Pengikut
Assalamualaikom
Selasa, 31 Mei 2011
fc barcelona dan cucu thariq bin ziyad
Awal pagi 29 Mei, 2011, penduduk bumi menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala Juara-Juara Eropah (UEFA) di antara kelab bolasepak terkemuka, FC Barcelona dan Manchester United, dari negara ‘pandai bola’ Sepanyol (Andalusia) dan England.
Fantastik, itulah satu-satunya perkataan yang terfikir oleh saya untuk menggambarkan corak permainan Juara Liga Andalusia 2011, FC Barcelona. Kaedah permainan hantaran pendek, pantas dan kemahiran individu yang tinggi amat menarik dan menghiburkan.
Penduduk bumi disajikan dengan satu seni permainan bolasepak yang mengasyikkan dan memukau. Setiap gerakan dan hantaran bola umpama irama dari orkestra klasik; harmoni, bersahaja, santai dan diterajui oleh pemain yang berasal dari Argentina, Lionel Messi.
Sebelum ini, corak permainan sedemikian cuma wujud di minda fantasi peminat bolasepak sahaja. Bumi dan seisinya yang siuman, termasuk peminat tegar Manchester United, sejujurnya akur dengan kemenangan dan kehebatan FC Barcelona.
Jelas, Manchester United bukan lawan FC Barcelona. Seperti yang diketahui, Barcelona FC telah memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 3 – 1.
Justeru itu, Manchester United tidak perlu merasa terhina dan aib kerana pasukan yang mereka tentang pada ghalibnya tidak akan dikalahkan oleh mana-mana pasukan berstatus kelab di atas muka bumi ini. Lawan mereka seperti didatangkan dari planet lain.
Sehubungan ini, sesiapa pun yang bukan penyokong fanatik Manchester United mudah menempatkan diri di kalangan jutaan penduduk bumi sebagai ‘peminat instant’ FC Barcelona. Seperti mereka, saya juga gembira dan seronok.
Bagaimanapun, setelah membelek gambar dan biodata beberapa orang pegawai dan pemain FC Barcelona di kalangan anak jati Andalusia, antaranya, Pengurus Pasukan, Pep Guardiola; Midfielder, Xavi Hernandez; Midfielder, Andres Iniesta dan Defender, Gerard Pique, hati saya terusik.
Walaupun tanpa bantuan pakar forensik, pada alis dan wajah mereka masih terlihat sisa-sisa keturunan Islam Afrika Utara (Arab) yang tidak dapat disembunyikan.
Mungkin mereka adalah dari keturunan yang telah memerintah bumi Andalusia selama 800 tahun, dari 711 Masehi, hingga jatuhnya kota terakhir Kerajaan Islam Andalusia di Granada pada tahun 1492 Masehi.
Setelah Granada jatuh kepada pihak Kristian pada tahun 1492 Masehi, Orang Islam telah diberi kata dua, “ Masuk Kristian atau keluar dari Bumi Andalusia (Sepanyol).” Maka bermulalah ‘moment’ yang menyedihkan, kerana selepas itu berlaku gejala murtad yang tiada taranya di dalam sejarah di kalangan mereka yang enggan meninggalkan bumi Andalusia. Mereka cerdik; lelakinya kacak, hidung mancung; wanitanya cantik, hidung mancung, kulit gebu dan putih melepak, ada yang bermata biru, ada yang bermata hijau dan ada yang bermata galak.
Kejatuhan Granada juga adalah bermulanya era kegelapan Orang Islam. Sepanyol, Portugal, England dan Peranchis mula menjajah negara-negara lain termasuk yang penduduknya berugama Islam, satu demi satu, dari Afrika Utara ke seluruh Afrika, ke Benua Kecil India, Ke Asia , Asia Tenggara dan hampir ke seluruh pelusuk dunia.
Kalaulah Islam masih bertapak di Sepanyol atau pihak Kristian tidak memaksa Orang Islam menjadi murtad kerana enggan meninggalkan bumi Andalusia, siapakah agaknya Guardiola, Xavi Hernandez, Andres Iniesta , Gerard Pique dan lain-lain lagi?
Mungkin ada di antara mereka yang namanya mengambil sempena nama moyang mereka, ‘Thariq bin Ziyad, Si Penakluk Daratan Eropah’. Maaf, ini fantasi saya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Saudara UjangKutik,
BalasPadam"Kalaulah Islam masih bertapak di Sepanyol atau pihak Kristian tidak memaksa orang Islam menjadi murtad kerana enggan meninggalkan bumi Andalusia, siapakah agaknya.........'
Mungkin mereka menjadi pejuang Islam sejati.....
Mungkin, kerana tamadun mereka adunan timur (Arab) dan Eropah.TK,
BalasPadamSaudara UjangKutik,
BalasPadamSaya teringat salah seorang pemain kebangsaan Algeria yang mewakili negaranya ke pertandingan bolasepak dunia peringkat akhir tahun 1982. Tak ingat pula namanya. Beliau telah dipenjara kerana berjuang atas nama Islam di negara beliau sendiri.