Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 8 Ogos 2014

PUASA ENAM

Pada 8 Syawal saya bertanya kepada seorang rakan sekerja yang berusia lebih muda mengenai jumlah hari puasa sunat 6 hari yang telah dilaksanakannya. Beliau menjawab, " Sudah habis". Saya kagum. Beliau hebat.

Ketika zaman anak-anak saya juga kagum dan hairan dengan kebolehan dan kecekalan golongan dewasa atau warga emas yang telah memulakan puasa sunat enam hari seawal 2 Syawal. Ketika itu kanak-kanak di kampong masih ke hulu ke hilir berhari raya mengumpul duit raya untuk menonton wayang di pekan.

Jujurnya, seperti kebanyakkan orang lain, saya juga saban tahun berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Pun demikian, amalan puasa sunat saya tidak boleh dibanggakan sangat kerana kebiasaannya saya adalah ' lambat panas ' dan dari kelompok yang melunaskan puasa enam pada saat-saat akhir.

Bagaimanapun, tahun ini saya memperolehi kekuatan dalaman yang agak luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya. Saya telah memulakan pacuan lebih awal dan momentumnya seperti tidak dapat disekat-sekat lagi. Insya Allah jika tidak ada halangan di luar jangka, puasa sunat enam hari saya tahun ini akan selesai di sekitar pertengahan bulan Syawal 1435H.
 
 ' Kejayaan ' saya menunaikan puasa sunat enam hari selepas berpuasa wajib pada bulan Ramadhan sebelum ini dan insya Allah pada tahun ini adalah dirangsang oleh ganjaran yang ditawarkan iaitu " Seperti berpuasa sepanjang tahun dengan nisbah simple arithmetic ; Ganjaran Puasa Ramadhan = 10 bulan + Ganjaran Puasa Sunat 6 Hari Syawal = 2 bulan = 12 BULAN.

Saya menyedari bahawa ada batas-batas tertentu kepada kalangan yang tidak mahir dalam ilmu agama menyampaikan hukum-hakam agama seperti hadis dan ayat-ayat suci Al-Quran kepada pihak lain. Sedemikian, saya tidak berani memaparkan nas-nas mengenainya walaupun saya tahu sebanyak sedikit akan nas-nas tersebut melalu pembacaan dan kuliah-kuliah agama yang dihadiri. Saya yakin semua orang tahu kelebihan puasa enam.

Hari ini 12 Syawal. Ada lagi 17 hari . Masih ' banyak ' masa lagi. Biar lambat tetapi ' join the club '. Jangan tak buat!

Wallahualam.



 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."