan megat terawis di perak...keturunan dato janaton di penang...keturunan dato godam di sarawak...keturunan awang alak bertatar di brunei...dan di kuala lumpur sendiri ada ramai...mereka membina peradapan bangsa...ibarat pepatah..mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung...kerana pepatah ni menyebabkan orang melayu minang larut dalam kelompok masyarakat yang didiaminya...mereka guna pakai adat dan cara tempat yang mereka duduki...tetapi berlaianan di n9, mereka bangunkan cara tersendiri kerana di n9 adalah penempatan org pribumi yang tidak mempunyai sistem pentadbiran yang sesuai sebelum ini. Kerana menghormati penempatan baru ini, maka ketotokan minangkabaunya dikurangkan sebagai contoh, atap rumah dikurangkan bergonjongnya seperti yang kita lihat hari ini...kalau kita tanya orang di negeri lain, mereka biasa mengatakan orang n9 ni adalah org minang...jadi org luar lebih tahu asal usul org n9 berbanding org n9 sendiri...perlu di ingat...bukan semuo org n9 ni adalah org minang...tapi sebahagian besarnya adalah org minang yang berhijrah dari sumatera barat...adalah tidak baik untuk merasa gah dan bangga dgn keturunan...tetapi alangkah tidak baiknya jika kita malu mengaku akan keturunan leluhur kita...

    BalasPadam
  55. Dialek bukan penentu pada keturunan...ia mengikut kesesuaian pada tempat dan keadaan...perubahan dialek biasa berlaku...lagi pun sudah ratusan tahun...tetapi pada asasnya dialek n9 & minangkabau masih sama...org n9 kebanyakkan datang dari luak 50 kota atau luak nan bongsu di minangkabau...perbatasan luak ni dah berhampiran rengan riau/siak/kampar dan lain2...

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."