Saya tersenyum mendengar dialog di antara cucu saudara, Amirul, dengan anak sulung saya. Cucu saudara memanggil anak sulung saya Pak Long. Ibu dan bapa Amirul ialah professional di sebuah syarikat GLC. Di usia 4 tahun, Amirul yang petah bercakap telah dihantar ke tadika. Namun pembelajarannya kadang-kadang terganggu kerana Amirul akan dihantar ke kampung apabila ibu bapanya bertugas di luar pejabat.
Anak Sulung : Pak Long nak dengar Amirul kira satu sampai sepuluh.
Amirul : 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 (lancar)
Anak Sulung : Pak Long nak dengar Amirul sebut A,B,C sampai habis.
Amirul : A,B,C,.........Z (lancar dan berlagu).
Anak Sulung : Ini huruf apa? (menunjukkan huruf P).
Amirul : Mukanya berkerut (dia tidak kenal huruf P).... Tiba-tiba terkeluar perkataan 'cover line '
dari mulutnya, " Kenapa Pak Long tanya banyak sangat? Pak Long bukannya cikgu."
Ulasan : Confirm, apabila besar Amirul tidak akan mengikut jejak langkah kedua ibu bapanya -
jurutera. Besar kemungkinan dia akan jadi 'lawyer' kerana kecil-kecil sudah 'loyar buruk'.
Di usia 4 tahun tiada keperluan yang mendesak untuknya mengenal semua abjad. Namun
di usia itu dia telah boleh berhujah untuk melindungi kelemahannya. Dia cerdik.

Saudara UjangKutik,
BalasPadamSepanjang ingatan saya, saya mulai tahu membaca dan mengenal huruf A - Z hanya apabila mulai masuk sekolah di dalam darjah 1.
Anak2 sekarang umur 4 tahun sudah pandai membaca dan mengira.
Tuan Ujang,
BalasPadamIbubapa - jurutera, anak - Lawyer
Kalau dapat cucu - accountant
cantik laaa.....hehe
Sdr Pak Mail/theolrascal,
BalasPadamMemang betul.Minggu lepas mantan MB di sebuah negeri dalam 'wacana bersama pemimpin'menyarankan jangan jadi jurutera/doktor, tapi jadi akauntan.
Kononnya, gaji akauntan bertauliah berpuluh ribu malahan beratus ribu.Katanya, akauntan bertauliah tidak ramai.Iyo ko?