Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 3 September 2014

MENDENGAR NYANYI RIMBA DI KG. MUNGKAL, N.SEMBILAN




Saya rakam ' nyanyi rimba ' ini di satu pagi di Kampung Mungkal, Kota, Rembau Negeri Sembilan. 

Kampung Mungkal adalah sebuah kampung kecil yang terletak lebih kurang 4 - 5 kilometer dari Pekan Kota. Kira-kira 2-3 kilometer dari kampung saya. 

Saya mengagak terdapat di sekitar paling maksima 15 buah rumah penduduk di kampung ini..  Kebanyakkan rumah penduduknya cantik dan halaman rumah yang bersih. 

Kampung ini adalah di antara beberapa buah kampung yang terletak betul-betul di kaki Gunung Datuk (Gunung Rembau). Sebatang anak sungai yang mengalir dari kaki gunung merentas kampung ini. Airnya jernih, bersih dan dingin. 

Kampung ini berada di dalam DUN Kota dan Parlimen Rembau.

Di hujung jalan kampung kecil ini diusahakan kilang air mineral jenama ' EDEN'. Kilang yang terletak di hujung kampung itu akrab dengan persekitaran alam semula jadi - hutan rimba yang menghijau, dingin, segar dan nyanyian warga rimba. 

Saya sendiri tidak mengetahui jenis warga rimba sebenar yang 'menyanyikan' lagu rimba itu. Saya cuma diberitahu bahawa di antaranya ialah bunyi ungka, iaitu sejenis haiwan dari kumpulan monyet.

Di antara pengunjung hobi lasak meredah rimba di kaki gunung
Catatan ini ingin memberitahu pembaca bahawa suasana bunyi warga rimba di hutan belantara masih boleh didengar dari pinggir beberapa buah kampung di daerah Rembau, Negeri Sembilan. Kampung-kampung tersebut pula tidak terletak di lokasi yang terlalu pedalaman. Kampung-kampung tersebut walaupun kampung tradisional tetapi telah dilengkapkan dengan infrastruktur secukupnya - bekalan letrik, air, jalan bertar dan kebanyakkan penduduknya mempunyai kenderaan sendiri samada kereta atau motorsikal. 

Jika anda penggiat hobi lasak, cuba-cubalah mendaki Gunung Datuk. Gunung Datuk yang dihiasi dengan kisah-kisah sisi misteri adalah tarikan kawasan ini yang berjaya menggamit ramai pengunjung termasuk dari luar. Anda akan dapat menikmati aura rimba sebaik sahaja menjejak kampung-kampung sekitar termasuk Kg. Mungkal yang dikisahkan dalam catatan ini.    . 

4 ulasan:


  1. Nyanyian rimba... nyanyian alam... tuan melakukan yg terbaik... selain dari mengungkapnya lewat penulisan, merakamnya sebegini lebih mendekatkan... yg penting, tuan juga sudah pandai menggunakan youtube utk berkongsi perasaan kecintaan kepada alam ... kenangan masa lalu yg hampir dilupakan... syabas!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr Azam,

      Terima kasih. Kalau saya masih muda saya akan belajar dari tuan untuk menulis puisi yang baik.

      Saya mengikuti puisi-puisi saudara.

      Padam
  2. Haha.... malangnya. .. kita sudah sama2 tua, tapipun usia bukan nokhtah untuk belajar ttg kehidupan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seorang penyair seperti tuan begitu mudah meluahkan, menyatakan, mengkritik ....segala sesuatu sesuka hati dan mendapat kepuasan peribadi kerana dianugerah kemahiran berpuisi.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."