Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 15 Ogos 2011

tazkirah ramadhan


“Sekitar tahun 1990an, di Masjid India, Kuala Lumpur, ketika waktu berbuka puasa dalam bulan Ramadhan:”

Seorang lelaki berketurunan India yang teramat tua,kelihatan teramat lemah dan dalam keadaan teramat letih. Namun, jauh di sudut matanya, terkuak cahaya seorang hamba Allah dari kalangan orang yang baik-baik.

Jari-jari tuanya yang berkedut tetapi bersih terketar-ketar membelah sebiji buah tamar. Dia berbuat demikian setelah menyedari jumaah di sebelahnya tidak dapat berbuka dengan buah tamar kerana urus setia masjid terkurang meletakkan sebiji buah tamar dalam kumpulan yang mengandungi empat orang jumaah.


Setelah selesai, belahan yang di sebelah tangan kanannya diunjukkan kepada jumaah yang duduk di sebelah kanannya. Jumaah tersebut sedikit terkejut dan serbasalah. Namun, dia menerimanya dan mengucapkan terima kasih kepada orang tua itu.

Sayalah jumaah yang menerima bahagian buah tamar yang dibelah dua oleh orang tua yang sama-sama berbuka puasa di Masjid India, Kuala Lumpur hampir dua puluh tahun yang lalu itu.

Momen tersebut amat terkesan kepada saya hingga ke hari ini. Kadang-kadang tertanya-tanya juga di fikiran saya status orang tua tersebut. Adakah dia manusia biasa atau makhluk Allah dari kalangan bukan manusia? Ahh…..siapalah saya untuk mengalami situasi yang dibayangkan sedemikian rupa!

 pengurusan masjid tidak menghalang jumaah berehat
 
Pengalaman tersebut ialah ‘real tazkirah’ dalam bulan Ramadhan. Apa sahaja yang zahirnya milik kita, pasti ada bebanan untuk diagihkan kepada orang lain.

Ada hak orang lain yang dibebankan kepada kita dan mesti dikembalikan dengan kadar yang ditetapkan. Ada hak orang lain yang ‘ditransit’ kepada kita sebelum diagihkan semula kepada yang hak berdasarkan tahap keikhlasan kita.  

Samada kita sanggup mengagihkan semua, sebahagian, sisa-sisa keperluan sendiri, yang telah berada di dalam mulut, terpulanglah di atas kekuatan dan keyakinan kita. Hatta, pemberian sebelah buah tamar yang dibuat dengan ikhlas akan lebih nilainya dan mengesankan berbanding pemberian yang lebih besar tetapi bercampur aduk dengan tujuan lain.  


4 ulasan:

  1. Saudara Ujang,

    'pemberian sebelah buah tamar yang dibuat dengan ikhlas akan lebih nilainya dan mengesankan berbanding pemberian yang lebih besar tetapi bercampur aduk dengan tujuan lain'.

    Ganjaran di sisi Allah atas sedekah yang ikhlas walaupun separuh tamar lebih baik dari isi di antara langit dan bumi.

    Wallahu 'alam

    BalasPadam
  2. Tuan,

    betul tu..'' real tazkirah ''...

    BalasPadam
  3. Tuan-Tuan,

    Terima kasih kerana menjenguk entri ini.

    Selamat berpuasa. Dua hari lagi banyak masjid dibuka 24 jam - 10 malam terakhir Ramadhan.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."