Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Ahad, 21 Disember 2014

ANJUNG MASJID

MASJID UBUDIAH

Saya telah menulis dalam whatsApp Ahlli Jemaah Masjid mengenai seorang lelaki tua yang menjadikan anjung masjid kami tempat bermalam. Jika pembaca sudi mengetahui senarionya silalah baca 'entry' ini.

=======================================================================

SUFFAH : (أهل الصفة ) Iaitu sekumpulan lelaki dari kalangan Sahabat Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam yang tinggal di suatu sudut di dalam Masjid Madinah.

Apabila ditanya kepada Ibnu Taimiyyah tentang siapakah Ahli Suffah, maka Ibnu Taimiyyah menjawab:  

" Adapun Ahli Suffah itu dinisbahkan kepada sekumpulan sahabat Rasulullah sollallaahu alaihi sallam yang tinggal di hujung Masjid Madinah. 

Mereka adalah orang-orang miskin yang tidak mempunyai keluarga dan tempat tinggal. Pada peringkat awalnya mereka semua dari kalangan yang berhijrah dari Mekah.  Mereka itu berjumlah lebih dari 400 orang. 

Mereka hanya bekerja untuk menampung kehidupan. Kadang-kadang mereka diberi bantuan dari harta baitulmal dan kadang-kala dari kalangan orang-orang soleh.

Mereka itu tidak terlalu dikenali oleh orang ramai dan tidak mengganggu orang lain, bahkan mereka sering disangka sebagai orang yang kaya raya kerana tidak bekerja dan tidak pula mereka itu meminta-minta walaupun kelaparan."

Ini kisah benar di masjid kita, Masjid Ubudiah:

Saya mengagak mungkin ada di antara saudara telah mengetahui/menyedari mengenai seorang Ahli Jemaah Masjid Ubudiah yang menjalani kehidupan ala-ala Ahli Suffah.

Saya tidak terlalu pasti samada lelaki tua itu sememangnya bermalam di masjid. Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman melihat dia membentang tikar dan memegang sebiji bantal apabila kebanyakkan jumaah telah meninggalkan masjid selepas solat Isyak, berat hati saya mengatakan bahawa lelaki tua itu (mungkin berketurunan India atau Rohingya atau Bangla) menjadikan anjung Masjid Ubudiah sebagai tempatnya bermalam.

Lelaki tua itu sentiasa berpakaian kemas, mengamalkan solat berjumaah, air mukanya tenang dan jernih, tidak meminta-minta, pembersih dan berdisiplin.

Justeru itu, kehadirannya di anjung Masjid Ubudiah tidak disedari oleh kebanyakkan jumaah lain kerana tidak ada kesan.

Saya sendiri tidak mengetahui latar belakang lelaki tua itu. Adakah dia menetap di kawasan perumahan sekitar MU dan cuma bermalam di anjung MU untuk memudahkannya menunaikan solat berjumaah?

Atau, dia tidak mempunyai keluarga dan tempat tinggal?

Siapa pun lelaki tua itu, semoga tidak ada sesiapa yang akan menganiayanya kerana  menggunakan anjung masjid pada sebelah malam sebagai tempat berteduh, bermalam dan beribadat.

======================================================================
MAKLUMBALAS/ULASAN JEMAAH MASJID:

(1)Maklumbalas dari Sdr ahli jemaah masjid:

Salam,utk pengetahuan hj, orng yg. hj maksudkan dia orng rohingya duduk sekitar masjid, memang dia bermalam dimasjid kerana setahu saya keluarganya tidak ambil peduli halnya.

( 2) [21/12 11:30 AM]

Sdr chemantoi@mkasim,
Waalaikomsalam. Terima kasih.

(3) Ulasan dari ahli jumaah lain.[21/12 11:33 AM] ‪‬:

Alhamdulillah.. orang yg bercirikan mcm tu, biarkan dia bermalam di Masjid.. dia pandai jaga dirinya dan tidak mengganggu orang lain.. semoga Allah merahmatinya.. Jika jemaah ada cadangan apa2 utk kebaikan bagi membantu beliau..elok dibincangkan..






Nota:
1. Artikal mengenai Ahli Suffah saya perolehi dari carian dalam blog rakan blogger. Malangnya saya tetlupa nama blog itu untuk dinyatakan dalam catatan ini.

2. Selainnya adalah catatan dan pengalaman saya.




2 ulasan:

  1. Sejuk hati membaca komen dari jemaah masjid. Penuh sifat ihsan. Malangnya masjid di tempat saya tidak begitu sesetengah jemaah nya. Anak anak yang menggunakanmasjid untuk mengulangkaji pelajaran pun dihambat keluar atas alasan ilmu dunia tidak sesuai dlm mesjid. Apakah????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr/i Tanpa Nama,

      Sebentar tadi usai solat subuh dia beredar. Saya agak dia pergi ke tempat biasa dia duduk.

      Saya pergi ke tempat biasanya untuk beri duit sarapan pagi (setelah mengetahui latar belakangnya). Bagaimanapun, dia tiada di situ.

      Allah yang Maha Mengetahui.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."