Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 1 Ogos 2011

taiping bandar warisan

muzium perak

Hujung bulan Julai 2011, saya berada beberapa hari di Taiping Bandar Warisan, Perak. Berlawanan dengan kebiasaan cuaca bandar lama ini yang sinonim dengan hujan dan suhu lembap, cuaca pada kali ini terlalu panas. Panas yang memeritkan.

Kali pertama saya mengunjungi bandar ini ialah pada tahun 1979. Selepas itu acap kali juga saya ke sini. Namun demikian, seingat saya, kali terakhir saya menjenguk bandar ini lebih kurang 10-12 tahun yang lepas. Secara matematiknya, tempoh tersebut telah lama berlalu.

Susuk bandar ini masih seperti dahulu. Tidak banyak perubahan.

penjara taiping

Bangunan-bangunan lama peninggalan era kolonial menjajari setiap pelosok bandar. Bandar ini umpama muzium hidup. Wajarlah bandar ini dinamakan ‘Taiping Bandar Warisan’.

rumah kayu lama

Seawal pukul tujuh malam, hampir segala aktiviti terhenti. Kebanyakkan peniaga telah menutup premis masing-masing. Bandar Taiping tidak ‘bising-bising’ lagi. Keadaan ini sedikit mengejutkan saya.

Taiping hari ini juga telah memperdaya saya. Dengan penuh yakin dan berpandukan peta minda 10 -12 tahun lalu, saya telah meredah bandar ini mencari ‘food court’ Mamak yang terkenal suatu ketika dahulu untuk menikmati air sarbat, popia Mamak atau rojak Mamak. Malah, keunikan goreng pisang mamak dan satey mamak pun masih terlekat di fikiran saya.

sisi penjara

Sayangnya, samada saya tersilap jalan atau ‘food court’ tersebut telah tiada lagi, saya tidak menemui tempat tersebut. Ada kemungkinan tempat tersebut telah tidak lagi beroperasi. Andaian ini mungkin ada kebenarannya berdasarkan keadaan beberapa buah restoran Mamak yang ibarat ‘Hidup segan, mati tidak mahu’ di bandar ini.

Mana ada restoran mamak yang susah hendak cari makan di tempat lain? Sebaliknya, di tempat lain khususnya di Kuala Lumpur, Orang Melayu seperti tidak sah hidup jika tidak dapat menjenguk restoran mamak walaupun sehari.

Selepas itu saya telah cuba mencari ‘Kedai Makan Kakak’ yang terletak ‘berhampiran perhentian bas’. ‘Kedai Makan Kakak’ pun telah tiada lagi.

masjid india,taiping

Suasana malam di bandar ini secara rengkasnya bolehlah digambarkan dengan ciri-ciri sebuah bandar lama yang menghidangkan panorama kehebatan warisan senibina peninggalan British yang masih dijaga rapi; bandar yang sunyi tetapi menenangkan; atau boleh juga ditakrifkan sebagai sebuah bandar yang mempunyai elemen-elemen sunyi, seram dan menakutkan.

bangunan jabatan kerajaan

Akhirnya, pada petang 22 Julai 2011, saya mengucapkan selamat tinggal kepada bandar ini untuk kembali semula ke suasana yang ‘bising-bising’, yang Mamaknya tuan punya restoran besar-besar, yang Melayunya bersidai siang dan malam menonton EPL.

2 ulasan:

  1. salam jang,, selamat berposa lah jugak,,, den , boleh sajo cari buluh lomang,, omak den ajar buluh yg cam mano nak amik,, tapi malang nya jang, anak anak den tak suko bona lomang,, tu pasal den tak buke lomang, kecuali kak den yg buek lomang ,, den amik sebatang yoo. anak den bosa kat singapore ,, rayo rayo nenek dio buke kan ketupat ,,, cam mano nak bakar lomang kat singapore tu hahahha

    BalasPadam
  2. Tuan,

    Taiping, kini lebih terserlah akan tempat tahanan ISA. Adakah itu sesuatu yang malang atau kelebihan?

    Kali terakhir saya ke taiping kami pi pekena cendol yang seringkali dapat publisiti dalam akbar. Bagaimana pun rasa nye tak jugak dapat menandingi cendol yg pernah saya rasa di tempat sendiri.

    Oh ye ..gambar penjara tu...haha..sayang sekali Tuan tidak menunggu sehingga bas sekolah tu melintas sepenuh nye ye..hehe..

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."