Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 13 Januari 2015

KITA SAKIT HATI



Tanpa menafikan bahawa ada di kalangan jemaah (Melayu) beragama Islam sendiri tidak bersetuju dengan sesetengah teks khutbah Jumaat yang pada pendapat mereka ada kalanya terlalu rigid, saya percaya jemaah beragama Islam merentas bangsa dan fahaman politik di negara ini sangat-sangat tersinggung dengan tuduhan seperti yang dipaparkan di atas ( jika benar ) oleh seorang warga negara yang bukan berbangsa Melayu dan bukan beragama Islam .

Saya percaya majoriti rakan kita yang bukan Islam juga tidak suka rakan seagama mereka mengacau ganggu urusan ibadat kita.

Tuduhan itu ( jika benar) membawa maksud lebih kurang ' Jakim mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya, jika serius mahu membanteras ekstremisme di Malaysia '.
Apa bendanya mempromosikan tindakan melampau (agama) jika pada kebanyakkan khutbah Jumaat sebahagian besar jemaah khususnya di kampong-kampong lena di ulit mimpi kerana ada di antara tajuk khutbah tidak mampu menaikkan ghairah mereka untuk mengikutinya hingga selesai. Atau mungkin juga jemaah solat Jumaat di negara ini suka tidur semasa khutbah dibacakan!

Saya sangat yakin bahawa seorang khatib yang berani menyelitkan bait-bait catatan sastera yang bukan untuk difahami secara literal seperti ' Busungkan Dada Engkau, Bujang " dalam khutbahnya mengenai kekejaman Yahudi di Palestin sekalipun mungkin akan menghadapi kesukaran untuk bersoal jawab dengan pihak berkuasa agama.

Begitulah santun dan harmoninya teks khutbah Jumaat kita.

Kita hairan bagaimana penuduh mendapat maklumat sehingga dengan beraninya membuat tuduhan ?

Adakah mungkin dia menyamar sebagai seorang Islam dan berpura-pura melakukan solat Jumaat bersama jemaah Islam yang lain? Kalau inilah keadaannya, penuduh mungkin mendengar teks khutbah bukan keluaran pihak berkuasa yang dibaca oleh khatib secara gelap atau tanpa kebenaran.

Insiden ini lebih teruk lagi dari kacau ganggu oleh jiran sebelah. Mana mungkin jiran sebelah mengarahkan kita buat itu, buat ini, jangan buat itu, jangan buat ini...  Itu jiran yang tidak baik!


4 ulasan:

  1. ujang kutik,

    Lebih pedih lagi melihat ada orang islam Malaysia sendiri yang mempetahankan dan menyokong akan tuduhan dan provokasi ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr theolrascal,

      Kita hilang pedoman. Tidak jelas arah mana yg hendak dituju sehingga luahan menjadi klise dan tidak ada penyelesaian.

      Padam
  2. Saya tertanya juga, betul ke dia yang bagi statemen tu atau ada orang hack tweets beliau? Macam mana dia kata Jakim promoting extremism every Friday....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Perkara ini dlm siasatan pihak berkuasa.

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."