Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Selasa, 4 Oktober 2011

jarum waktu terhenti

Secara mudahnya, kewujudan kita melintas dunia ini terbahagi kepada tiga fasa sahaja. Fasa anak-anak, fasa remaja dan akhirnya fasa dewasa. Namun, ada juga yang tidak sempat meniti fasa-fasa tersebut kerana telah dipanggil menemui pencipta. Ya, fasa berikutnya ialah fasa mati - orang yang mati tidak ada lagi di dunia.  

Fasa anak-anak dan fasa remaja amat terasa impak pergerakkannya. Bagaimanapun, khususnya mutakhir ini, fasa dewasa seperti tidak bergerak - dormant. Fasa dewasa cuma akan tamat apabila seseorang itu dijemput atau nyawanya direntap oleh malaikat maut. 

Saya teringat istilah ' Remaja Dewasa' yang digunakan oleh penjual cendol di Senawang, Negeri Sembilan ketika melayan pelanggannya dari kalangan orang dewasa/tua. Keunikan beliau berniaga cendol dan melayan tetamu pernah disiarkan dalam rancangan 'Cari Makan' di television tempatan. 

Fasa dewasa dirasakan seperti tidak bergerak kerana definasinya telah diubah. Kononnya, di usia 40 tahun ialah fasa bermulanya sebuah kehidupan yang indah dan berwarna warni.

Sehubungan itu segolongan manusia mutakhir ini di usia 50 hingga ke fasa mati masih asyik berkaraoke, penonton setia drama-drama tv bersiri, membaca berita gosip artis, menonton rancangan realiti tv, membeli nombor ekor, berjudi atau bersoronok di Siam.

Dalam keadaan sedemikian, segolongan manusia hari ini di usia 50 hingga ke  fasa mati  semakin jauh dan asing dari surau atau masjid. Jarum waktu fasa dewasa mutakhir ini seperti telah terhenti pergerakkannya. Namun, awas, fasa mati yang cuma setapak di hadapan tidak pernah alpha menarik manusia ke wilayahnya.       



2 ulasan:

  1. Tuan,

    selain ' remaja dewasa' saya juga biasa dengar mereka gelarkan 'remaja purba'..hehe..

    kelemahan nye pada kita selalu nye kita mengandaikan kematian itu akan berlaku pada orang lain...masa kita lama lagii..

    berbahagia la pada mereka yang mengingatkan akan kematian nye.

    BalasPadam
  2. Sdr theolrascal,

    Tuan,

    Apa kata - remaja bawah umur(40-45),remaja dewasa (+45 - 50),remaja purba (+50 - fasa mati).

    Memang benar kita mengandaikan kematian itu berlaku pada orang lain dan tidak pernah mengaitkan dengan diri sendiri.

    Dan kita yang tidak 'beberapa' jahat ini pun sejujurnya mungkin kena juga tempias satu atau dua perkara.Mungkin faktor melanjutkan tempoh persaraan diantara penyumbang kepada gejala tidak merasakan diri sudah tua.

    Semoga kita akan lebih baik.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."