Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Jumaat, 14 November 2014

PENDATANG ASING

Busungkan dada engkau, bujang
Perlihatkan tanda engkau lelaki
Jangan takut tanah akan merah
Satu hilang, kedua terbilang
Sebelum ajal berpantang mati
Namun di dalam kebenaran
Biar dipancung leher putus
Setapak jangan engkau surut
          (Nordin Selat, Teromba)


Dikatakan bahawa lebih 6 juta warga asing berkongsi rezeki dan bersinggung bahu dengan penduduk tempatan di negara ini. Bandingkan, etnik India di negara ini cuma berjumlah 2 juta orang dan etnik Cina  di sekitar 7 juta orang .

Namun, andainya angka tersebut tidak benar sekalipun, kita telah lama menderita dengan lahar kehadiran pendatang asing di negara ini.

Mereka, samada pendatang melalui saluran yang betul atau PATI mudah dikenali. Mereka berada di kalangan kita. Mereka tidak menyuruk di dalam gua, pulau atau hutan belantara.

Orang awam boleh melihat mereka. Sayangnya, pihak tertentu yang diamanahkan oleh negara tidak nampak langsung kelibat mereka. Mereka umpama halimunan di sudut mata pihak itu.

Walaupun kehadiran pendatang asing ke negara ini telah sampai ke tahap yang mengerikan, tiada sesiapa memperdulikannya. Hatta, parti-parti politik pun terlepas pandang. Parti-parti siasah sibuk bercakaran sesama sendiri sepanjang masa dan terlupa bahawa ' musuh ' yang nyata telah menjadi dinosur. 

Sehubungan ini, kita, rakyat biasa, juga seperti telah termakan dengan persepsi jahat mengapa kehadiran pendatang asing menjadi tidak terkawal.

Ces!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."