Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Isnin, 10 Oktober 2011

VVIP


Tiada sesiapa yang berani melarang dia meletakkan kenderaannya di situ. Kerana, dia 'VVIP'.

Sebenarnya, tuan punya motor itu, hujung 40-an, lumpuh kedua-dua belah kakinya dari lutut ke bawah. Wajarlah dia meletakkan motornya di situ. Dia berjalan menggunakan lutut. Apabila berjalan, kedua-dua belah kakinya yang lumpuh itu akan berayun ke kiri dan ke kanan. 

Namun demikian, saya pasti melihat kelibat 'VVIP' ini setiap kali saya singgah solat maghrib di Masjid Seksyen 19 Shah Alam selepas menghantar anak ke kolej. Dengan pakaian baju Melayu yang digosok kemas, beliau akan bersama jumaah yang lain menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjumaah.


Ohh...hebatnya beliau.  

2 ulasan:

  1. Saudara Ujangkutik,

    Dari satu hal Allah swt kurangkan dan satu hal yang lain Allah swt melebihkan seseorang itu.

    Subhanallah. Maha suci Allah yang menentukan segala sesuatu.

    BalasPadam
  2. Sdr PakMail,

    Ya, bukan kaki yang menyebabkan dia samapai ke masjid tetapi izin dan belas kasihan Allah.

    Allahhuakbar.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."