Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Rabu, 15 April 2015

LOGHAT NEGERI SEMBILAN ADALAH BAHASA ASLI MINANGKABAU?

Seorang pengunjung blog saya pada 4 November 2014 yang menamakan diri beliau MAZLAN melontarkan pendapat mengenai kebarangkalian Bahasa Asli Minangkabau itu menyerupai loghat Negeri Sembilan. Sila ikuti:

 
TEORI BAHASA ASLI MINANGKABAU OLEH PELAWAT BLOG BERNAMA ENCIK MAZLAN (4/11/14)

Saya berterima kasih atas respon Sdr Catra terhadap pendapat saya berkenaan teori bahasa asli Minangkabau. Beliau juga tidak menafikan bahawa terdapatnya “ pergeseran dari darek ke pasisia” yang menyebabkan “ baso pun alah dapek pengaruh pasisia”. Pasisia (pesisir) yang beliau maksudkan adalah Pariaman, Padang dll.

Darek (darat) yang beliau maksudkan ialah Payakumbuh, Bukit Tinggi dan Tanah Datar (Luhak Nan Tigo).

Berdasarkan kenyataan ini, beberepa perkara boleh dirumus:

1)      Baso di darek adalah berlainan dari segi penyebutannya berbanding di pasisia. ( Contoh: penyebutan O-A, GH-R)

2)      Asal baso Minangkabau itu ialah (sepatutnya) di darek.

3)      Asal Orang Minangkabau Negeri Sembilan adalah dari Darek.

4)      Baso pasisia (Padang) adalah baso yang telah menerima perubahan akibat ‘ pergeseran’ tersebut.

5)      Pasisia terletak di sepanjang pantai barat Sumatera terdedah dengan pengaruh (mungkin) pedagang-pedagang dari Jawa, Arab dan India menyebabkan pengaruh bahasa juga terkena tempiasnya.

Selain daripada factor-faktor di atas, saya juga ada pengalaman peribadi yang boleh membawa kepada kuatnya hujah ini. Pada tahun 1993 ketika masih remaja, saya berpeluang mengikut pakcik saya buat pertama kalinya ke Sumbar telah pergi ke sebuah perkampungan di Daerah Solok, pedalaman Sumbar. Kampungnya saya tidak ingat apa namanya. Tapi seingat saya ia terletak berdekatan Pekan Muaro Labuh di Kecamatan Sungai Pagu.

Bermalam di situ 3 hari 3 malam di sebuah perkampungan di tengah-tengah sawah yang luas. Tahukah saudara ku Ujang, orang-orang tua di situ termasuk seorang amak (nenek) yang menurut perhitungan ku umurnya lebih seratus tahun bertanyaku: “ Daghi mano anak ko?” Ughang jaualah tibo” dan lain-lain yang penyebutunnya tiada langsung berbunyi R yang tebal.

Timbul pertanyaan: Sekiranya dengan usia Amak (nenek) tersebut dengan penyebutan tersebut dan beliau juga orang asal di situ, adakah seratus tahun dahulu, penyebutan ‘ GH ’ itu merupakan bahasa asal Minangkabau?

Oleh itu, pendapat saya: “ Berat kemungkinan bahawa bahasa asal Minangkabau itu menyerupai loghat Negeri Sembilan ada asasnya. Semoga dapat kita fikirkan bersama.
 
MAZLAN

5 ulasan:

  1. Menarik tetapi saya masih lagi memikirkan bahasa apakah yg diucapkan oleh orang N9 sebelum kedatangan orang Minang ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti yang kita pernah bincangkan, tiadakah Melayu langsung di Negeri Sembilan sebelum kedatangan perantau Minangkabau?

      Padam
  2. terbelit lidah nak menyebutnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dialek Minang bukan orang Kulim tak faham, Orang Negeri Sembilan pon tak berapa faham puan.

      Padam
  3. nek moyang den asal org minang pure kt padang.bolah mano toboh eih den xtahu. mcm den den bercampur darah antara suku mcm suku acheh+suku mungkal+suku solomak pahang+suku biduanda lela maharajo+cino. org nengok den pun xcayo den ni melayu sobab goman ado cha ya nu alif sikit .mmg xsamo la mcm minang yang asal sbb dh byk sgt mix. Apopun den ngaku den org minangkabau dan sayang noghori sembilan. kuala pilah my home

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."