Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Khamis, 7 Julai 2011

mersing, aku datang lagi (Part One)



Ketika catatan ini ditulis, saya masih lagi di Mersing, Johor, 400 kilometer dari intaian isteri dan anak-anak di Ampang, Selangor. Secara terpaksa mereka membenarkan saya meredah penjuru alam demi melayan karenah hidup yang tidak pernah usai. Kononnya, untuk kelangsungan hidup keluarga.

Laluan mengejar horizon kehidupan tidak ada perhentian untuk disinggahi. Ada masanya kita berlari, berjalan, merangkak dan ada juga ketikanya kita mungkin dipapah.

Terbang dan berlarilah untuk hari esok.


Bersendirian dan ‘bebas’ di tempat yang jauh dari keluarga dan kenalan kadang-kadang mengujakan dan ada kalanya sebaliknya. Tiada mata yang memerhati dan mengambil tahu hal kita.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Mersing dengan menaiki kenderaan rakan sekerja mengambil masa lebih kurang lima jam. Tempoh perjalanan yang jauh tidak terlalu dirasakan kerana kami asyik berbual di sepanjang perjalanan. Namun demikian, saya sempat juga terlelap seketika dalam perjalanan di antara Bandar Keluang ke pekan kecil Kahang.

Sebenarnya, tiada pemandangan yang menarik di sepanjang perjalanan ke Mersing. Hampir keseluruhan kawasan yang dilalui adalah hamparan hijau ladang-ladang kelapa sawit.

Namun demikian, saya dapati banyak bangunan konkrit setinggi rumah 3-4 tingkat didirikan dalam ladang kelapa sawit oleh pengusaha burung walit. Rayauan di internet mendapati perniagaan tersebut amat popular di kalangan pengusaha kaum Tionghua. Orang Melayu masih asing dengan perniagaan tersebut.

Usahawan Melayu perlu mencongak potensi perniagaan ini dengan segera. Pasti ada sesuatu yang menarik sehingga mendorong pengusaha Tionghua sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menceburi perniagaan tersebut.

Orang Melayu biasanya terlambat merebut sesuatu peluang. Sebagai contoh, Orang Melayu cuma menyedari potensi perniagaan kayu getah setelah beberapa lama perniagaan tersebut diceburi oleh peniaga Tionghua.

Di ketika peniaga Tionghua telah menghasilkan perabut kayu getah yang cantik dan ekslusif, sebaliknya, Orang Melayu cuma menjadikan kayu getah sebagai bahan bakar sahaja.

Kami sampai di Bandar Mersing jam 3.00 petang dan terus ke hotel yang telah ditempah terlebih dahulu. Hotel tiga tingkat tempat kami menginap menghadap ke muara Sungai Mersing. Melalui jendela hotel, kami dapat saksikan panorama Bandar Mersing yang berlatarbelakangkan muara sungai dan Laut Cina Selatan.



“Mersing, aku datang lagi menziarahi kamu!”


Mersing,Johor
05 Julai 2011

4 ulasan:

  1. masuk kan lahh gamba nyo er jang oiii

    BalasPadam
  2. Pak Oncu,

    Insya Allah. Memory reader tak bawa.

    Bila saya balik ke KL saya akan tulis Part Two.Ekau mungkin suka mondongarnyo.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  3. “Mersing, aku datang lagi menziarahi kamu!”

    lalu sambil tuan memerhatikanpanorama dari jendela hotel tu...

    tuan nyanyikan lagu seri mersing..agak2 ada ke kaitan nye...

    BalasPadam
  4. theolrascal,

    Rangkap pertama Lagu Seri Mersing sememangnya mengenai seseorang yang menangisi untung nasibnya. Mungkin ke tahap 'menghantukkan kepalanya'.

    Namun, di rangkap kedua, ada keceriaan, harmoni,keindahan.

    Bagaimanapun, ketika makan malam di gerai-gerai tepi pantai yg kebanyakkannya ada karaoke,Lagu Seri Mersing tidak lagi dinyanyikan oleh Orang Mersing.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."