Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 3 Jun 2014

MENGENAI SOLAT


Tengah hari tadi saya makan Nasi Padang di Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor. Nasi Padang di restoran yang diuruskan oleh keluarga Minang yang pekat dialek Minang dan keterampilan Minang mereka itu sedap. Saya memilih masakan Padang rendang limpa, bergedil, pucuk ubi masak lemak dan semestinya menu wajib sambal cili hijau.

Namun, setelah dapat menikmati keenakan Nasi Padang Tanjung Malim pada bulan lepas, selera saya mengatakan bahawa setakat ini masakan Nasi Padang Tanjung Malim itu masih belum ada lawan yang sesuai lagi berdasarkan mana-mana masakan Nasi Padang yang pernah saya rasa.

Selepas makan saya singgah solat zuhur di Masjid Al-Ridhwan yang jaraknya lebih kurang 1 kilometer dari Zoo Negara dalam perjalanan ke Ampang. Ketika sampai di masjid itu jumaah baru selesai menunaikan solat zuhur. Saya menunaikan solat fardhu zuhur berimamkan seorang anak muda pada rakaat kedua. Beberapa ketika kemudian datang tiga orang jumaah lagi berimamkan anak muda itu. 

Usai solat saya duduk berehat sebentar di beranda masjid yang turut terdapat sebuah sekolah tahfiz di dalam kawasan masjid. Di satu papan kenyataan saya terlihat salinan foto mengenai kedudukkan jari kaki yang sebetulnya ketika sujud dalam solat. Salinan foto itu ditandatangani oleh Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz. Saya paparkan salinan foto tersebut untuk panduan bersama.  

CARA YANG BETUL - Jari Kaki Dilentikkan Ke Dalam

CARA SALAH - Jari Kaki Dilentikkan Ke Luar

CARA SALAH - Jari Kaki Tidak Dilentikkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."