Di atas kertas Pasukan Bola Sepak Negeri Sembilan tiada masalah ke final Piala Malaysia 2011. Pasukan tersebut mudah ke pusingan suku akhir dengan menjinakkan Terengganu, Naib Juara Liga 2011 dan Juara Piala FA 2011.
Halangan pasukan Negeri Sembilan ke final cuma daripada pasukan berstatus kelab, T-Team dan Felda United. Namun demikian, kenyataannya tidak sedemikian. Pasukan Negeri Sembilan tewas 0-1 kepada pasukan Felda United dalam perlawanan suku akhir pusingan pertama.
Pasukan Negeri Sembilan perlu ke perlawanan akhir dalam kempen Piala Malaysia 2011. Hatta ,tidak menjadi juara pun tidak mengapa. Kenapa?
Pasukan Negeri Sembilan, Juara Piala Malaysia 2009 dan Naib Juara Piala Malaysia 2010 perlu ke perlawanan akhir jika hendak dimuliakan sebagai segelintir pasukan elit yang berjaya ke perlawanan akhir Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut.
Pasukan Negeri Sembilan 'gele' (di dalam keadaan yang susah/payah) apabila diaibkan oleh Felda United. Bagaimanapun, pasukan Negeri Sembilan cuma kurang bernasib baik. Di dalam perlawanan tersebut, pasukan Negeri Sembilan menguasai permainan.
Samada pasukan Negeri Sembilan berjaya atau pasukan Felda United menidakkan hajat besar pasukan Negeri Sembilan akan ditentukan pada perlawanan suku akhir pusingan kedua yang akan berlangsung di Seremban, kubu Negeri Sembilan pada 14 Oktober 2011. Kita tunggu keputusannya.
Samada pasukan Negeri Sembilan berjaya atau pasukan Felda United menidakkan hajat besar pasukan Negeri Sembilan akan ditentukan pada perlawanan suku akhir pusingan kedua yang akan berlangsung di Seremban, kubu Negeri Sembilan pada 14 Oktober 2011. Kita tunggu keputusannya.
Nota : Cara sebutan 'GELE' : Dua suku kata - GE - LE
Sukukata pertama 'GE' disebut seperti menyebut suku kata pertama GETAH - GE -tah
Sukukata kedua LE disebut seperti menyebut suku kata pertama LEMANG - LE - mang
Tuan Ujang,
BalasPadamYe..sama2 kita tunggu kan keputusan nye.
Selamat maju Jaya, jang
Saya masih teringatkan dua jaringan safiq rahim melalui free kick.
Saya tidak bias.Mungkin NS tidak ada masalah memadamkan kemenangan tipis pihak lawan.
BalasPadamKita tunggu.
Safiq Rahim mempunyai kelebihan itu. Kalau tidak silap, Chelsea atau Arsenal pun telah menjadi mangsanya.
Bagaimanapun, saya nak tengok perlawanan Kelantan - Terengganu esok.Berapa kad merah yg akan dilayankan pula?