Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 8 Oktober 2011

catatan seorang penulis

08 Oktober 2001 @ 10 Zulkaedah 1432
(Sabtu)

Awal pagi ini saya membaca catatan seorang penulis yang memuatkan pengalamannya ketika melawat ke satu destinasi menarik dan bersejarah di Indonesia di sebuah akhbar .  

Saya sedikit kurang selesa kerana penulis tidak mengindahkan naluri pembaca seperti saya. Dia tidak berusaha menolong pembaca menghayati tulisannya dengan membuat 'conversion' nilai rupiah Indonesia kepada Ringgit Malaysia ketika menceritakan perberbelanjaan yang dibayarnya semasa di Indonesia :-
  • Menaiki bas dari Jakarta - ke destinasi sebanyak RP68,000
  • Menginap di hotel RP150,000
  • Menaiki bas mini RP10,000
Alangkah 'professionalnya' beliau jika membuat sedikit kerja yang  boleh membantu dan menambahkan lagi aura tulisannya dengan menukar nilai RP kepada RM. Sekurang-kurangnya pembaca dapat mengetahui harga tambang bas/bas mini  di Indonesia berbanding di Malaysia.  

6 ulasan:

  1. ada udang sebalik batu? ada yg tersirat dalam yg tersurat!

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal dan Sdr Azam,

    Ha...ha..PRU 13 di jendela.Klang dan Kuantan.Saya di Ampang.

    BalasPadam
  3. beginilah, kita mesti bersiap sedia dari segi mental dn fizikal apabila berada di negeri orang. Kata rangputih, when you are in Rome, do as the Romans do. Dan pernahkah kita berfikir apbila kita di London, kita kena berfikir dalam ringgit Malaysia, walaupun secara langsung atau tak langsung tak terbayng kita nak buat konversi perbelanjaan kita dalam pound sterling.

    BalasPadam
  4. mungkin dia tak perasan hasrat pembaca seperti UK. Kenapa tidak komen begitu di artikelnya itu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sdr IM,

      Artikelnya dlm akhbar - tidak boleh diulas. Maksud saya kalau dia 'convert' rupiah dlm RM kita dapat bayangkan kos sesuatu perbelanjaan dlm nilai wang kita.

      Contohnya sewa bilik hotel 60,000 rupiah (RM120.00).

      Padam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."