Pengikut

Assalamualaikom

.... Terima kasih Allah, Engkaulah Tuhan, akulah hamba ......

Sabtu, 29 Oktober 2011

pemain-pemain negeri sembilan 2011: kalah atau monang ekau memang 'handa'.....

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 malam ini, pasukan bolasepak Negeri Sembilan diletakkan sebagai 'under dog'. Inilah pendapat majoriti pengikut perkembangan bolasepak negara. Dikatakan bahawa pasukan bolasepak Negeri Terengganu lengkap dan gagah di semua posisi, terutamanya di bahagian 'peledak' gol. 

Seolah-olah hasil dua perlawanan terakhir dua pasukan tersebut dalam saingan Piala Malaysia yang memihak kepada Negeri Sembilan tidak diambilkira. 

Perlu diingat bahawa Negeri Sembilan yang menduduki tangga ke-9 Liga Super Malaysia 2011 tidak diberi perhatian oleh peminat-peminat bolasepak negara di dalam saingan Piala Malaysia 2011. Namun, ikon jurulatih bolasepak negara, Datuk Rajagobal, yang menamakan 4 pasukan berpeluang merangkul Piala Malaysia 2011, mengingatkan pasukan-pasukan lain supaya jangan memperkecilkan Negeri Sembilan.Ternyata ingatan beliau tepat!

Pada saya, matlamat utama pasukan Negeri Sembilan tahun ini ialah 'Sampai ke perlawanan akhir' supaya diletakkan di dalam kumpulan segelintir pasukan elit negara yang berjaya ke perlawanan akhir secara tiga tahun berturut. Pasukan Negeri Sembilan berjaya ke perlwanan akhir pada tahun 2009 (Juara Piala Malaysia),2010 dan insya Allah 2011 pada malam ini. KPI itu telah dicapai. Tidak banyak pasukan yang berjaya ke tahap itu.

Samada kalah atau menang pada malam ini, pasukan Negeri Sembilan memang hebat. 'Ekau (pemain-pemain Negeri Sembilan 2011) memang hebat, oghang kampung ghasa banggo.Tahniah! 


3 ulasan:

  1. Tuan ujang,

    Harap2 kita tidak menyaksikan perlawanan hebat ni dalam hujan.

    Ramalan saya ia akan berlanjutan kepada tambahan masa jika padang kering dan cuaca cantik..

    Saya menonton dari rumah bersama 'kopi muar'..

    BalasPadam
  2. Tuan Ujang,

    Tahniah...
    Hari senin boleh lah gelak besar di pejabat...hehe.

    BalasPadam
  3. Sdr theolrascal,

    Saya menyaksikan 'detik gemilang' itu di skrin besar Padang Majlis Daerah Rembau.Masa rehat ada artis menyanyi.

    Saya banyak terima sms semasa Trengganu lead 1-0.Saya balas permainan, 'belum tamat'.

    Saya terbaca Syafiq Rahim lahir di Seremban. Namun, ada beberapa orang pemain NS orang Selangor.

    Esok (Isnin)memang dinantikan di Pejabat.

    BalasPadam

" "Kalau hendak tahu dalamnya lubuk, TANYALAH pada memerang"."